Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Lebih 300 pegawai, anggota terlibat dalam Op Ambang Tahun Baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan Op Ambang Tahun Baharu 2026 di 240 lokasi seluruh negara, bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta tahap keselamatan jalan raya sempena sambutan tahun baharu. Di ibu negara, Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata operasi berkenaan bermula pukul 11.00 […]

Melaka lancar Aplikasi Pelancongan Pintar AI, sasar 19 juta pelancong
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KLEBANG, 1 Januari – Melaka melancarkan Aplikasi Pelancongan Pintar Kecerdasan Buatan (AI) serta Pasport Pelancongan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM 2.0) dalam usaha memacu transformasi negeri berasaskan teknologi sekali gus memberi impak langsung kepada Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif berkenaan sejajar dengan aspirasi Melaka menjadi […]

Kebakaran musnahkan aras bawah stor tiga tingkat di Perai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEBERANG PERAI, 1 Januari – Sebahagian stor yang menyimpan kain serta barangan perkakasan di Bandar Perai Jaya, di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada petang Rabu. Kejadian itu hanya melibatkan aras bawah bangunan tiga tingkat yang merangkumi empat unit lot kedai bersambung dan digunakan sebagai stor simpanan.  Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, […]

500 peserta warnai larian Ambang Tahun Baharu di Perlis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KANGAR, 1 Januari – Seramai 500 peserta menyertai program riadah melibatkan aktiviti larian dan berjalan santai bersama keluarga yang memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Perlis. Program yang berlangsung di Denai Larian Pangkalan Asam itu menyaksikan para peserta mengelilingi laluan pejalan kaki sekitar denai sejauh tiga kilometer bagi wanita, enam kilometer bagi lelaki, selain […]

Konvoi Trans ASEAN MADANI rancakkan Tahun Melawat Malaysia 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 1 Januari – Konvoi Trans ASEAN MADANI sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 bukan sekadar sebuah ekspedisi permotoran, sebaliknya menjadi manifestasi jelas semangat Malaysia MADANI yang mengangkat nilai perpaduan, kerjasama dan keterangkuman serantau. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, setiap peserta konvoi diharapkan mampu berperanan sebagai ‘duta […]

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 buka tirai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) secara rasmi membuka tirainya menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, sebuah sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah malam tadi di ibu negara. Festival kira detik itu disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menandakan […]

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 buka tirai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) secara rasmi membuka tirainya menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, sebuah sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah malam tadi di ibu negara. Festival kira detik itu disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menandakan […]

Ratusan pengunjung hadiri Program Gema Syukur 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 31 Disember – Menjelang tahun baharu, ratusan pengunjung dari pelbagai latar hadir bagi memeriahkan lagi Program Gema Syukur 2026 yang diadakan di Masjid Putra, di sini malam ini. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama 13 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertujuan mengajak masyarakat bermuhasabah diri […]

Banjir di Sarawak: Bilangan penduduk terjejas meningkat kepada 413 orang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUCHING, 31 Disember– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuching Sarawak meningkat kepada 413 orang. Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan penduduk terlibat adalah dari Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru. Seramai 228 orang daripada 63 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Stapok manakala PPS Dewan R-Piang Kampung […]

Perpaduan dan kestabilan benteng hadapi cabaran global
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Malaysia berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025, meningkat berbanding 4.4 peratus pada suku kedua, hasil prestasi kukuh merentas semua sektor utama ekonomi negara. Menerusi hantaran di Facebooknya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pencapaian itu […]

Bursa Malaysia sedikit lemah pada hari dagangan terakhir 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau. Pada pukul 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.42 mata kepada 1,680.11 daripada 1,684.53 ketika ditutup Selasa. […]

Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025. Prestasi ringgit pada hari ini juga susulan daripada pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) pada […]

Harga RON95, RON97 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Januari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing kekal pada kadar RM2.56 dan RM3.16 dan seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter. “Harga runcit diesel di […]

KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar dan produk berkuat kuasa mulai esok, bagi memperkukuh simpanan persaraan, meluaskan perlindungan sosial serta menambah baik pengalaman keseluruhan ahli. KWSP dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif berkenaan merangkumi langkah-langkah di bawah Belanjawan 2026 yang diumumkan pada 10 Oktober 2025, selain mencerminkan komitmen berterusan institusi […]

