- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit ‘walk-in’, sambil menegaskan maklumat tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai. Menurut kenyataan KKM di platform X, walaupun sistem janji temu digunakan sebagai kaedah utama pengurusan pesakit, perkhidmatan ‘walk-in’ masih diteruskan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 1 Januari – Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pelancong di kawasan geopark dan tapak ekopelancongan sentiasa menjadi keutamaan, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata pihaknya mengmbil sikap berhati-hati dalam pembangunan kawasan geopark yang bersifat sensitif bagi memastikan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari – KL Sentral terus diperkukuh sebagai hab pengangkutan utama pelancong sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Ia dengan penambahan kekerapan perkhidmatan tren elektrik (ETS) antara KL Sentral dan Johor Bahru oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Ketua Pegawai Operasi KTMB, Afzar Zakariya berkata mulai tahun ini sebanyak empat perkhidmatan ETS […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari – Pelaksanaan beberapa inisiatif baharu kerajaan bermula 1 Januari menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat perhatian warga kota, dengan rata-rata menyuarakan pandangan positif terhadap langkah berkenaan. Tinjauan RTM mendapati, pengenalan diskaun saman berperingkat oleh PDRM dan JPJ, termasuk potongan sehingga 50 […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GEORGE TOWN, 1 Januari – Seramai 18 pasangan termasuk warga tempatan dan asing, ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam Ops Ambang 2026 yang dijalankan awal pagi tadi di empat daerah di negeri ini. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Muhamad Helmi Rosley, berkata operasi tersebut melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PORT DICKSON, 1 Januari – Lebih 200 produk pelancongan ditawarkan di Negeri Sembilan bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai destinasi pelancongan utama negara. Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, berkata pihaknya menyasarkan 60 peratus pelancongan pantai, 30 peratus […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SIBU, 1 Januari – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyediakan geran bagi merancakkan penganjuran program sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Antara geran ditawarkan meliputi bidang kebudayaan, aktiviti berkaitan pelancongan serta kraftangan bagi menggalakkan lebih banyak penganjuran program. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, MOTAC sentiasa membantu dan mendorong penglibatan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari -Dashboard Status Terkini Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka boleh diakses oleh orang ramai melalui Portal Rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) menjelang penghujung Januari ini, sebagai langkah meningkatkan ketelusan pelaksanaan perjanjian berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata Kerajaan MADANI kekal […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PADANG BESAR, 1 Januari -Perlis menyasarkan empat juta pelancong tahun ini, berbanding 3.5 juta pelancong pada 2025. Kerajaan negeri turut merangka 12 program berskala besar, termasuk penambahbaikan penganjuran Pesta Angin Timur dan Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis, yang bakal diperluas dengan penyertaan antarabangsa. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, perancangan promosi pelancongan negeri digerakkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari– Dua gempa bumi berskala sederhana direkodkan di Indonesia dan Filipina, pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan Laut Banda, Indonesia pada 11.05 pagi berpusat pada koordinat 6.7 darjah selatan dan 130.1 darjah timur dengan kedalaman 103 kilometer (km). […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari – Pelaksanaan e-Invois dijangka membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memperkemas pengurusan perniagaan melalui penyimpanan rekod jualan dan pembelian secara digital serta lebih teratur. Penganalisis Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berkata penggunaan e-Invois membolehkan perniagaan menjimatkan masa dan kos operasi, selain mengurangkan kesilapan manual kerana dokumen tidak lagi […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEPANG, 1 Januari – Malaysia Airports memperkukuh rangkaiannya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) bagi memastikan ketibaan yang lancar, boleh dipercayai dan mesra, disokong oleh operasi cekap serta kemudahan yang dinaik taraf di lapangan terbang antarabangsa mahupun domestik. Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Mohd Izani Ghani berkata keutamaan syarikat itu menjelang TMM2026 adalah untuk menguruskan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari -Momentum ekonomi Malaysia menunjukkan pengukuhan ketara pada Disember apabila penunjuk makroekonomi bulanan, IPP MY36 Thermometer atau MET melonjak kepada 86.2 peratus, sekali gus meletakkan ekonomi negara dalam zon kestabilan tinggi hingga kukuh. Peningkatan itu menandakan peralihan jelas daripada fasa penstabilan lewat kepada fasa pemulihan awal, yang kini didorong oleh aktiviti ekonomi […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari – Pelan Lima Tahun Ke-15 China bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan domestik negara itu, malah turut membuka ruang kerjasama strategik yang lebih luas dengan Malaysia Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya, Profesor Dr. Roy Anthony Rogers berkata, pelan tersebut mempunyai persamaan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), sekali gus […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember– Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau. Pada pukul 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.42 mata kepada 1,680.11 daripada 1,684.53 ketika ditutup Selasa. […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025. Prestasi ringgit pada hari ini juga susulan daripada pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) pada […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember– Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing kekal pada kadar RM2.56 dan RM3.16 dan seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter. “Harga runcit diesel di […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember– Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar dan produk berkuat kuasa mulai esok, bagi memperkukuh simpanan persaraan, meluaskan perlindungan sosial serta menambah baik pengalaman keseluruhan ahli. KWSP dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif berkenaan merangkumi langkah-langkah di bawah Belanjawan 2026 yang diumumkan pada 10 Oktober 2025, selain mencerminkan komitmen berterusan institusi […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember – Aset rizab rasmi negara mencatatkan jumlah AS$124.12 bilion pada 30 November 2025,manakala aset mata wang asing lain mencatatkan AS$266.2 juta menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember – Global Construction Certification Centre Sdn Bhd (GCCC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CIDB Holdings Sdn Bhd bagi memperluas akses antarabangsa kepada perkhidmatan pengujian produk binaan, pensijilan serta latihan industri. Pengerusi GCCC, Tan Sri Liow Tiong Lai berkata, GCCC akan berperanan sebagai pemudah cara teknikal dalam memacu transformasi industri melalui jalinan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 1 Januari — Polis Johor mencatat sebanyak 9,356 saman hasil pemeriksaan ke atas 23,763 kenderaan sepanjang pelaksanaan Op Krismas dan Ambang Tahun Baharu 2026 bermula 23 Disember hingga lewat malam tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam tempoh operasi berkenaan, seramai 17 individu berumur antara 14 hingga 46 tahun ditahan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Januari –Polis Kontinjen Selangor telah mengeluarkan sebanyak 1,206 saman terhadap pengguna yang didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, sempena Op Ambang Tahun Baharu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya turut menyita 93 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bermula 31 Disember […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 1 Januari -Seorang pemandu ditahan kerana didapati merempuh motosikal ketika lampu isyarat merah, di Masjid Aman dalam kejadian pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan berkata, penahanan lelaki pada 6.45 petang semalam itu susulan siasatan polis berdasarkan sebuah video rakaman yang tular. Video rakaman kejadian […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 31 Disember – Seorang wanita yang bertindak agresif terhadap anggota polis dan menggangu ketenteraman awam di Mergong di sini, semalam, telah ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata suspek berusia 34 tahun itu, ditahan kira-kira 2.30 petang tadi selepas laporan diterima berkaitan seorang individu dipercayai kurang siuman […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 31 Disember – Lima wanita daripada dua keluarga yang mengaku bergaduh di Pasar Melor minggu lepas masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Rais Imran Hamid membuat keputusan itu selepas Rozita Ramli, 47, bersama anaknya, Aleeya Maisara Hasbullah,19, serta menantu iaitu Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, dan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TUMPAT, 30 Disember -Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk 96,000 batang rokok kretek di Sungai Golok pada Isnin gagal selepas dia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga. Suspek berusia 31 tahun, ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di tebing Sungai Mentua, berhampiran Jambatan Pulau Ular, Pengkalan Kubor. Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Zulafendy Hassan berkata, tangkapan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SERDANG, 30 Disember -Kes kecurian kabel dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan indeks jenayah di daerah Serdang sepanjang tahun ini. Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, statistik jenayah merekodkan peningkatan sebanyak 99 kes, dengan 810 kes dicatatkan pada 2025 berbanding 711 kes pada 2024. “Indeks jenayah meningkat disebabkan pelbagai faktor, namun […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 30 Disember– Polis Kedah merampas dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 1,047 gram selepas menahan seorang wanita di tepi jalan Kuala Kedah pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali menerusi kenyataan hari ini berkata dadah yang diletakkan di dalam satu pek plastik lut sinar itu dianggarkan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 30 Disember– Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok serta minuman keras tidak berkastam menerusi empat kes berasingan dengan nilai RM3.7 juta. Pengarahnya, Mohd Asri Seman berkata kesemua rampasan melibatkan lebih 4.6 juta batang rokok serta 1,200 liter minuman keras antara 27 November hingga 1 Disember lalu. Tambah beliau, kesemua rampasan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGAI PETANI, 30 Disember– 20 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rames, sejak Januari tahun lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Najwa Che Mat, kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRUSSELS, 1 Januari– Seramai 128 wartawan terbunuh di seluruh dunia pada 2025, lebih separuh daripadanya di Asia Barat, menurut Persekutuan Antarabangsa Wartawan (IFJ) pada Khamis. Setiausaha Agung IFJ, Anthony Bellanger berkata jumlah korban yang membimbangkan itu meningkat berbanding 2024, dianggap sebagai “amaran merah global” untuk kumpulan wartawan. IFJ turut menzahirkan kebimbangan serius terhadap situasi di […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TAIPEI, 1 Januari– Presiden Taiwan, Lai Ching-te menegaskan bahawa pulau itu bertekad mempertahankan kedaulatan dan memperkukuh pertahanan susulan peningkatan pengaruh China, selepas Beijing menembak roket ke arah Taiwan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan. Dalam ucapan tahun baharu yang disiarkan secara langsung dari pejabat presiden, Lai berkata masyarakat antarabangsa memerhatikan sejauh mana rakyat Taiwan memiliki ketabahan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MOSCOW, 1 Januari– Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi penghormatan khas kepada tenteranya yang bertempur di Ukraine dengan menyifatkan mereka adalah wira. Penghargaan itu dimaklumkan semasa ucapan tahun baharu yang disiarkan secara langsung, sambil menyatakan keyakinannya terhadap pasukan ketenteraan serta kemenangan dalam perang yang digambarkan sebagai perjuangan hidup mati menentang kuasa Barat. Putin yang mengenakan pakaian […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 1 Januari– Amerika Syarikat (AS) pada Selasa (30 Disember) melancarkan serangan terhadap tiga kapal di perairan antarabangsa yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah. Menurut kenyataan Komando Selatan AS pada Rabu (31 Disember), kapal-kapal berkenaan bergerak sebagai satu konvoi. “Serangan pertama mengakibatkan tiga pengganas dadah di atas kapal pertama terbunuh. Baki pengganas dadah melarikan diri […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRASILIA, 1 Januari– Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dijangka dibenarkan keluar dari Hospital DF Star pada Khamis (1 Januari), selepas menjalani pembedahan konvensional bagi membaiki hernia inguinal bilateral. Menurut kenyataan hospital, keadaan kesihatan Bolsonaro menunjukkan peningkatan termasuk episod sedu yang dialaminya, namun masalah esofagitis dan gastritis masih berterusan. Bolsonaro sebelum ini dibebaskan sementara dari penjara […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GAZA, 1 Januari– Sempena tahun baharu 2026, penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Khan Yunis, Gaza meluahkan harapan agar keamanan dan keselamatan terus berpihak kepada mereka selain peluang kembali ke kediaman