- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA KINABALU, 5 Disember – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi pada Jumaat. Perkara itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar ketika dihubungi pemberita pagi ini, namun tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian bapanya itu. “Mohon […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KAJANG, 5 Disember – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama adiknya di Taman Prima Saujana, di sini dihentikan sementara pada pukul 12 tengah malam pada Khamis. Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
HULU LANGAT, 5 Disember – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilaksanakan bagi mengesan seorang lagi kanak-kanak lelaki yang masih hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Merbau di belakang Masjid Prima Saujana, Kajang, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian membabitkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KAJANG, 4 Disember – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama abangnya ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, malam ini. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa yang […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUCHING, 4 Disember – Tiga buah rumah teres musnah dalam satu insiden kebakaran, di Everbright Estate, Lorong 2C Jalan Batu Kawa, pada Khamis, malam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.45 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama bantuan BBP Padungan serta 20 anggota digerakkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUCHING, 4 Disember – Tiga buah rumah teres musnah dalam satu insiden kebakaran, di Everbright Estate, Lorong 2C Jalan Batu Kawa, pada Khamis, malam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.45 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama bantuan BBP Padungan serta 20 anggota digerakkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 4 Disember – Seorang pelajar dari China yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru maut, selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan lori di susur kilometer 18, Jalan Johor Bahru-Pontian, pada pukul 10.45 pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, ketika kejadian, motosikal mangsa cuba […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Dua buah rumah terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Lot 125 Jalan Khalid Al Walid, Kampung Bukit Sungai Putih di Lembah Jaya, Ampang. Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang 40 kaki dan menimpa atap dua buah rumah setingkat. Seramai tujuh anggota […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SINGAPURA, 04 Disember – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong Shyun Tsai meluahkan rasa gembira atas persetujuan Malaysia membenarkan konsulat negara itu ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Menurutnya, perkhidmatan konsulat tersebut dapat mempermudahkan urusan rakyat Singapura yang bekerja di negeri-negeri itu, sekaligus mengeratkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara. “Gembira kerana Malaysia secara rasmi bersetuju dengan cadangan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 4 Disember – Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan ‘Amaran Banjir’ di Tumpat dan Pasir Puteh, terutama di kawasan rendah serta berisiko banjir bermula Sabtu hingga Ahad ini. PRABN dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan status paras air sungai yang diramal meningkat dan melebihi paras bahaya, banjir […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pengerusi baharu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan fokus utamanya adalah memastikan agenda transformasi agensi itu berjalan lancar serta terus diperkukuhkan bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke Malaysia. Menurutnya, pelantikan sebagai Pengerusi MIDA memberi beliau peluang untuk meneruskan kesinambungan peranannya sebelum ini, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menjangkakan model terbaru, Proton Saga MC3 bakal peneraju segmen A dalam pasaran ASEAN, tahun hadapan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, model terbaru itu mencatatkan lebih 30,000 tempahan sejak pelancarannya minggu lepas. “Proton e.MAS 5 pula menjadi EV mampu milik pertama di Malaysia […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Gaji bakat digital dijangka meningkat 10.81 peratus pada 2026, disokong pelaburan industri yang lebih tinggi dalam kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, keselamatan siber dan sistem berasaskan data. Pengerusi Penyelidikan Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM), Woon Tai Hai berkata, jangkaan lonjakan gaji itu berikutan usaha majikan yang semakin giat mendapatkan bakat […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Syarikat pedagang dan pengedar bahan api dan pelincir, PSP Energy Bhd memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE pada 16 sen sesaham, tidak berubah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO). Melalui penyenaraiannya, RM34.2 juta berjaya diraih melibatkan 213.80 juta saham baharu. Pengarah urusan kumpulan, Ong Chee Seng berkata daripada jumlah itu, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Kumpulan Bank Dunia dan Asian Development Bank (ADB) mengumumkan pelaksanaan dua projek pertama di bawah Full Mutual Reliance Framework (FMRF), satu kerangka kerjasama pembangunan baharu yang bertujuan mempercepatkan pelaksanaan projek serta meningkatkan keberkesanan impak di rantau Asia Pasifik. Presiden Kumpulan Bank Dunia, Ajay Banga berkata FMRF direka khusus bagi membantu […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bank Negara Malaysia (BNM) sedang merangka pelan jangka panjang bagi mengurangkan pegangan sahamnya dalam Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) secara berperingkat. Kementerian Kewangan (MOF) berkata langkah itu selaras dengan aspirasi BNM untuk meningkatkan daya saing pasaran serta memperkukuh kepimpinan industri dalam ekosistem pembayaran digital negara. “Dalam melaksanakan pelan ini, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun. Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri. Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul turut akan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – FDI Global Sdn Bhd mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia – Korea melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Oceans Global Co., Ltd, anak syarikat penuh Foosung Group, sebuah konglomerat industri Korea Selatan. Kerjasama itu memberikan Oceans Global hak rundingan pertama untuk sehingga 60 metrik tan udang sebulan, termasuk udang hitam premium, udang […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), anak syarikat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memperluas sokongan bantuan banjir, bagi membantu usahawan dan perniagaan terjejas banjir, baru-baru ini. Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain berkata, inisatif tersebut merceminkan komitmen berterusan syarikat itu dalam […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Pengeluaran minyak mentah, kondensat, dan gas asli Malaysia merekodkan pertumbuhan positif pada suku ketiga 2025, masing-masing mencapai 45.1 juta tong dan 737 bilion kaki padu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan itu dipacu terutamanya oleh pengeluaran minyak mentah, yang meningkat 7 […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR 4 Disember – Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, 37 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Suapan tersebut didakwa bertujuan mendapatkan bantuan bagi kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Tertuduh bagaimanapun mengaku […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 4 Disember – Seorang guru mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh isteri, pada Ogos lepas, di Sungai Ara. Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30 tahun, membuat pengakuan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin. Tertuduh didakwa cuba membunuh Hanis Sofea Hamdan, 28 tahun, menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Taman […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Seorang pemuda berusia 24 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah merakam seorang wanita di dalam bilik air sebuah pasar raya. Tertuduh, Muhammad Syahmi Mat Ros, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffa Nabillah Mohd Ishak mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, 50, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan satu persatu di […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung pertuduhan rasuah. Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Shamsul Iskandar, 50, dan Tei, 37, akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi. […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada sebarang salah guna kuasa berlaku dalam pelaksanaan Ops Songsang, susulan dakwaan mengatakan proses pelepasan tahanan sengaja dilewatkan melebihi 24 jam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kelewatan yang berlaku berpunca daripada jumlah tangkapan yang besar serta kehadiran ramai peguam, sekali gus memanjangkan proses […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih sepenuhnya siasatan berhubung insiden tiga suspek ditembak mati selepas mencederakan seorang anggota polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu. Siasatan awal sebelum ini dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Menurut Pengarah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 3 Disember – Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan tiada individu yang melakukan perbuatan di luar batas undang-undang akan dilindungi. Menteri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, berkata kementerian sedia bekerjasama sepenuhnya dengan polis susulan penahanan seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang disyaki terlibat dalam aktiviti hubungan songsang di Pulau Pinang baru-baru ini. Tambah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 3 Disember – Cubaan dua warga asing membawa masuk dadah bernilai lebih RM2.5 juta ke negara ini digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas mereka ditahan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam dua kejadian berasingan pada 19 November lalu. Pengarah Kastam KLIA, Zulkifli Muhammad, dalam satu kenyataan media […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 3 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing bakal berdepan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok. Kedua-dua mereka akan dituduh di dua mahkamah berasingan dengan empat pertuduhan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata mereka juga akan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