Aset Rizab Malaysia pada AS$124.12 bilion setakat akhir November 2025 – BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Aset rizab rasmi negara mencatatkan jumlah AS$124.12 bilion pada 30 November 2025,manakala aset mata wang asing lain mencatatkan AS$266.2 juta menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata […]

GCCC, CIDB Holdings meterai MoU luaskan akses antarabangsa industri binaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Global Construction Certification Centre Sdn Bhd (GCCC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CIDB Holdings Sdn Bhd bagi memperluas akses antarabangsa kepada perkhidmatan pengujian produk binaan, pensijilan serta latihan industri. Pengerusi GCCC, Tan Sri Liow Tiong Lai berkata, GCCC akan berperanan sebagai pemudah cara teknikal dalam memacu transformasi industri melalui jalinan […]

Rusia sedia perluas kerjasama ekonomi dengan Malaysia dalam sektor strategik
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Rusia bersedia untuk memperluas kerjasama ekonomi dengan Malaysia, terutamanya dalam sektor strategik seperti semikonduktor dan tenaga nuklear. Duta Besar Rusia ke Malaysia, Naiyl Latypov, berkata perdagangan dua hala antara Moscow dan Kuala Lumpur mencatat peningkatan kukuh sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu, dengan nilai dagangan mencecah AS$32 bilion setakat tahun […]

Inisiatif CSR Sime Darby Property perkasa komuniti dan kelestarian
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Sime Darby Property Berhad terus memperkukuh komitmennya terhadap pertumbuhan inklusif melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak langsung kepada komuniti dan alam sekitar di seluruh negara. Fokus utama inisiatif tersebut merangkumi pemerkasaan ekonomi, pembangunan belia, dan kelestarian alam sekitar, sejajar dengan matlamat memperkukuh daya tahan komuniti […]

Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Ringgit meneruskan peningkatan, dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan penurunan mata wang AS itu selepas pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Pada jam 8 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.0425/0540 berbanding dolar AS daripada paras 4.0460/0505 ketika ditutup pada Selasa. Ketua Ahli Ekonomi […]

Bursa Malaysia dibuka rendah ambil petunjuk daripada penurunan Wall Street
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember -Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penuruan daripada semalaman Wall Street susulan kemerosotan saham berkaitan teknologi. Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.70 mata atau 0.28 peratus kepada 1,679.83 daripada 1,684.35 ketika ditutup pada Selasa. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.75 mata kepada 1,681.78. Dalam […]

Polis tahan wanita tular ludah polis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 31 Disember – Seorang wanita yang bertindak agresif terhadap anggota polis dan menggangu ketenteraman awam di Mergong di sini, semalam, telah ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata suspek berusia 34 tahun itu, ditahan kira-kira 2.30 petang tadi selepas laporan diterima berkaitan seorang individu dipercayai kurang siuman […]

Lima wanita mengaku bergaduh di Pasar Melor didenda RM1,000
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA BHARU, 31 Disember – Lima wanita daripada dua keluarga yang mengaku bergaduh di Pasar Melor minggu lepas masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Rais Imran Hamid membuat keputusan itu selepas Rozita Ramli, 47, bersama anaknya, Aleeya Maisara Hasbullah,19, serta menantu iaitu Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, dan […]

Lelaki ditahan, cubaan seludup 96,000 batang rokok di Sungai Golok gagal
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TUMPAT, 30 Disember -Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk 96,000 batang rokok kretek di Sungai Golok pada Isnin gagal selepas dia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga. Suspek berusia 31 tahun, ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di tebing Sungai Mentua, berhampiran Jambatan Pulau Ular, Pengkalan Kubor. Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Zulafendy Hassan berkata, tangkapan […]

Kes curi kabel punca utama jenayah meningkat di Serdang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SERDANG, 30 Disember -Kes kecurian kabel dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan indeks jenayah di daerah Serdang sepanjang tahun ini. Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, statistik jenayah merekodkan peningkatan sebanyak 99 kes, dengan 810 kes dicatatkan pada 2025 berbanding 711 kes pada 2024. “Indeks jenayah meningkat disebabkan pelbagai faktor, namun […]