masing-masing. Seorang penduduk, Yacoub Al Kaqarna, menyifatkan tahun 2025 sebagai tempoh paling sukar pernah dilalui keluarganya, sambil menegaskan bahawa mereka hanya menginginkan keamanan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GAZA, 31 Disember – Menjelang 2026, penduduk di Gaza menyambut tahun baharu bukan dengan perayaan, tetapi dengan keletihan, kesedihan dan harapan supaya ‘mimpi ngeri’ mereka berakhir. Bagi penduduk wilayah yang dilanda perang itu, kehidupan seharian adalah perjuangan untuk bertahan. Sebahagian besar infrastruktur Gaza musnah, bekalan elektrik masih terhad dan ratusan ribu orang tinggal di khemah […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WARSAW, 31 Disember – Salji tebal yang melanda Poland menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 20 kilometer di Lebuh raya S7 yang menghubungkan Warsaw dan Gdansk pada malam Selasa. Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kereta-kereta tersekat antara Olsztynek dan Ostroda, dengan salji tebal menutupi sebahagian besar permukaan jalan. Anita Deptula, yang terperangkap di S7 […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AUCKLAND, 31 Disember – Rakyat New Zealand antara yang terawal di dunia menyambut kedatangan tahun baharu 2026 dengan pertunjukan bunga api di Auckland pada Khamis. Pertunjukan bermula dengan kiraan detik 10 saat di Sky Tower setinggi 328 meter, diikuti dengan bunga api yang menerangi langit malam. Menurut penganjur, bunga api dilancarkan dari tiga aras Sky […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CONAKRY, 31 Disember – Penyokong Presiden Guinea yang baharu dipilih, Mamadi Doumbouya, membanjiri jalan-jalan ibu kota Conakry pada lewat Selasa malam, menaiki kenderaan, mengibarkan potret dan melaungkan namanya selepas keputusan sementara mengesahkan kemenangan Doumbouya dalam pilihan raya presiden. Sambutan itu berlaku selepas pengumuman keputusan sementara menunjukkan Doumbouya memenangi 86.72 peratus undian pada 28 Disember, memperoleh […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 1 Januari– Sentuhan jurulatih profesional luar negara mampu mengangkat prestasi atlet ping pong tempatan, sekali gus dapat menyaingi dominasi besar China dan Taiwan dalam acara sukan tersebut. Presiden Persatuan Ping Pong Amatur Kedah, Dr. Chin Kuen Liang berkata jurulatih profesional dari luar negara boleh menumpukan kepada peningkatan kemahiran dan teknik permainan. Tegasnya, kepakaran […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MANCHESTER, 31 Disember – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim kekal optimis mengenai prospek pasukannya musim ini meskipun menamatkan tahun 2025 dengan keputusan seri 1-1 menentang Wolves di Old Trafford. United membuka jaringan menerusi Joshua Zirkzee, namun Ladislav Krejci memastikan keputusan seri buat Wolves yang muncul dengan hanya tiga mata selepas 11 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 31 Disember – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya pasukannya kini mula menuai hasil daripada pengorbanan dan komitmen tinggi para pemain apabila The Gunners menamatkan tahun 2025 di puncak Liga Perdana Inggeris. Kemenangan bergaya 4-1 ke atas pencabar kejuaraan Aston Villa di Stadium Emirates pada Selasa menyaksikan Arsenal mendahului liga dengan kelebihan lima mata berbanding […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 31 Disember – Pemain tenis Kanada dan China mengambil kesempatan melawat Zoo Sydney sebagai aktiviti santai menjelang saingan United Cup, yang akan bermula pada Jumaat, 2 Januari ini. Antara pemain yang terlibat ialah bintang Kanada, Felix Auger-Aliassime serta wakil China, Zhang Zhizhen. Mereka dilihat memberi makan kepada koala dan kanggaru sekali gus menikmati pengalaman […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan hari ini sebagai hari terakhir jurulatih dari Thailand, Rakphol Sainetngam atau lebih dikenali sebagai Coach Hamee, berkhidmat sebagai ketua jurulatih futsal kebangsaan selepas lebih dua tahun menyandang jawatan itu sejak Ogos 2023. Dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook FAM, badan induk itu merakamkan penghargaan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember – Kelantan Red Warrior FC melengkapkan senarai 16 pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2025-2026. Ia selepas Kedah FA dan Armed Forces FC membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan berprestij itu pada musim ini. Dalam satu kenyataan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini memaklumkan pemilihan Kelantan Red Warrior […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember– Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mencatat pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai stadium bertaraf Cemerlang. Pengiktirafan itu dikongsikan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi hantaran di platform rasmi mereka selepas padang SNBJ dinilai di bawah Program Kualiti Permukaan Bermain Semulajadi FIFA. Penilaian melibatkan aspek kualiti, keselamatan dan prestasi, […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUGLIA, 31 Disember – Obor Olimpik meneruskan perjalanan merentasi kawasan selatan Itali, Puglia, pada Selasa, sekali gus menghiburkan penonton di seluruh negara tuan rumah Sukan Olimpik. Leg ke-23 Siri Perarakan Obor Olimpik bermula di Nardo sebelum bergerak ke bandar pesisir Gallipoli dan seterusnya ke Presicce-Acquarica di hujung selatan Itali. Para pembawa obor kemudian meneruskan perjalanan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MANCHESTER, 31 Disember – Manchester United menamatkan tahun 2025 dengan kekecewaan apabila terikat 1-1 di laman sendiri menentang Wolverhampton Wanderers, membolehkan pasukan tercorot Liga Perdana itu meraih mata ketiga musim ini. Wolves, yang sebelum ini menanggung 11 kekalahan berturut-turut dalam liga, menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya menahan United, yang berusaha kembali ke kelompok empat […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
RABAT, 31 Disember – Senegal muncul juara Kumpulan D Piala Negara-Negara Afrika meskipun terpaksa mengharungi sebahagian perlawanan dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Kalidou Koulibaly, dilayangkan kad merah. Dalam perlawanan terakhir kumpulan yang berlangsung di sini pada Selasa, Senegal mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan Benin 3-0, sekali gus mengesahkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan pada pusingan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KLEBANG, 1 Januari – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memulakan langkah Tahun 2026 dengan Anugerah Ikon Seni dan Budaya Melaka. Anugerah berkenaan merupakan penghargaan atas sumbangannya memartabatkan seni budaya Melayu, sekali gus memperkasa identiti budaya Melaka di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelantun lagu Nirmala itu menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 31 Disember – Filem animasi Malaysia, Papa Zola The Movie dijangka menemui penonton antarabangsa di Asia Tenggara, Asia Barat dan Asia Selatan, susulan kejayaannya luar biasa dengan meraih kutipan RM43 juta dalam masa hanya 18 hari. Diterbitkan oleh MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw, filem berkenaan bakal menembusi pasaran antarabangsa bermula pada 23 Januari […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Penyanyi Baby Shima mencuri tumpuan peminat dengan pelancaran single terbarunya, “Bey Kelik Laa Bey”, yang kali pertama dirakam sepenuhnya dalam dialek Kelantan. Idea lagu tercetus selepas peminat menyokong untukmeminta Baby Shima mencuba nyanyian loghat Kelate. Hasilnya, lagu ini digambarkan lucu, comel, dan mudah menjadi siulan ramai. Baby Shima mengakui terdapat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, penyanyi Kaka Azraff akhirnya menamatkan penantian peminat dengan melancarkan album sulungnya bertajuk MPT, singkatan daripada perkataan “empati”. Album ini menggambarkan kebolehan Kaka untuk menyelami perasaan dan pengalaman orang lain, seolah-olah berada di posisi mereka. Pelancaran album tersebut diraikan dalam sesi Showcase […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Drama terbaharu RTM ‘Gadis Kopi’ mengangkat kisah perjuangan, pengkhianatan dan kasih-sayang dalam dunia perniagaan kopi tempatan, sambil menyemai inspirasi keusahawanan kepada masyarakat. Ia turut mengetengahkan peranan FAMA membantu mewujudkan pasaran, membangunkan infrastruktur, dan meningkatkan pendapatan pengeluar pertanian. Drama 13 episod mula bersiaran pada 22 Disember lalu ini menampilkan pelakon utama […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 24 Disember – Penyanyi dan penulis lagu British, Chris Rea, terkenal era 1980-an meninggal dunia pada usia 74 tahun. Perkara itu dimaklumkan jurucakap kepada isterinya Joan Lesley menerusi kenyataan yang disiarkan kepada media UK. “Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengumumkan pemergian Chris. Beliau meninggal dunia di hospital awal hari ini dan dikelilingi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kumpulan nasyid kontemporari UNIC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo penuh pertama mereka, “This Is UNIC: Live In Concert”, di Idea Live Arena, malam tadi, selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik berteraskan dakwah dan nilai kemanusiaan. Dianjurkan Triple Am Global, konsert tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kecenderungan penyanyi untuk mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius tentang penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat. Beliau berkata vokal adalah instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan. “Apabila vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan yang tidak […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Platform media sosial TikTok telah berkembang melangkau fungsi asalnya sebagai hab untuk video pendek dan hiburan. Di Malaysia, ia muncul sebagai kuasa utama dalam landskap e-dagang, merangkaikan laluan pembelian dan strategi pemasaran untuk perniagaan berskala besar dan kecil. Penulisan ini menghuraikan peranan TikTok sebagai pemangkin perniagaan dalam talian di negara ini dengan merujuk […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi dilihat sebagai teknologi masa hadapan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelajar universiti. Dengan hanya beberapa arahan ringkas, AI generatif seperti ChatGPT, Gemini dan Copilot mampu menghasilkan esei, laporan mahu pun jawapan akademik dalam masa beberapa saat sahaja. Bagi sebahagian pelajar, teknologi ini dilihat […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Kedatangan 1 Rejab 1447 Hijrah pada tahun 2025/2026 menjadi isyarat awal bahawa bulan Ramadan kian menghampiri. Namun, realitinya wujud perbezaan yang ketara antara mereka yang sekadar menyedari kehadiran bulan Rejab dan mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang ini untuk melakukan audit diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. Hakikatnya, Rejab bukan sekadar bulan persediaan menuju […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Peranan wanita dalam wacana pembangunan ekonomi Malaysia hari ini, tidak lagi boleh dilihat sebagai pelengkap semata-mata. Wanita sebagai ibu, pencari nafkah, usahawan mikro malah kini berada di barisan hadapan bertindak sebagai pemacu kelangsungan keluarga. Dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat dan pasaran kerja yang mencabar, semakin ramai wanita memilih jalan menceburi […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Komunikasi merupakan nadi utama dalam hubungan perkahwinan. Ia bukan sekadar pertukaran kata-kata, tetapi mencerminkan cara pasangan memahami, menilai dan bertindak balas terhadap emosi serta keperluan masing-masing. Dalam bidang komunikasi kekeluargaan, terdapat tiga pola komunikasi utama yang lazimnya wujud dalam kalangan pasangan suami isteri, khususnya dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia dan juga di […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Kos sara hidup semakin menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia hari ini. Bukan sahaja dalam kalangan keluarga atau golongan bekerja, malah mahasiswa turut merasai tekanan yang sama. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan, ditambah dengan komitmen kewangan sedia ada, menjadikan kehidupan harian semakin mencabar, khususnya bagi mereka yang masih menuntut ilmu. Kaitan Inflasi dan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Isu hidupan liar dilanggar kenderaan atau lebih dikenali sebagai roadkill merujuk kepada kejadian kematian haiwan liar akibat pelanggaran dengan kenderaan di jalan raya dan lebuh raya. Fenomena ini semakin mendapat perhatian kerana tidak lagi berlaku secara terpencil, malah telah berkembang menjadi satu isu global yang serius. Di Malaysia, kes roadkill bukan sahaja berlaku […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Di sebuah halaqah ilmu di Madinah, kelihatan seorang remaja duduk di barisan belakang. Tatkala rakan sepengajian lain sibuk menyediakan kitab, dakwat dan pena, anak muda ini hanya menggenggam sebatang jerami yang dipatah dua. Setiap kali Imam Malik menyampaikan hadis, dia menunduk dan mencalit tanda ringkas di tapak tangannya menggunakan jerami yang dicelup dengan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Setiap hari Jumaat, umat Islam di seluruh dunia dianjurkan membaca Surah al-Kahfi sebagai benteng kekuatan rohani dan perlindungan akidah. Namun di sebalik fungsinya yang bersifat spiritual, surah ini sebenarnya mengandungi kerangka nilai yang sangat signifikan untuk pembinaan dasar ekonomi dan tadbir urus awam. Al-Quran menegaskan bahawa para rasul diutus bersama kitab dan neraca […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Di kebanyakan bandar moden, merpati sering hadir sebagai latar belakang kehidupan harian yang jarang diberi perhatian. Burung ini berlegar di dataran awam, stesen pengangkutan, kawasan perniagaan dan bangunan tinggi, berkongsi ruang yang sama dengan manusia. Namun, kehadirannya lebih kerap dianggap sebagai gangguan yang dikaitkan dengan kekotoran, penyakit dan kesesakan. Persepsi ini mendedahkan satu […]
Iklan/Banner