- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TANJUNG MALIM, 6 Disember – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus melakar kecemerlangan di pentas antarabangsa apabila diterima secara rasmi sebagai ahli Perikatan Antara Benua bagi Penjagaan Bersepadu (IAIC), sebuah jaringan global yang dipimpin oleh Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS). Pengarah Eksekutif Konsortium Universiti Pendidikan Asia-Pasifik (CAPEU), Sasigaran Moneyam berkata UPSI diumumkan sebagai salah satu […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BESERI, 6 Disember -Lebih 200 peserta memeriahkan Program Fun Run Angsana sejauh 5 kilometer merentasi laluan taman dan kampung di sekitar Beseri. Program dianjurkan sebagai usaha memperkukuh silaturahim dalam kalangan penduduk setempat di samping memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah santai. Pengerusi JPKKP Taman Angsana, Ibrahim Ismail berkata, pembudayaan amalan hidup cergas dan aktif perlu […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUCHING, 6 Disember -Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, akan mengendalikan pesawat jet mulai Julai 2026 sebagai sebahagian perancangan negeri untuk mengukuhkan rangkaian hubungan udara, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata bagaimanapun, syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi awal pada bulan depan dengan menggunakan pesawat turboprop sebelum beralih kepada perkhidmatan jet. “Pada […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 6 Disember -Pengumuman sebuah syarikat penerbangan terkemuka tempatan membenarkan kru kabin wanita memakai hijab ketika bertugas di semua laluan penerbangan, merupakan satu langkah progresif dan amat dialu-alukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan dan tahniah atas penetapan dasar pakaian seragam baharu yang […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri serta Labuan sehingga 1 tengah hari ini. Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor membabitkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi. “Amaran […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan para pembentang persidangan ‘Islam and the Emerging World Order’ oleh Institut Kajian Masa Depan Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Beliau menerusi hantaran di Facebook menzahirkan penghargaan atas nasihat serta saranan yang disampaikan para pembentang dalam pertemuan tersebut. Mereka […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Keputusan sama ada kekal bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau sebaliknya adalah keputusan prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Menurut Datuk Seri Dr Zambry, rombakan Kabinet berkemungkinan dibuat Perdana Menteri untuk mengisi kekosongan di pelbagai kementerian tetapi beliau dipertanggungjawabkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) ketujuh terus menjadi platform penting dalam mengiktiraf kecemerlangan usahawan, pemimpin industri dan agensi kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pengerusi Sekretariat LICTA ketujuh, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, berkata tema “ketabahan, kebangkitan dan kejayaan” mencerminkan semangat daya tahan serta kejayaan usahawan yang terus bangkit […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Industri fesyen kini muncul sebagai medium diplomasi budaya yang berpengaruh, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk Malaysia menonjolkan identiti serta keunikan warisannya di peringkat serantau dan antarabangsa. Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC), Tan Sri Low Kian Chuan berkata, fesyen disifatkan sebagai ‘bahasa’ universal yang mampu merentas sempadan, budaya dan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GUAM, 5 Disember – Seramai enam delegasi Malaysia, termasuk wakil media, berada di Guam, wilayah milik Amerika Syarikat, bagi menghadiri Festival Tarian Antarabangsa Guam. Lawatan selama empat hari itu memberi peluang kepada negara dalam memperkenalkan seni persembahan tradisional selain membuka ruang kepada kerjasama budaya di peringkat global. Malaysia diwakili dua penari dari Legasi Terindah melalui persembahan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$124.1 bilion, setakat 28 November 2025. Jumlah itu kekal daripada nilai rizab antarabangsa setakat 14 November lalu. BNM dalam kenyataan berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. ”Komponen utama […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember– Perkembangan ekonomi pencipta kandungan kini muncul sebagai trend utama dalam landskap perniagaan digital, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk secara lebih kreatif dan berkesan. Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa berkata fenomena itu didorong oleh keperluan untuk bertindak pantas dalam memasarkan produk, selari […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Minggu ini, BNM menjalankan operasi setiap hari melalui repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan tender semalaman Murabahah untuk mengurangkan lebihan kecairan dalam […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember -Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak diniagakan minggu depan. Kontrak tersebut tidak diniagakan minggu ini manakala jumlah dagangan dan kepentingan terbuka, masing-masing kekal sifar. Kontrak Disember 2025, Januari 2026, Februari 2026 dan Mac 2026, masing-masing tidak berubah pada […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Syarikat geoteknik dan kerja-kerja asas, Geohan Corporation Bhd bersedia untuk memperluaskan operasinya ke Singapura susulan penampilan sulungnya di pasaran utama, Bursa Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Kewangannya, Low Kok Din, kumpulan itu telah merangka pelan hala tuju yang jelas bagi mengukuhkan kehadirannya di peringkat serantau demi pertumbuhan masa hadapan. ”Kami mensasarkan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street susulan pendirian pelabur yang berhati-hati menjelang pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah negara maju itu pada minggu depan. Pada jam 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.70 […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember -Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi awal hari ini. Pada 9.19 pagi ini, kontrak Disember 2025, Januari 2026, Februari 2026 dan Mac 2026 kekal pada 96.45. Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka pula adalah sifar. – BERNAMA
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meneruskan momentum pengukuhan sekitar RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan keadaan fiskal lebih baik yang mendorong sentimen pelabur terhadap mata wang berkenaan. Pada jam 8 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.1065/1155 berbanding 4.1115/1165, semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pengerusi baharu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan fokus utamanya adalah memastikan agenda transformasi agensi itu berjalan lancar serta terus diperkukuhkan bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke Malaysia. Menurutnya, pelantikan sebagai Pengerusi MIDA memberi beliau peluang untuk meneruskan kesinambungan peranannya sebelum ini, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menjangkakan model terbaru, Proton Saga MC3 bakal peneraju segmen A dalam pasaran ASEAN, tahun hadapan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, model terbaru itu mencatatkan lebih 30,000 tempahan sejak pelancarannya minggu lepas. “Proton e.MAS 5 pula menjadi EV mampu milik pertama di Malaysia […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA KINABALU, 5 Disember – Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Asni Marjan, 56, berkata, akibat kecaman […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PETALING JAYA, 5 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di Selangor dan Perak. Serbuan berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta menyita enam kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13.9 juta. Pengarah JSJN , Datuk Hussien Omar Khan berkata, turut ditahan enam suspek termasuk […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 5 Disember – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM64,924. Albert, 37 tahun dan Shamsul Iskandar, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 5 Disember -Jabatan Imigresen Johor memberkas 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuah yang dijalankan di Pontian serta Johor Bahru pada Rabu lalu. Serbuan memfokuskan kawasan penempatan asing, premis perniagaan dan tempat awam. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata, tangkapan melibatkan 11 PATI warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak. “Selain […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR 4 Disember – Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, 37 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Suapan tersebut didakwa bertujuan mendapatkan bantuan bagi kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Tertuduh bagaimanapun mengaku […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 4 Disember – Seorang guru mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh isteri, pada Ogos lepas, di Sungai Ara. Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30 tahun, membuat pengakuan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin. Tertuduh didakwa cuba membunuh Hanis Sofea Hamdan, 28 tahun, menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Taman […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Seorang pemuda berusia 24 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah merakam seorang wanita di dalam bilik air sebuah pasar raya. Tertuduh, Muhammad Syahmi Mat Ros, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffa Nabillah Mohd Ishak mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, 50, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan satu persatu di […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung pertuduhan rasuah. Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Shamsul Iskandar, 50, dan Tei, 37, akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRASILIA, 6 Disember – Anak lelaki sulung bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah dipilih mengetuai kumpulan politik bekenaan bagi bertanding pada pilihan raya Presiden Brazil pada 2026. Jair Bolsonaro, 70, dijangka tidak bertanding selepas dihukum penjara selama 27 tahun atas tuduhan merancang rampasan kuasa dan dikenakan larangan memegang jawatan awam. Beliau kini sedang membuat rayuan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 6 Disember – Panel penasihat yang dilantik oleh Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Robert F. Kennedy Jr., telah mengundi untuk menghentikan garis panduan lama yang mengesyorkan semua bayi baru lahir di AS menerima vaksin hepatitis B sejurus dilahirkan. Langkah itu menandakan perubahan ketara dalam dasar vaksin negara itu. Panel tersebut kini mencadangkan keputusan vaksinasi […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TORONTO, 6 Disember – Kanada mengeluarkan Syria daripada senarai negara penyokong keganasan pada Jumaat. Selain itu, Kanada turut menarik balik penyenaraian Hayat Tahrir al-Sham (HTS) sebagai “entiti pengganas”, sekali gus menyertai beberapa negara lain yang melonggarkan sekatan terhadap Damsyik. Langkah berkenaan susulan kejayaan HTS menggulingkan bekas pemimpin Syria, Bashar al-Assad, Disember lalu dan mengambil alih […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CARACAS, 6 Disember– Presiden Venezuela, Nicolás Maduro menegaskan bahawa negaranya merupakan “jaminan keselamatan” di rantau Caribbean ketika Caracas berdepan ancaman ketenteraan dari Amerika Syarikat (AS) di perairannya. Maduro membuat kenyataan itu sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sepanjang tahun ini giat mengemukakan pencalonan dirinya bagi Hadiah Nobel Keamanan. Terdahulu, Trump anugerah keamanan pertama […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TEGUCIGALPA, 6 Disember – Honduras masih belum menentukan pemenang pilihan raya presiden selepas keputusan kekal rapat antara dua calon konservatif. Salah seorang daripadanya disokong secara terbuka oleh bekas Presiden AS, Donald Trump. Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) melaporkan Nasry Asfura daripada Parti Nasional (PN) memperoleh 40.20%, manakala Salvador Nasralla daripada Parti Liberal (PL) mendapat 39.47%. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TEHRAN, 6 Disember – Tentera Laut Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan peluru berpandu balistik ke arah sasaran simulasi di Teluk pada Jumaat, dalam latihan ketenteraan dua hari yang bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi ancaman luar. Menurut Press TV, latihan itu bertujuan menghantar mesej “keamanan dan persahabatan” kepada negara jiran, sambil memberi amaran bahawa “sebarang kesilapan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MOGADISHU, 6 Disember – Ratusan rakyat Somalia berarak melalui Mogadishu pada Jumaat bagi membantah kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang didakwa bersifat “perkauman” terhadap rakyat Somalia. Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan memegang gambar Ahli Kongres AS, Ilhan Omar yang turut menentang perkara itu, sambil melaungkan slogan membela maruah negara. Ahli parti pembangkang Ramaas […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 6 Disember – Warga Hong Kong di London pada Jumaat mengadakan peringatan bagi mangsa kebakaran tragis di Hong Kong yang meragut sekurang-kurangnya 158 nyawa. Kebakaran yang berlaku minggu lalu itu dilaporkan sebagai kebakaran paling dahsyat di bandar tersebut dalam beberapa dekad. Polis telah menahan 15 individu atas dakwaan membunuh tanpa niat dalam siasatan jenayah berhubung […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BRUSSELS, 6 Disember – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, bertemu Canselor Jerman, Friedrich Merz, di Brussels pada Jumaat, menjelang rundingan yang dijangka berlangsung dengan Belgium mengenai pelan Kesatuan Eropah (EU) untuk menggunakan aset beku Rusia bagi menyokong Ukraine menentang pencerobohan Rusia. Merz menyatakan sokongan terhadap pelan itu, namun menegaskan risiko perlu ditanggung oleh […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ISTANBUL, 6 Disember – Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera menahan lebih 100 keluarga Sudan dari bandar Babnousa di Kordofan Barat dan kampung berdekatan dalam keadaan kemanusiaan yang “sangat berbahaya,” dengan beberapa tahanan, terutamanya wanita, dipukul dan dihina, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Rangkaian Doktor Sudan pada Jumaat. Dalam kenyataan yang dimuat naik di X, […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 6 Disember– Jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti menegaskan pasukannya memikul tanggungjawab besar untuk menjulang Piala Dunia, namun perlu mempunyai keberanian untuk menyatakannya secara terbuka. “Bekerja untuk mampu menang adalah satu tanggungjawab besar. Tetapi, kita perlu ada keberanian untuk mengatakannya dan bekerja ke arahnya,” kata Ancelotti pada sidang media sejurus selepas undian Piala Dunia di Washington. […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA NERUS, 6 Disember – Perlawanan sengit dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi menyaksikan Terengganu FC (TFC) dan Kuching City FC berkongsi satu mata, selepas seri satu sama. Ketua Jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali berkata beliau menyasarkan tiga mata pada aksi tersebut. “Sebenarnya, hajat saya malam