Seorang wanita ditahan, polis Kedah rampas 1.04 kilogram bunga ganja
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 30 Disember– Polis Kedah merampas dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 1,047 gram selepas menahan seorang wanita di tepi jalan Kuala Kedah pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali menerusi kenyataan hari ini berkata dadah yang diletakkan di dalam satu pek plastik lut sinar itu dianggarkan […]

Sindiket rokok dan arak tidak berkastam tumpas, nilai mencecah RM3.7 juta – JKDM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUANTAN, 30 Disember– Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok serta minuman keras tidak berkastam menerusi empat kes berasingan dengan nilai RM3.7 juta. Pengarahnya, Mohd Asri Seman berkata kesemua rampasan melibatkan lebih 4.6 juta batang rokok serta 1,200 liter minuman keras antara 27 November hingga 1 Disember lalu. Tambah beliau, kesemua rampasan […]

20 individu didakwa terlibat kumpulan jenayah terancang, Geng Rames
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SUNGAI PETANI, 30 Disember– 20 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rames, sejak Januari tahun lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Najwa Che Mat, kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah […]

Lelaki mengamuk cederakan bekas isteri, anak di Gombak
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GOMBAK, 29 Disember -Seorang lelaki tempatan disyaki mencederakan bekas isteri dan anak kandungnya dalam kejadian di Taman Scientex Kundang Jaya, Kundang, malam semalam. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.33 pagi tadi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 11.47 malam ketika suspek menghantar anak kepada pengadu. […]

Bekas menteri dipanggil SPRM disyaki terima rasuah RM5 juta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 28 Disember -Seorang bekas menteri dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan wang tunai kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah. Menurut sumber, siasatan itu berkait projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara. Beliau memaklumkan, bekas menteri berkenaan dipercayai menerima wang daripada sebuah syarikat pemaju. Manakala […]

Geng Rusaboy lumpuh, 17 anggota ditahan polis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 29 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rusaboy dengan penahanan 17 anggotanya menerusi Ops Tiga. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, operasi bersepadu berkenaan melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kedah serta Cawangan Khas Bukit Aman dijalankan dari […]

Penduduk Gaza harap 2026 bawa keamanan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GAZA, 31 Disember – Menjelang 2026, penduduk di Gaza menyambut tahun baharu bukan dengan perayaan, tetapi dengan keletihan, kesedihan dan harapan supaya ‘mimpi ngeri’ mereka berakhir. Bagi penduduk wilayah yang dilanda perang itu, kehidupan seharian adalah perjuangan untuk bertahan. Sebahagian besar infrastruktur Gaza musnah, bekalan elektrik masih terhad dan ratusan ribu orang tinggal di khemah […]

Salji tebal sebabkan kesesakan lalu lintas di Poland
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WARSAW, 31 Disember  – Salji tebal yang melanda Poland menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 20 kilometer di Lebuh raya S7 yang menghubungkan Warsaw dan Gdansk pada malam Selasa. Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kereta-kereta tersekat antara Olsztynek dan Ostroda, dengan salji tebal menutupi sebahagian besar permukaan jalan. Anita Deptula, yang terperangkap di S7 […]

Percikan bunga api warnai malam Tahun Baharu Di Auckland
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AUCKLAND, 31 Disember – Rakyat New Zealand antara yang terawal di dunia menyambut kedatangan tahun baharu 2026 dengan pertunjukan bunga api di Auckland pada Khamis. Pertunjukan bermula dengan kiraan detik 10 saat di Sky Tower setinggi 328 meter, diikuti dengan bunga api yang menerangi langit malam. Menurut penganjur, bunga api dilancarkan dari tiga aras Sky […]

Penyokong Doumbouya rai kemenangan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CONAKRY, 31 Disember – Penyokong Presiden Guinea yang baharu dipilih, Mamadi Doumbouya, membanjiri jalan-jalan ibu kota Conakry pada lewat Selasa malam, menaiki kenderaan, mengibarkan potret dan melaungkan namanya selepas keputusan sementara mengesahkan kemenangan Doumbouya dalam pilihan raya presiden. Sambutan itu berlaku selepas pengumuman keputusan sementara menunjukkan Doumbouya memenangi 86.72 peratus undian pada 28 Disember, memperoleh […]

