- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Sebanyak 20,000 cerun di seluruh negara sedang dipantau rapi sebagai langkah memastikan keselamatan infrastruktur jalan raya terutama pada musim hujan, menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira 3,000 cerun dikenal pasti sebagai berisiko tinggi, sekali gus memerlukan pemantauan lebih teliti oleh Cawangan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MELAKA, 8 Disember – Pemberian vaksinasi influenza hanya diberi secara percuma kepada golongan warga emas yang mempunyai penyakit kronik. Jelas Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Datuk Ngwe Hee Sem, warga emas yang menghidap diabetes, sakit jantung, hipertensi dan lain-lain lebih berisiko mengalami komplikasi serius, kemasukan ke hospital atau kematian akibat jangkitan influenza. “Selain […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Pelaksanaan spesifikasi teknikal turapan jalan yang baharu serta tahan iklim, menjadi asas memperkukuh kualiti infrastruktur jalan raya negara, selaras cabaran perubahan cuaca. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini termasuk penggunaan bitumen berprestasi tinggi serta campuran turapan inovatif yang direka khusus untuk menahan hujan ekstrem, banjir dan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Konflik berkaitan pemilikan dan penggunaan tanah dikenal pasti sebagai faktor utama yang boleh menjejaskan pematuhan serta kelangsungan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, berdasarkan piawaian MSPO 2022, pemilik diwajibkan mempunyai sijil hak milik tanah yang sah serta bebas daripada […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Sabah serta negeri-negeri lain yang berdepan masalah asas kekal sebagai fokus utama kerajaan, dengan pelaksanaan projek akan dipantau secara lebih tegas melalui mesyuarat pemantauan bulanan. Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Anwar berkata beliau memahami keresahan rakyat Sabah […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 8 Disember – Johor mencatatkan RM2.6 juta kutipan hasil Pensijilan Halal Malaysia sehingga 5 Disember lepas meningkat, berbanding RM2.4 juta tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata permohonan sijil halal turut mencatatkan peningkatan tahun ini, dengan sehingga kini, 2,024 permohonan diterima, termasuk 35 hotel yang berjaya […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak melakukan sebarang tindakan mengalihkan papan tanda amaran atau penghadang jalan di lokasi tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah). Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan semua langkah […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kerajaan menerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus komited meningkatkan kadar pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di seluruh negara termasuk Sarawak, bagi memastikan hasil sawit negara kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, berkata usaha itu merangkumi program libat urus, […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SIBURAN, 8 Disember – Seorang wanita yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemukan selamat pagi tadi. Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, Ahmad Shah Saad, mangsa Aron Rajak, 57, yang hilang di Kampung Simpok dijumpai pada kedudukan satu kilometer dari kampung itu oleh penduduk tanpa sebarang kecederaan. “Mangsa dipercayai bersembunyi disebuah pondok […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Pembangunan pesat pusat data di negara ini, tidak akan mengakibatkan kenaikan tarif elektrik dan air kepada pengguna domestik. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika memberi jaminan itu di Dewan Negara memaklumkan kerajaan telah memperkenalkan struktur tarif baharu yang memastikan kos infrastruktur ditanggung pengendali pusat […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Pelabur asing kembali semula sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia, menerusi aliran masuk bersih berjumlah RM11.6 juta minggu lepas, sekali gus mengakhiri jualan bersih dua minggu berturut-turut. Menurut MBSB Investment Bank Berhad (MBSB IB), aliran masuk dana paling tinggi dicatatkan pada Selasa berjumlah RM155.7 juta, diikuti RM58.0 juta pada Isnin […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarkan TaniStats 2.0, gerbang digital statistik pertanian yang dinaik taraf daripada versi asal yang diperkenalkan pada Mei 2025. Dalam kenyataannya, DOSM berkata platform yang dibangunkan secara dalaman itu mengintegrasikan pelbagai sumber data pertanian termasuk dapatan Banci Pertanian 2024, data pentadbiran agensi berkaitan, harga agromakanan, indikator keterjaminan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) komited menerajui inisiatif 10 Juara Bumiputera di bawah program reformasi GEAR-UP, sebahagian daripada agenda Ekonomi MADANI. Dalam kenyataannya, PNB berkata, program strategik tersebut menyasarkan melahirkan 10 syarikat Bumiputera, masing-masing dengan