- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KANGAR, 6 Disember – Peruntukan RM10.8 juta diluluskan Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 1 Disember lepas, bagi melaksanakan kerja membaik pulih cerun yang runtuh di beberapa lokasi sepanjang laluan Jalan Kaki Bukit-Wang Kelian, serta Jalan Pagar Keselamatan Bukit Kuan Choh dekat Padang Besar, Perlis. Menurut kenyataan Istana Arau, kerja awalan dijangka dimulakan dalam masa terdekat, […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA KINABALU, 6 Disember – Kerajaan Persekutuan meningkatkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi mempercepatkan pembayaran tertunggak, khususnya kepada peniaga kecil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyentuh isu pembayaran tertangguh yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan peniaga yang menunaikan kewajipan mengikut jadual. Perdana Menteri menegaskan kerajaan tetap komited […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 6 Disember – Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) memastikan kecekapan pentadbiran kerajaan dipertingkat di semua peringkat secara menyeluruh. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelbagai pembaharuan digerakkan menerusi agenda itu agar mutu penyampaian perkhidmatan awam di setiap agensi lebih responsif terhadap keperluan rakyat. “Pada petang tadi juga, saya telah […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, Disember – Polis mengesahkan menerima laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua lembu ternakan mati dan lima lagi hilang di Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Chemor, pada Jumaat. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menerusi satu kenyataan memaklumkan, insiden itu dimaklumkan sekitar pukul 6.30 petang oleh seorang lelaki yang menemui dua lembunya […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PORT DICKSON, 6 Disember – Kampung Jimah Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah Baru dipilih sebagai Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI di bawah Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat Madani Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Kampung Jimah Baru merupakan kampung ketiga di daerah […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KAPIT, 6 Disember – Penyerahan Projek Telaga Tiub di SK Rantau Panjai, Kapit menjadi detik bermakna apabila kemudahan bekalan air bersih kini dapat dinikmati secara lebih stabil dan selamat oleh warga sekolah. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek bekalan air Telaga Tiub di 11 buah sekolah di Kapit mencerminkan komitmen kerajaan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KANOWIT, 6 Disember – Ekosistem pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit kini lebih kondusif dengan siapnya projek pembinaan baharu melibatkan 18 bilik darjah serta pelbagai kemudahan lain. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, projek yang dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2 Sarawak (PPK2 Sarawak) itu telah disiapkan sepenuhnya pada […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kementerian Kerja Raya (KKR) menzahirkan dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan maut di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Hulu Terengganu, selepas sebuah kenderaan terjatuh ke kawasan jalan runtuh pada Jumaat. Laporan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu mendapati kenderaan tersebut memasuki laluan yang telah ditutup sepenuhnya, walaupun […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 6 Disember – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyiapkan 100 ruang komuniti (RUKOM) dengan menukar kawasan terbiar menjadi tempat riadah dan pembelajaran di seluruh negara. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata usaha selama dua tahun ini berjaya memperbaiki keadaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah yang sebelum ini kotor serta tidak terurus. […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 6 Disember – Reformasi dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan penting bagi memastikan pegawai awam sentiasa bersedia mendepani cabaran baharu, sekali gus menguasai kemahiran dan memimpin perubahan masa hadapan. Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, RTM sentiasa mencari kaedah terbaharu bagi memastikan penyampaian serta perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan. “Kita telah pun mempraktikkannya di […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CYBERJAYA, 6 Disember – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatatkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN 2025. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, program kapasiti pembangunan itu juga berjaya mewujudkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu, selain menaik taraf kemahiran […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember– Penyertaan dan sokongan daripada institusi kewangan amat penting bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035), terutamanya dalam menyelaraskan transisi hijau industri keluli. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata industri keluli merupakan tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia dengan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan kepada sektor-sektor […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Prestasi Bursa Malaysia dijangka dipengaruhi oleh data pasaran ketika pelabur membuat persiapan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata perhatian pasaran kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai hala tuju […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Ringgit dijangka kekal stabil dan diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga dan pelabur […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$124.1 bilion, setakat 28 November 2025. Jumlah itu kekal daripada nilai rizab antarabangsa setakat 14 November lalu. BNM dalam kenyataan berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. ”Komponen utama […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember– Perkembangan ekonomi pencipta kandungan kini muncul sebagai trend utama dalam landskap perniagaan digital, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk secara lebih kreatif dan berkesan. Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa berkata fenomena itu didorong oleh keperluan untuk bertindak pantas dalam memasarkan produk, selari […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Minggu ini, BNM menjalankan operasi setiap hari melalui repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan tender semalaman Murabahah untuk mengurangkan lebihan kecairan dalam […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember -Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak diniagakan minggu depan. Kontrak tersebut tidak diniagakan minggu ini manakala jumlah dagangan dan kepentingan terbuka, masing-masing kekal sifar. Kontrak Disember 2025, Januari 2026, Februari 2026 dan Mac 2026, masing-masing tidak berubah pada […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Syarikat geoteknik dan kerja-kerja asas, Geohan Corporation Bhd bersedia untuk memperluaskan operasinya ke Singapura susulan penampilan sulungnya di pasaran utama, Bursa Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Kewangannya, Low Kok Din, kumpulan itu telah merangka pelan hala tuju yang jelas bagi mengukuhkan kehadirannya di peringkat serantau demi pertumbuhan masa hadapan. ”Kami mensasarkan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street susulan pendirian pelabur yang berhati-hati menjelang pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah negara maju itu pada minggu depan. Pada jam 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.70 […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 6 Disember – Seorang akauntan wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, dan telah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA KINABALU, 5 Disember – Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Asni Marjan, 56, berkata, akibat kecaman […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PETALING JAYA, 5 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di Selangor dan Perak. Serbuan berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta menyita enam kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13.9 juta. Pengarah JSJN , Datuk Hussien Omar Khan berkata, turut ditahan enam suspek termasuk […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 5 Disember – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM64,924. Albert, 37 tahun dan Shamsul Iskandar, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 5 Disember -Jabatan Imigresen Johor memberkas 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuah yang dijalankan di Pontian serta Johor Bahru pada Rabu lalu. Serbuan memfokuskan kawasan penempatan asing, premis perniagaan dan tempat awam. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata, tangkapan melibatkan 11 PATI warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak. “Selain […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR 4 Disember – Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, 37 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Suapan tersebut didakwa bertujuan mendapatkan bantuan bagi kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Tertuduh bagaimanapun mengaku […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 4 Disember – Seorang guru mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh isteri, pada Ogos lepas, di Sungai Ara. Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30 tahun, membuat pengakuan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin. Tertuduh didakwa cuba membunuh Hanis Sofea Hamdan, 28 tahun, menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Taman […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Seorang pemuda berusia 24 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah merakam seorang wanita di dalam bilik air sebuah pasar raya. Tertuduh, Muhammad Syahmi Mat Ros, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffa Nabillah Mohd Ishak mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BEIRUT, 6 Disember – Tentera Lubnan menahan enam individu susulan serangan terhadap anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) UNIFIL yang menjalankan rondaan di selatan negara itu, UNIFIL sebelum ini melaporkan, enam lelaki menaiki tiga motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan rondaan pada Khamis, namun tiada kecederaan dilaporkan. Dalam kenyataan hari ini, tentera Lubnan memaklumkan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KANDAHAR, 6 Disember – Empat orang awam dan seorang anggota tentera dilaporkan maut dalam insiden berbalas tembakan dan bedilan meriam di pintu sempadan Chaman–Spin Boldak awal pagi Sabtu, sekali gus menandakan ketegangan baharu antara Afghanistan dan Pakistan walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa sejak Oktober. Menurut jurucakap kerajaan Afghanistan, Hamdullah Fitrat, lima lagi orang awam […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DOHA, 6 Disember – Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas menegaskan Amerika Syarikat kekal sebagai sekutu utama Eropah meskipun Strategi Keselamatan Negara baharu Washington mengandungi kritikan terhadap institusi Eropah. Bercakap pada Forum Doha di Qatar, Kallas berkata hubungan erat EU-AS masih utuh walaupun kedua-duanya tidak selalu sependapat. “AS masih sekutu terbesar kami… kami […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DOHA, 6 Disember – Gencatan senjata yang sudah berlangsung hampir dua bulan di Gaza masih belum boleh dianggap lengkap selagi tentera Israel tidak berundur sepenuhnya daripada wilayah Palestin itu, menurut Perdana Menteri Qatar. Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata pada Sabtu bahawa pelan damai yang disokong Washington dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menuntut pengunduran […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANDA ACEH, 6 Disember – Hujan lebat dijangka kembali membadai pulau Sumatera pada Sabtu, ketika Gabenor Aceh memberi amaran bahawa angka kematian akibat bencana banjir mungkin meningkat melebihi 883 orang kerana kebuluran. Ribut tropika dan hujan monsun yang melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan sejak minggu lalu telah mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat dari hutan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 6 Desember – Sebilangan kecil warga Myanmar di Thailand menjalankan undi awal di Kedutaan Myanmar di Bangkok hari ini, ketika proses pengundian bagi rakyat negara itu di luar negara mula dibuka. Myanmar kini berada di bawah pemerintahan junta selepas rampasan kuasa pada 2021 yang mencetuskan konflik berpanjangan, namun pihak berkuasa tentera bertegas bahawa pilihan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NEW DELHI, 6 Disember – Kementerian penerbangan India pada Jumaat menarik balik dasar baharu mengenai tempoh rehat mingguan untuk para juruterbang susulan kekacauan akibat ratusan pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan terbesar negara itu, IndiGo. Lapangan terbang di seluruh India kucar-kacir sejak Isnin lepas, dengan syarikat penerbangan swasta itu menyalahkan gangguan tersebut kepada “cabaran operasi yang […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 6 Disember – Australia pada Sabtu mengenakan sekatan kewangan dan larangan perjalanan ke atas empat pegawai kerajaan Taliban di Afghanistan susulan kemerosotan situasi hak asasi manusia di negara itu, terutamanya bagi gadis dan wanita. Menteri Luar Australia, Penny Wong, berkata pegawai-pegawai tersebut terlibat “dalam penindasan terhadap wanita dan gadis. Jelas Wong, pegawai terbabit juga […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GAZA, 6 Disember – Menteri Luar negara Arab dan Islam menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan terbaru Israel yang mencadangkan agar lintasan Rafah dibuka secara sehala bagi tujuan memindahkan penduduk Palestin ke Mesir. Menteri Luar Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Pakistan, Turki, Arab Saudi dan Qatar dalam satu kenyataan bersama turut menolak sebarang percubaan untuk […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRASILIA, 6 Disember – Anak lelaki sulung bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah dipilih mengetuai kumpulan politik bekenaan bagi bertanding pada pilihan raya Presiden Brazil pada 2026. Jair Bolsonaro, 70, dijangka tidak bertanding selepas dihukum penjara selama 27 tahun atas tuduhan merancang rampasan kuasa dan dikenakan larangan memegang jawatan awam. Beliau kini sedang membuat rayuan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ISKANDAR PUTERI, 6 Disember – Pengiktirafan rasmi Pusat Berbasikal Dunia (WCC) Satelit Pembangunan Wilayah (RDS) di Johor Bahru sebagai Pusat Satelit Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang pertama di Asia Tenggara menandakan satu pencapaian penting bagi pembangunan sukan berbasikal di rantau ini. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penubuhan WCC RDS itu memberi fokus kepada […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CHENNAI, 6 Disember – Skuad remaja negara, Young Tigers, akhirnya menamatkan rentetan kekalahan dalam saingan Hoki Piala Dunia Remaja 2025 selepas mencatat kemenangan meyakinkan 7–3 ke atas Switzerland dalam perlawanan penentuan tempat ke-13 hingga ke-16. Pasukan kendalian Nor Saiful Zaini memulakan perlawanan dengan agresif apabila dua jaringan pantas dijaringkan pada minit ke-4 dan 5 melalui […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 6 Disember – Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang muncul juara Piala Raja Muda Selangor selepas menewaskan SK Ulu Yam Bharu, 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Latihan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di Seksyen 5, di sini, hari ini. Dalam aksi itu, penyerang SK Serdang, Muhammad Arif Mohd Radzuan muncul pemain terbaik perlawanan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 6 Disember – Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara memulakan kempen Kumpulan B dalam kejohanan bola sepak lelaki di Sukan SEA Thailand 2025 dengan kemenangan dramatik 4-1 ke atas Laos di Stadium Nasional Rajamangala di sini, hari ini. Dibimbing ketua jurulatih Mohd Nafuzi Zain, Harimau Muda menguasai permainan sejak minit awal, namun Laos terlebih […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Malaysia dijangka menurunkan skuad senior lelaki bagi misi mempertahankan kejuaraan hoki padang pada Sukan SEA 2025, yang bakal berlangsung di Chonburi, Thailand dari 11 hingga 19 Disember ini. Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan memaklumkan skuad negara berada pada landasan terbaik untuk terus menguasai acara dwitahunan itu selepas meraih […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Penganjuran Wilayah Pahlawan Kejuaraan Antarabangsa Muay Thai 2.0 (WPIMC) tampil dengan pendekatan lebih tegas apabila hanya membuka gelanggang kepada atlet tulen, berbeza daripada trend sebahagian acara bela diri yang semakin cenderung mengetengahkan selebriti bagi tujuan tarik penonton. Setiausaha Agung Kelab Muay Thai Pahlawan Malaysia, Dr Noor Azam Samsudin menegaskan setiap […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 6 Disember – Ketua jurulatih pasukan kebangsaan lelaki Amerika Syarikat (AS) Mauricio Pochettino, menekankan pemain pasukan itu perlu menghadapi setiap perlawanan seperti perlawanan akhir Piala Dunia, selepas undian meletakkan AS dalam Kumpulan D bersama Paraguay, Australia dan pemenang playoff Eropah yang masih belum ditentukan. Pochettino menegaskan, fokus utama pasukannya adalah pada perlawanan yang akan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 6 Disember – Perlawanan pertama Perancis di Piala Dunia 2026 bakal menyaksikan mereka menentang Senegal, mengimbau kembali salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan apabila Senegal mengejutkan juara bertahan pada perlawanan pembukaan edisi 2002. Kumpulan I turut menyaksikan pertembungan antara bintang Perancis, Kylian Mbappe, dan penyerang Norway, Erling Haaland, dalam pertarungan dua pencabar utama […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
HAITI, 6 Disember – Haiti bakal berdepan laluan sukar apabila diundi dalam kumpulan C yang menyaksikan pasukan negara itu apabila dijadual bertemu juara lima kali, Brazil; Maghribi yang mara ke separuh akhir pada edisi 2022; serta Scotland. Ia sekali gus menandakan penampilan kedua negara Caribbean itu di pentas terbesar dunia. Kelayakan Haiti ke Piala Dunia […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 6 Disember – Undian Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung pada Jumaat menyaksikan pelbagai reaksi daripada pengurus pasukan, dengan Argentina dan Perancis mengakui cabaran kumpulan masing-masing, Uzbekistan melihatnya sebagai peluang pembelajaran, manakala pasukan seperti Panama, Curacao dan Arab Saudi meraikan peluang untuk menonjolkan prestasi mereka di pentas dunia. Piala Dunia 2026 akan membuka tirai […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Program yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, menjadi cerminan komitmen kerajaan yang sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi rakyat. Laporan Fatin Aqila Nor Azli.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya memperkukuh hubungan diplomatik dengan cemerlang dan luar biasa. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan dunia. Laporan oleh Tunisa Dharsini Suresh.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dari mural berwarna-warni hingga jambatan LED yang memancar cahaya, Kuala Lumpur kini muncul sebagai destinasi fotografi paling menyerlah. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bandar raya ini menawarkan gabungan sempurna antara warisan, budaya dan lampu malam yang memukau. Ikuti dalam Laporan Khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2026 Kuala Lumpur’ yang disedia wartawan Farzana Mohd Norsam.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Sementara itu, Rang Undang-undang (RUU) Antibuli dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, esok. Ia langkah penting membanteras budaya buli yang makin meruncing, secara menyeluruh dan berkesan, khususnya di institusi pendidikan. Laporan, Sofea Nasron.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) atau BiGBen beroperasi 24 jam membuktikan keseriusan negara mengurangkan impak risiko bencana lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Laporan oleh Suriyana Radzlan.
Iklan/Banner