NGO digantung, hidup penduduk Gaza terjejas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BRUSSELS, 31 Disember – Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa ancaman Israel untuk menggantung beberapa pertubuhan bantuan di Gaza mulai Januari berisiko menghalang bantuan “penyelamat nyawa” sampai kepada penduduk. Ketua Kemanusiaan EU, Hadja Lahbib, menegaskan undang-undang pendaftaran NGO tidak boleh dilaksanakan dalam bentuk sekarang dan bantuan mesti sampai kepada mereka yang memerlukan. Menurut peraturan baharu […]

Mamady Doumbouya menang Pilihan raya Presiden Guinea
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CONAKRY, 31 Disember 2025 – Pemimpin rampasan kuasa Guinea, Mamady Doumbouya, telah dipilih sebagai Presiden menurut keputusan sementara yang diumumkan pada Selasa. Keputusan sementara menunjukkan Doumbouya memenangi 86.72 peratus undian pada 28 Disember, memperoleh majoriti mutlak yang membolehkan beliau mengelak pusingan kedua. Mahkamah Agung mempunyai tempoh lapan hari untuk mengesahkan keputusan sekiranya terdapat cabaran. Kemenangan […]

Xi, Putin tukar ucapan Tahun Baharu, tegaskan perkongsian strategik
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEIJING, 31 Disember – Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, saling bertukar ucapan Tahun Baharu pada Rabu sambil menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara. Xi berkata, tahun 2025 merupakan tahun penting bersempena ulang tahun ke-80 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) serta peringatan kemenangan dalam beberapa peperangan bersejarah dunia yang […]

10 negara gesa hapus sekatan ke atas bantuan kemanusiaan Gaza
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 31 Disember – Menteri Luar Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Iceland, Jepun, Norway, Sweden, Switzerland dan United Kingdom mengeluarkan kenyataan bersama menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan situasi kemanusiaan di Gaza. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Luar United Kingdom, menteri-menteri luar negara tersebut menyatakan kebimbangan serius terhadap kemerosotan keadaan kemanusiaan di Gaza yang kekal berada pada […]

Pencarian MH370 disambung semula selepas hampir 12 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 31 Disember -Selepas hampir 12 tahun, usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 kini disambung semula. Pencarian semula pesawat yang membawa 39 penumpang dan anak kapal itu dilakukan pada Selasa di kawasan terpencil Lautan Hindi selatan. Penyiasat Amerika Syarikat (AS) menggunakan teknologi robotik laut dalam terkini serta analisis data yang lebih maju, kini menyisir dasar […]

Thailand bebaskan 18 tentera kemboja
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PHNOM PENH, 31 Disember -Thailand pada Rabu membebaskan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan sejak Julai lalu. Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra, mengesahkan kesemua 18 tentera tersebut selamat tiba di Kemboja sekitar pukul 10.00 pagi waktu tempatan. “Kami boleh mengesahkan bahawa 18 wira kami telah selamat kembali ke tanah air,” katanya kepada AFP. Kementerian Luar […]

Amorim kekal yakin dengan potensi United walaupun seri dengan Wolves
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MANCHESTER, 31 Disember – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim kekal optimis mengenai prospek pasukannya musim ini meskipun menamatkan tahun 2025 dengan keputusan seri 1-1 menentang Wolves di Old Trafford. United membuka jaringan menerusi Joshua Zirkzee, namun Ladislav Krejci memastikan keputusan seri buat Wolves yang muncul dengan hanya tiga mata selepas 11 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana […]

Arsenal kini tuai hasil pengorbanan, komitmen tinggi pemain – Arteta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 31 Disember – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya pasukannya kini mula menuai hasil daripada pengorbanan dan komitmen tinggi para pemain apabila The Gunners menamatkan tahun 2025 di puncak Liga Perdana Inggeris. Kemenangan bergaya 4-1 ke atas pencabar kejuaraan Aston Villa di Stadium Emirates pada Selasa menyaksikan Arsenal mendahului liga dengan kelebihan lima mata berbanding […]