HAVANA, 5 Disember – Cuba menegaskan negara itu tidak menjadi ‘lubang hitam’ laluan penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat (AS) dan terus aktif memberikan maklumat perisikan kepada Pengawal Pantai AS bagi memerangi kegiatan haram itu di Caribbean. Ketua Pengawal Sempadan Cuba, Kolonel Ybey Carballo berkata walaupun hubungan rasmi antara Cuba dan AS terhenti di bawah pentadbiran […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NEW DELHI, 5 Disember – Presiden Rusia, Vladimir Putin mempertikai tindakan Amerika Syarikat (AS) menekan India supaya tidak membeli minyak Rusia, dengan menyatakan sekiranya AS sendiri boleh membeli bahan api Rusia, mengapa India tidak boleh berbuat demikian. Putin membuat kenyataan itu dalam wawancara bersama penyiar India, India Today, semasa beliau memulakan lawatan rasmi dua hari […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KAHERAH, 5 Disember – Supermoon terakhir bagi tahun 2025 kelihatan menerangi langit Kaherah, Mesir pada Khamis. Fenomena supermoon berlaku apabila bulan purnama berada berhampiran titik terdekatnya dengan Bumi dalam orbit elipsnya, menjadikannya hingga tujuh peratus lebih besar dalam diameter berbanding biasa. Menurut pakar astronomi, biasanya terdapat tiga hingga empat supermoon setahun, dan kejadian kali ini […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DAMASKUS, 5 Disember – Wakil daripada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa komuniti antarabangsa berdiri teguh bersama Syria dan menyokong masa depan yang dimiliki serta diketuai oleh rakyat Syria sendiri. Delegasi yang mengadakan lawatan selama tiga hari ke Syria dan Lubnan itu bertemu Presiden Ahmed al-Sharaa serta pegawai kanan di Istana […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 5 Disember – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menegaskan Presiden Rusia, Vladimir Putin memikul tanggungjawab terhadap serangan agen saraf Novichok di Salisbury pada 2018, susulan dapatan terkini siasatan awam mengenai insiden berprofil tinggi itu. Menurut laporan siasatan awam tersebut, Putin dipercayai telah mengarahkan operatif agensi perisikan tentera Rusia, GRU, melancarkan serangan terhadap ejen berganda […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Washington, 4 Disember – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memberikan pengampunan penuh kepada ahli Kongres Texas dari Parti Demokrat, Henry Cuellar berhubung kes rasuah, dengan mendakwa sistem keadilan telah “diperalatkan” oleh pentadbiran terdahulu Joe Biden. “Saya dengan ini mengumumkan PENGAMPUNAN penuh dan tanpa syarat kepada Henry Cuellar… Anda boleh tidur lena malam ini – […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dhaka, 4 Disember – Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleda Zia, 80, yang kini dalam keadaan kritikal, akan dihantar ke Britain menggunakan ambulans udara, menurut doktor peribadinya. Zia kini berada di unit rawatan rapi di ibu negara Dhaka selepas dimasukkan ke hospital bulan lalu dengan simptom jangkitan paru-paru. Walaupun menghadapi masalah kesihatan dan pernah dipenjara, Zia […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Sibolga, 4 Disember – Ramalan hujan lebat pada Khamis mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan banjir susulan di Indonesia dan Sri Lanka, selepas hujan deras sebelum ini telah meragut lebih 1,500 nyawa di empat negara di Asia Tenggara. Agensi meteorologi Indonesia memberi amaran bahawa tiga wilayah paling teruk terjejas di Pulau Sumatera akan mengalami hujan sederhana hingga […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ISLAMABAD, 4 Disember – Pakistan akan membenarkan bekalan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki Afghanistan secara sementara. Kedua-dua negara terlibat dalam pertikaian yang semakin tegang sejak Taliban kembali menguasai Kabul pada 2021, dengan Islamabad menuduh Afghanistan menempatkan militan yang melancarkan serangan rentas sempadan, tuduhan yang dinafikan pihak berkuasa Afghanistan. Seorang pegawai kerajaan Pakistan, berkata pembukaan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AOMORI, 4 Disember – Salji tebal menutupi kawasan di sepanjang wilayah berbukit di Jepun, melumpuhkan aliran trafik termasuk trafik udara, serta menyebabkan banyak kemalangan jalan raya. Stesen penyiaran NTV melaporkan, di Wilayah Aomori yang mencatat salji setebal 13 sentimeter, sehingga pukul 11 pagi waktu tempatan, penerbangan antara wilayah itu dengan Hyogo dibatalkan ekoran jarak penglihatan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Universiti ASEAN (AUG) Edisi ke-22 yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 20 Disember 2026. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan temasya dwitahunan itu bakal menghimpunkan kontinjen dari 11 negara ASEAN yang akan berkampung di sekitar Lembah Klang. “Lima universiti dipilih sebagai venue […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Dua jaringan Jaydon Brooker memastikan Afrika Selatan menumpaskan skuad hoki lelaki remaja kebangsaan 3-1 dalam perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16 pada Piala Dunia Remaja 2025 di Chennai, India, hari ini. Gol-gol Brooker hadir hasil penyudah bijak daripada situasi pukulan sudut penalti masing-masing pada minit ke-18 dan ke-39 perlawanan di […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bintang skuasy wanita negara S. Sivasangari terhenti di suku akhir Terbuka Hong Kong 2025 selepas tewas kepada pilihan utama Hania El Hammamy dari Mesir di Pusat Skuasy Hong Kong, hari ini. Pemain nombor dua dunia itu mempamerkan kelas dan