nilai pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta dalam […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) komited menyokong peralihan negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB) serta meningkatkan kecekapan tenaga menerusi pelbagai langkah strategik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Safinah Salleh memaklumkan, fokus utama ST adalah memperkukuh kecekapan tenaga dalam proses peralihan tenaga. “Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga memastikan semua pengguna tenaga besar mematuhi […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Pengukuhan ketara ringgit kebelakangan ini didorong oleh gabungan beberapa faktor domestik yang semakin kukuh, bukan hanya kesan langsung daripada penyusutan dolar Amerika Syarikat (USD) semata-mata. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi menerusi satu hantaran di platform X, beliau berkata persoalan mengenai faktor yang mendorong pengukuhan ringgit […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun hadapan. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, langkah itu sejajar dengan cadangan awal persatuan itu yang mahu peniaga dengan jualan tahunan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CYBERJAYA, 6 Disember – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatatkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN 2025. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, program kapasiti pembangunan itu juga berjaya mewujudkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu, selain menaik taraf kemahiran […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember– Penyertaan dan sokongan daripada institusi kewangan amat penting bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035), terutamanya dalam menyelaraskan transisi hijau industri keluli. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata industri keluli merupakan tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia dengan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan kepada sektor-sektor […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Prestasi Bursa Malaysia dijangka dipengaruhi oleh data pasaran ketika pelabur membuat persiapan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata perhatian pasaran kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai hala tuju […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember – Ringgit dijangka kekal stabil dan diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga dan pelabur […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 8 Disember – Seorang wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada Ogos lepas, akan memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. Peguam Zulzarif Zakuan yang mewakili tertuduh Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41 tahun, mengesahkan perkara itu selepas sebutan kes yang turut dihadiri Timbalan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 8 Disember – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah RM400,000 dalam projek penternakan lembu pedaging Kerajaan Negeri Kedah lima tahun lepas. Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin. Bapa […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGAI PETANI, 8 Disember – Seorang individu berusia 30-an ditahan selepas disyaki mengugut jirannya menggunakan senjata api. Tindakan suspek terhadap warga emas berkenaan, dilakukan di sebuah taman perumahan di Bandar Laguna Merbok, di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan ketika mengesahkan kes berkenaan memaklumkan, suspek telah ditahan. “Polis menerima laporan mengenai kes berkenaan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) pada Sabtu (6 Disember) daripada ahli keluarga salah seorang suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka. CD berkenaan dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian berlaku. Terdahulu, pada 3 Disember lalu, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 7 Disember – Seorang warga emas berusia 60 tahun ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan mencuri arus elektrik bagi perlombongan bitcoin di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab ketika mengesahkan penahanan itu berkata serbuan dijalankan sepasukan anggota polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 6 Disember – Seorang akauntan wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, dan telah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA KINABALU, 5 Disember – Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Asni Marjan, 56, berkata, akibat kecaman […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PETALING JAYA, 5 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di Selangor dan Perak. Serbuan berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta menyita enam kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13.9 juta. Pengarah JSJN , Datuk Hussien Omar Khan berkata, turut ditahan enam suspek termasuk […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 8 Disember -Jepun hari ini menolak dakwaan Beijing bahawa pesawat Pasukan Pertahanan Diri (SDF) telah mengganggu latihan penerbangan tentera China berhampiran Okinawa pada hujung minggu lalu. Ketua Setiausaha Kabinet, Minoru Kihara berkata, laporan China yang mendakwa pesawat Jepun mengancam keselamatan penerbangan adalah tidak berasas. “Kami dimaklumkan pesawat SDF mengekalkan jarak selamat ketika menjalankan tugas […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