Pemain tenis Kanada, China lawat Zoo Sydney menjelang saingan United Cup
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SYDNEY, 31 Disember – Pemain tenis Kanada dan China mengambil kesempatan melawat Zoo Sydney sebagai aktiviti santai menjelang saingan United Cup, yang akan bermula pada Jumaat, 2 Januari ini. Antara pemain yang terlibat ialah bintang Kanada, Felix Auger-Aliassime serta wakil China, Zhang Zhizhen. Mereka dilihat memberi makan kepada koala dan kanggaru sekali gus menikmati pengalaman […]

Coach Hamee tinggalkan skuad futsal kebangsaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan hari ini sebagai hari terakhir jurulatih dari Thailand, Rakphol Sainetngam atau lebih dikenali sebagai Coach Hamee, berkhidmat sebagai ketua jurulatih futsal kebangsaan selepas lebih dua tahun menyandang jawatan itu sejak Ogos 2023. Dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook FAM, badan induk itu merakamkan penghargaan […]

Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan dalam saingan Piala Malaysia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Kelantan Red Warrior FC melengkapkan senarai 16 pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2025-2026. Ia selepas Kedah FA dan Armed Forces FC membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan berprestij itu pada musim ini. Dalam satu kenyataan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini memaklumkan pemilihan Kelantan Red Warrior […]

Stadium Nasional Bukit Jalil diiktiraf Cemerlang oleh FIFA
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mencatat pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai stadium bertaraf Cemerlang. Pengiktirafan itu dikongsikan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi hantaran di platform rasmi mereka selepas padang SNBJ dinilai di bawah Program Kualiti Permukaan Bermain Semulajadi FIFA. Penilaian melibatkan aspek kualiti, keselamatan dan prestasi, […]

Siri Perarakan Obor Olimpik menyusuri selatan Itali
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUGLIA, 31 Disember – Obor Olimpik meneruskan perjalanan merentasi kawasan selatan Itali, Puglia, pada Selasa, sekali gus menghiburkan penonton di seluruh negara tuan rumah Sukan Olimpik. Leg ke-23 Siri Perarakan Obor Olimpik bermula di Nardo sebelum bergerak ke bandar pesisir Gallipoli dan seterusnya ke Presicce-Acquarica di hujung selatan Itali. Para pembawa obor kemudian meneruskan perjalanan […]

Liga Perdana Inggeris: Man United terikat 1-1 dengan Wolves
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MANCHESTER, 31 Disember – Manchester United menamatkan tahun 2025 dengan kekecewaan apabila terikat 1-1 di laman sendiri menentang Wolverhampton Wanderers, membolehkan pasukan tercorot Liga Perdana itu meraih mata ketiga musim ini. Wolves, yang sebelum ini menanggung 11 kekalahan berturut-turut dalam liga, menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya menahan United, yang berusaha kembali ke kelompok empat […]

Kad merah Koulibaly tidak halang Senegal muncul pendahulu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

RABAT, 31 Disember – Senegal muncul juara Kumpulan D Piala Negara-Negara Afrika meskipun terpaksa mengharungi sebahagian perlawanan dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Kalidou Koulibaly, dilayangkan kad merah. Dalam perlawanan terakhir kumpulan yang berlangsung di sini pada Selasa, Senegal mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan Benin 3-0, sekali gus mengesahkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan pada pusingan […]

Dua gol Wijnaldum sekat Al Nassr, terikat 2-2 dengan Al Ettifaq
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DAMMAM, 31 Disember – Cristiano Ronaldo dan Joao Felix masing-masing menyumbang jaringan, namun Al Nassr terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang Al Ettifaq dalam aksi Liga Pro Saudi di sini, pada Selasa. Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain tengah, Georginio Wijnaldum pada minit ke-16 selepas melakukan larian memecah pertahanan sebelum […]

Langkah kanan, Biduanita Negara terima Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KLEBANG, 1 Januari – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memulakan langkah Tahun 2026 dengan Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka. Anugerah berkenaan merupakan penghargaan atas sumbangannya memartabatkan seni budaya Melayu, sekali gus memperkasa identiti budaya Melaka di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelantun lagu Nirmala itu menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya […]

Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran antarabangsa mulai Januari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 31 Disember – Filem animasi Malaysia, Papa Zola The Movie dijangka menemui penonton antarabangsa di Asia Tenggara, Asia Barat dan Asia Selatan, susulan kejayaannya luar biasa dengan meraih kutipan RM43 juta dalam masa hanya 18 hari. Diterbitkan oleh MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw, filem berkenaan bakal menembusi pasaran antarabangsa bermula pada 23 Januari […]

Baby Shima lancar single terbaru “Bey Kelik Laa Bey” dalam dialek Kelantan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Penyanyi Baby Shima mencuri tumpuan peminat dengan pelancaran single terbarunya, “Bey Kelik Laa Bey”, yang kali pertama dirakam sepenuhnya dalam dialek Kelantan. Idea lagu tercetus selepas peminat menyokong untukmeminta Baby Shima mencuba nyanyian loghat Kelate. Hasilnya, lagu ini digambarkan lucu, comel, dan mudah menjadi siulan ramai. Baby Shima mengakui terdapat […]

Kaka Azraff lancar album sulung “MPT” selepas 16 tahun berkarya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, penyanyi Kaka Azraff akhirnya menamatkan penantian peminat dengan melancarkan album sulungnya bertajuk MPT, singkatan daripada perkataan “empati”. Album ini menggambarkan kebolehan Kaka untuk menyelami perasaan dan pengalaman orang lain, seolah-olah berada di posisi mereka. Pelancaran album tersebut diraikan dalam sesi Showcase […]

‘Gadis Kopi’ suntik inspirasi keusahawanan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Drama terbaharu RTM ‘Gadis Kopi’ mengangkat kisah perjuangan, pengkhianatan dan kasih-sayang dalam dunia perniagaan kopi tempatan, sambil menyemai inspirasi keusahawanan kepada masyarakat. Ia turut mengetengahkan peranan FAMA membantu mewujudkan pasaran, membangunkan infrastruktur, dan meningkatkan pendapatan pengeluar pertanian. Drama 13 episod mula bersiaran pada 22 Disember lalu ini menampilkan pelakon utama […]

Penyanyi popular british, Chris Rea, meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 24 Disember – Penyanyi dan penulis lagu British, Chris Rea, terkenal era 1980-an meninggal dunia pada usia 74 tahun. Perkara itu dimaklumkan jurucakap kepada isterinya Joan Lesley menerusi kenyataan yang disiarkan kepada media UK. “Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengumumkan pemergian Chris. Beliau meninggal dunia di hospital awal hari ini dan dikelilingi […]

Shazia lancar “Itoshi-Hito”, lagu cinta Jepun penuh emosi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]

ALPHA raih sambutan luar biasa di Singapura
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]

Konsert UNIC cipta sejarah, kukuhkan nasyid di arus perdana
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kumpulan nasyid kontemporari UNIC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo penuh pertama mereka, “This Is UNIC: Live In Concert”, di Idea Live Arena, malam tadi, selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik berteraskan dakwah dan nilai kemanusiaan. Dianjurkan Triple Am Global, konsert tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu […]

Jaga kesihatan vokal, utamakan identiti suara – Syafinaz
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kecenderungan penyanyi untuk mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius tentang penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat. Beliau berkata vokal adalah instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan. “Apabila vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan yang tidak […]

TikTok: Revolusi perniagaan dalam talian, trend kepada transaksi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Platform media sosial TikTok telah berkembang melangkau fungsi asalnya sebagai hab untuk video pendek dan hiburan. Di Malaysia, ia muncul sebagai kuasa utama dalam landskap e-dagang, merangkaikan laluan pembelian dan strategi pemasaran untuk perniagaan berskala besar dan kecil. Penulisan ini menghuraikan peranan TikTok sebagai pemangkin perniagaan dalam talian di negara ini dengan merujuk […]

AI menjadikan mahasiswa semakin pantas?
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi dilihat sebagai teknologi masa hadapan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelajar universiti. Dengan hanya beberapa arahan ringkas, AI generatif seperti ChatGPT, Gemini dan Copilot mampu menghasilkan esei, laporan mahu pun jawapan akademik dalam masa beberapa saat sahaja. Bagi sebahagian pelajar, teknologi ini dilihat […]