ketenangan untuk menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan mudah 11-4, […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember– Bekas pengendali Harimau Malaya dan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, disifatkan sebagai calon paling tepat untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), kata legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh. Dollah, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berkata pengalaman luas dimiliki Kim Swee di peringkat […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing, bakal membuat penampilan sulungnya di Sukan SEA Thailand 2025, selepas beberapa tahun menanti peluang tersebut. Atlet berusia 28 tahun itu menyifatkan pemilihannya kali ini sebagai peluang keemasan dan bertekad memanfaatkannya sebaik mungkin. Sebelum ini, Mei Xing sering disenaraikan dalam perancangan awal skuad, namun […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA NERUS, 4 Disember – Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali menggesa anak buahnya bangkit mencipta kemenangan pada aksi Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam esok. Pengendali kelahiran Kemaman itu berkata pemain perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mengutip tiga mata penuh selepas […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Kem badminton negara mensasarkan tujuh pingat, termasuk empat emas, pada Sukan SEA Thailand 2025 yang akan bermula minggu hadapan. Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, sasaran itu dianggap realistik berdasarkan prestasi terkini pemain serta rekod pertemuan mereka dengan pencabar utama serantau. Menurutnya, sasaran pingat emas tertumpu […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 4 Disember – Kapten All Blacks, Scott Barrett menegaskan mereka tidak gentar kemungkinan bertembung Afrika Selatan pada suku akhir Piala Dunia Ragbi 2027. Menurutnya, New Zealand sentiasa bersedia menghadapi mana-mana lawan yang berpotensi memberi cabaran hebat. “Itulah keindahan Piala Dunia, anda perlu berada pada tahap prestasi terbaik pada masa yang tepat,” katanya. Kedua-dua pasukan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MIAMI, 4 Disember – Seorang wanita yang sebelum ini menuduh bintang UFC, Conor McGregor, melakukan serangan seksual ketika perlawanan NBA pada 2023 telah menarik balik saman sivil terhadap atlet itu. Wanita berusia 49 tahun yang dikenal pasti sebagai seorang eksekutif Wall Street, memfailkan notis penarikan saman di sebuah mahkamah Florida, selepas pendakwa raya lebih awal […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 4 Disember – Ketua Pasukan Petugas Piala Dunia FIFA 2026 White House pada Rabu berkata pentadbiran Trump sedang merangka langkah keselamatan dan hospitaliti yang menyeluruh bagi memastikan kejohanan itu berlangsung dalam suasana selamat dan mesra. Andrew Giuliani berkata kepada pemberita di Pusat Media Asing Jabatan Negara bahawa aspek keselamatan dan perlindungan menjadi teras persiapan, […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Fahmi Fadzil menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham Dharma Harun Al Rashid atas pemergian pelakon veteran itu.
- Beliau mengenang Allahyarham sebagai berkeperibadian lembut, bersahaja dan dihormati ramai.
- Doa diterima agar keluarga diberi kekuatan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Program yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, menjadi cerminan komitmen kerajaan yang sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi rakyat. Laporan Fatin Aqila Nor Azli.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya memperkukuh hubungan diplomatik dengan cemerlang dan luar biasa. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan dunia. Laporan oleh Tunisa Dharsini Suresh.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dari mural berwarna-warni hingga jambatan LED yang memancar cahaya, Kuala Lumpur kini muncul sebagai destinasi fotografi paling menyerlah. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bandar raya ini menawarkan gabungan sempurna antara warisan, budaya dan lampu malam yang memukau. Ikuti dalam Laporan Khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2026 Kuala Lumpur’ yang disedia wartawan Farzana Mohd Norsam.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Sementara itu, Rang Undang-undang (RUU) Antibuli dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, esok. Ia langkah penting membanteras budaya buli yang makin meruncing, secara menyeluruh dan berkesan, khususnya di institusi pendidikan. Laporan, Sofea Nasron.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) atau BiGBen beroperasi 24 jam membuktikan keseriusan negara mengurangkan impak risiko bencana lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Laporan oleh Suriyana Radzlan.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pernah digelar Jalan Bulan oleh penduduk kini bertukar menjadi laluan selamat dah moden. Transformasi Jalan Sindumin-Melalia membuka lebaran baharu kepada ribuan pengguna di sempadan Sabah-Sarawak. Ikuti laporan Raid Waffin Roszlan.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Mengukuhkan kerjasama Selatan-Selatan antara Malaysia dan Kenya untuk manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
- Membuka peluang baharu pelaburan dan perdagangan yang memberi keutamaan kepada kepentingan bersama.
- Menegaskan komitmen Malaysia meneruskan sokongan kepada aspirasi pembangunan Kenya.
Iklan/Banner