ini […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LIVERPOOL, 5 Disember – Liverpool kini berada dalam kedudukan yang kurang memuaskan dan bertekad untuk kembali ke tangga empat teratas Liga Perdana Inggeris, kata pengurusnya, Arne Slot, selepas hanya meraih dua kemenangan dalam sembilan perlawanan liga terakhir mereka. Liverpool kini berada di kedudukan kesembilan dengan 22 mata daripada 14 perlawanan, ketinggalan 11 mata di belakang […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 5 Disember – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) optimis kontinjen para remaja negara mampu mencatat keputusan positif pada Sukan Para Remaja Asia 2025 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Ahad ini. Presidennya, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, berkata sasaran utama adalah memperbaiki pencapaian edisi 2021 di Bahrain, yang menyaksikan Malaysia membawa pulang tiga […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
THAILAND, 5 Disember – Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen Kumpulan B Sukan SEA 2025 dengan langkah kiri selepas tewas 0-7 kepada juara bertahan, Vietnam, di Stadium Chonburi sebentar tadi. Vietnam yang juga juara lapan kali itu, tidak menunggu lama untuk menguasai perlawanan apabila Pham Hai Yen membuka jaringan seawal minit keempat, sebelum Nguyen […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 5 Disember – Malaysia akan menganjurkan Sukan SEA 2027 dari 18 hingga 29 September, melibatkan empat negeri iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur, dengan 38 jenis sukan dipertandingkan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan pemilihan tarikh temasya itu telah mengambil kira musim cuti universiti serta keadaan cuaca yang masih stabil, sebelum […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain, menyeru pemainnya memanfaatkan segala peluang bagi mengutip tiga mata penuh apabila menentang Laos pada aksi Kumpulan B Sukan SEA 2025 di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu (6 November 2025). Nafuzi menegaskan Harimau Muda perlu mempamerkan prestasi yang terbaik kerana perlawanan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember- Skuad boling negara menambah satu lagi pingat perak dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Boling Dunia di Hong Kong, hari ini. Pasukan wanita dibarisi Sin Li Jane, Gillian Lim, Natasha Roslan, Nora Lyana Nastasia Norakmal, Adelia Nur Irwan Syazalee dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman. Pada aksi akhir, skuad negara terpaksa […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 5 Disember – Ketibaan pemain elit seperti Lionel Messi telah membantu mengukuhkan kedudukan bola sepak dalam pasaran sukan Amerika Syarikat (AS) yang sangat kompetitif, kata Pesuruhjaya Major League Soccer (MLS), Don Garber. Menurut Garber, bola sepak sudah lama bergelut untuk menarik perhatian dalam landskap sukan AS, yang dikuasai besbol dan bola keranjang. Garber berkata […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ROM, 5 Disember – Obor Olimpik bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina 2026 dinyalakan di dataran Istana Presiden Itali, Quirinale, pada pagi Jumaat (waktu tempatan), sebelum memulakan jelajahnya merentasi seluruh negara. Obor berkenaan, yang dinyalakan bulan lalu di Olympia,Greece, telah diserahkan kepada penganjur Itali dalam satu majlis di Athens awal minggu ini. Sebuah pelita khas […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Program yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, menjadi cerminan komitmen kerajaan yang sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi rakyat. Laporan Fatin Aqila Nor Azli.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya memperkukuh hubungan diplomatik dengan cemerlang dan luar biasa. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan dunia. Laporan oleh Tunisa Dharsini Suresh.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dari mural berwarna-warni hingga jambatan LED yang memancar cahaya, Kuala Lumpur kini muncul sebagai destinasi fotografi paling menyerlah. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bandar raya ini menawarkan gabungan sempurna antara warisan, budaya dan lampu malam yang memukau. Ikuti dalam Laporan Khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2026 Kuala Lumpur’ yang disedia wartawan Farzana Mohd Norsam.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Sementara itu, Rang Undang-undang (RUU) Antibuli dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, esok. Ia langkah penting membanteras budaya buli yang makin meruncing, secara menyeluruh dan berkesan, khususnya di institusi pendidikan. Laporan, Sofea Nasron.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) atau BiGBen beroperasi 24 jam membuktikan keseriusan negara mengurangkan impak risiko bencana lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Laporan oleh Suriyana Radzlan.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pernah digelar Jalan Bulan oleh penduduk kini bertukar menjadi laluan selamat dah moden. Transformasi Jalan Sindumin-Melalia membuka lebaran baharu kepada ribuan pengguna di sempadan Sabah-Sarawak. Ikuti laporan Raid Waffin Roszlan.
Iklan/Banner