Rejab datang lagi, bulan mengaudit diri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Kedatangan 1 Rejab 1447 Hijrah pada tahun 2025/2026 menjadi isyarat awal bahawa bulan Ramadan kian menghampiri. Namun, realitinya wujud perbezaan yang ketara antara mereka yang sekadar menyedari kehadiran bulan Rejab dan mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang ini untuk melakukan audit diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. Hakikatnya, Rejab bukan sekadar bulan persediaan menuju […]

Wanita juga pemacu ekonomi negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Peranan wanita dalam wacana pembangunan ekonomi Malaysia hari ini, tidak lagi boleh dilihat sebagai pelengkap semata-mata. Wanita sebagai ibu, pencari nafkah, usahawan mikro malah kini berada di barisan hadapan bertindak sebagai pemacu kelangsungan keluarga. Dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat dan pasaran kerja yang mencabar, semakin ramai wanita memilih jalan menceburi […]

Pola komunikasi suami isteri bentuk keharmonian rumah tangga
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Komunikasi merupakan nadi utama dalam hubungan perkahwinan. Ia bukan sekadar pertukaran kata-kata, tetapi mencerminkan cara pasangan memahami, menilai dan bertindak balas terhadap emosi serta keperluan masing-masing. Dalam bidang komunikasi kekeluargaan, terdapat tiga pola komunikasi utama yang lazimnya wujud dalam kalangan pasangan suami isteri, khususnya dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia dan juga di […]

Kos sara hidup mahasiswa: Isu bersama, tanggungjawab semua
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Kos sara hidup semakin menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia hari ini. Bukan sahaja dalam kalangan keluarga atau golongan bekerja, malah mahasiswa turut merasai tekanan yang sama. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan, ditambah dengan komitmen kewangan sedia ada, menjadikan kehidupan harian semakin mencabar, khususnya bagi mereka yang masih menuntut ilmu. Kaitan Inflasi dan […]

Bersama kita pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Isu hidupan liar dilanggar kenderaan atau lebih dikenali sebagai roadkill merujuk kepada kejadian kematian haiwan liar akibat pelanggaran dengan kenderaan di jalan raya dan lebuh raya. Fenomena ini semakin mendapat perhatian kerana tidak lagi berlaku secara terpencil, malah telah berkembang menjadi satu isu global yang serius. Di Malaysia, kes roadkill bukan sahaja berlaku […]

Strategi belajar: Mengimbas Rahsia ‘Jerami’ Imam al-Syafi‘ie dalam era digital
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Di sebuah halaqah ilmu di Madinah, kelihatan seorang remaja duduk di barisan belakang. Tatkala rakan sepengajian lain sibuk menyediakan kitab, dakwat dan pena, anak muda ini hanya menggenggam sebatang jerami yang dipatah dua. Setiap kali Imam Malik menyampaikan hadis, dia menunduk dan mencalit tanda ringkas di tapak tangannya menggunakan jerami yang dicelup dengan […]

Menelusuri hikmah dasar ekonomi Islam dalam Surah al-Kahfi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Setiap hari Jumaat, umat Islam di seluruh dunia dianjurkan membaca Surah al-Kahfi sebagai benteng kekuatan rohani dan perlindungan akidah. Namun di sebalik fungsinya yang bersifat spiritual, surah ini sebenarnya mengandungi kerangka nilai yang sangat signifikan untuk pembinaan dasar ekonomi dan tadbir urus awam. Al-Quran menegaskan bahawa para rasul diutus bersama kitab dan neraca […]

Merpati bandar bukti adaptasi biologi dan kegagalan pengurusan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Di kebanyakan bandar moden, merpati sering hadir sebagai latar belakang kehidupan harian yang jarang diberi perhatian. Burung ini berlegar di dataran awam, stesen pengangkutan, kawasan perniagaan dan bangunan tinggi, berkongsi ruang yang sama dengan manusia. Namun, kehadirannya lebih kerap dianggap sebagai gangguan yang dikaitkan dengan kekotoran, penyakit dan kesesakan. Persepsi ini mendedahkan satu […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.