HONG KONG, 8 Disember -Pilihan raya Hong Kong pada Ahad merekodkan kadar keluar mengundi rendah. Ia dipengaruhi kemarahan awam selepas kebakaran tragis di Mong Kok minggu lalu yang meragut puluhan nyawa. Bagaimanapun, penyertaan pengundi masih meningkat sedikit berbanding pilihan raya 2021. Kerajaan Hong Kong memaklumkan, 31.9 peratus pengundi hadir menunaikan tanggungjawab, berbanding 30.2 peratus pada […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 8 Disember -Seorang anggota bomba Australia maut selepas ditimpa sebatang pokok ketika membantu mengawal kebakaran hutan yang memusnahkan beberapa rumah di utara Sydney. Insiden berlaku di kawasan belukar berhampiran Bulahdelah, kira-kira 200 kilometer dari Sydney, lewat malam tadi. Mangsa, seorang lelaki berusia 59 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat serangan jantung selepas ditimpa […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 8 Disember -Seorang pemandu pikap menyebabkan kerosakan bernilai ratusan ribu pound selepas merempuh bilik pameran McLaren di Hockley Heath, dekat Solihull, pada petang Ahad. Kejadian berlaku selepas pemandu itu didakwa keluar dari parkir sebuah pub yang terletak bertentangan, sebelum kenderaan tersebut terbabas ke arah bangunan di Stratford Road. Polis dan pasukan bomba bergegas ke […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MIAMI BEACH, 8 Disember -Pameran seni di Art Basel Miami Beach 2025 menjadi tumpuan luar biasa selepas menampilkan robot anjing yang mempunyai kepala tiga tokoh teknologi dunia, Elon Musk, Jeff Bezos dan Mark Zuckerberg. Paparan seni bertajuk “Regular Animals” itu merupakan karya artis digital terkenal, Mike Winkelmann atau lebih dikenali sebagai Beeple. Robot anjing tersebut […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CALIFORNIA, 8 Disember -Rundingan untuk menamatkan perang Ukraine dilapor berada pada fasa akhir dengan hanya beberapa isu besar masih berbaki sebelum persetujuan dicapai. Menurut Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine, Keith Kellogg, proses itu kini berada pada “10 meter terakhir”, namun masih bergantung kepada dua perkara utama. Jelas beliau ia melibatkan status wilayah Donbas […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
UKRAINE, 8 Disember -Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menyifatkan rundingan terbaharu dengan wakil Amerika Syarikat (AS) mengenai pelan damai Ukraine sebagai “konstruktif tetapi tidak mudah”. Zelenskiy berkata, beliau mengadakan perbualan dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Steven Witkoff, serta Jared Kushner pada Sabtu. “Mereka memahami pendirian asas Ukraine. Perbincangan berjalan secara konstruktif, walaupun tidak mudah,” […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 8 Disember -Britain melancarkan inisiatif baharu untuk menggabungkan kapal tanpa pemandu, dron bawah air dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam rangkaian pertahanan maritimnya. Langkah itu bagi meningkatkan keupayaan mengesan kapal selam, sekali gus melindungi kabel komunikasi dan saluran paip dasar laut daripada ancaman Rusia. Pengumuman itu dibuat empat hari selepas Setiausaha Pertahanan United Kingdom […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MINNA, 8 Disember – Pihak berkuasa Nigeria berjaya membebaskan 100 pelajar yang diculik dari sebuah sekolah Katolik bulan lalu, menurut sumber PBB dan laporan media tempatan. Namun, nasib 165 lagi pelajar dan kakitangan yang masih hilang belum diketahui. Kesemua 100 pelajar yang dibebaskan kini berada di Abuja dan dijangka diserahkan kepada kerajaan negeri Niger pada […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
COTONOU, 8 Disember – Presiden Benin, Patrice Talon, muncul di televisyen negara pada Ahad bagi menenangkan rakyat susulan cubaan rampasan kuasa tentera awal hari itu. “Saya ingin memberi jaminan bahawa situasi sepenuhnya dalam kawalan dan mengajak anda untuk meneruskan aktiviti dengan tenang mulai malam ini. “Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipelihara di seluruh negara,” kata […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara. Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, CAS menetapkan bahawa peguam yang mewakili badan induk negara itu mempunyai […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kejayaan Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-Sukan IESF 2025 di sini malam tadi menyuntik keyakinan tinggi kepada skuad negara dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA 2025 di Thailand. Ketua jurulatih kebangsaan Michael Bocado berkata kemenangan itu hadir pada waktu yang tepat, sekali gus meningkatkan keyakinan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara. Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata CAS menetapkan bahawa peguam yang mewakili badan induk negara itu mempunyai […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 8 Disember – Dua tahun lalu, episod suram menghantui kontinjen negara apabila Malaysia mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah penyertaannya di Sukan SEA. Kontinjen negara yang menghantar 676 atlet pada edisi 2023 di Phnom Penh, Kemboja sekadar meraih 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa selain menamatkan cabaran di tempat ketujuh, pencapaian yang amat […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Musim 2025 akan diingati sebagai detik paling mencabar dalam sejarah bola sepak tanah air apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara didenda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kesalahan pemalsuan dokumen. Kemuncaknya pada malam 26 September apabila FIFA dalam kenyataan rasmi, mengesahkan FAM dan tujuh pemain – […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GEORGE TOWN, 8 Disember– Penang FC dijangka membuat rombakan pemain susulan kekalahan besar kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini malam tadi. Ketua jurulatih Wan Rohaimi Wan Ismail berkata beliau kecewa dengan persembahan longlai pasukannya yang banyak melakukan kesilapan mudah sehingga dibolosi lima kali. Beliau berkata ini termasuk pada babak […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ABU DHABI, 8 Disember – Juara dunia baharu Formula 1, Lando Norris bangga meraih gelaran pertamanya dengan menyatakan tetap menjadi dirinya sendiri dan tanpa mengubah gaya pemanduannya. Pemandu McLaren berusia 26 tahun itu menegaskan bahawa kejayaan musim ini datang hasil pendekatan yang jujur dan bersih, bukan dengan meniru gaya agresif sesetengah juara terdahulu. “Itu antara […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MADRID, 8 Disember – Ketua jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso, menggesa pasukannya bangkit segera selepas mengalami kekalahan mengecewakan 2-0 kepada Celta Vigo dalam aksi La Liga pada Ahad. Kekalahan di Santiago Bernabéu itu menambah tekanan ke atas Los Blancos yang kini hanya mencatat dua kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan. Keputusan itu turut […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BARCELONA, 8 Disember – Espanyol meneruskan prestasi cemerlang musim ini selepas menewaskan Rayo Vallecano 1-0 di RCDE Stadium, Cornella, pada Ahad. Gol penalti Roberto Fernandez pada separuh masa pertama memastikan kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga untuk pasukan kendalian Manolo Gonzalez. Espanyol kini menduduki tangga kelima, ketinggalan empat mata di belakang Atletico Madrid yang berada di […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 8 Disember – Crystal Palace melonjak ke kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Fulham 2-1, manakala Brighton mengekang West Ham daripada melepasi zon penyingkiran melalui keputusan seri 1-1 pada Ahad. Gol kemenangan lewat daripada pertahanan England, Marc Guehi di Craven Cottage membawa Palace mengatasi Chelsea dan Everton, sekali gus membuka peluang kelayakan Liga […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dasar ‘Healing Meets Hospitality’ Pulau Pinang terus memacu sektor Pelancongan Perubatan ke tahap global. Pulau Pinang kini menawarkan lebih daripada rawatan klinikal bertaraf dunia untuk bersaing sebagai Hab Kesihatan Asean. Ikuti laporan Hamizah Mansor.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI telah memperlihatkan hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara yang semakin jelas. Iltizam ini diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif yang dirangka secara menyeluruh, sekali gus memastikan TVET kekal relevan dengan tuntutan industri dan keperluan ekonomi negara. Laporan disediakan oleh Izzah Zulkifle.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Program yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, menjadi cerminan komitmen kerajaan yang sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi rakyat. Laporan Fatin Aqila Nor Azli.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya memperkukuh hubungan diplomatik dengan cemerlang dan luar biasa. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan dunia. Laporan oleh Tunisa Dharsini Suresh.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dari mural berwarna-warni hingga jambatan LED yang memancar cahaya, Kuala Lumpur kini muncul sebagai destinasi fotografi paling menyerlah. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bandar raya ini menawarkan gabungan sempurna antara warisan, budaya dan lampu malam yang memukau. Ikuti dalam Laporan Khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2026 Kuala Lumpur’ yang disedia wartawan Farzana Mohd Norsam.
Iklan/Banner