Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah dan Labuan hingga 1.00 tengah hari
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 25 Disember – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1.00 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan keadaan cuaca tersebut dijangka melibatkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah seperti Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan. Cuaca sama turut […]

Ribut petir landa beberapa kawasan Sabah, Labuan hingga 10 pagi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 25 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Ribut Petir melibatkan beberapa kawasan di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 10.00 pagi ini. Menurut MetMalaysia, ribut petir yang disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan Pedalaman Sabah meliputi Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan. “Cuaca sama […]

Akaun palsu Tabung Haji dikesan, laporan rasmi dibuat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 25 Disember – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesan beberapa akaun palsu yang menggunakan nama syarikat itu di platform media sosial. TH menerusi satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, akaun-akaun tersebut turut dikenal pasti menyebarkan tawaran palsu dan berita tidak benar. Sebagai langkah berjaga-jaga, TH telah membuat laporan rasmi bagi tujuan menyahaktifkan akaun-akaun […]

Didik awal, pendidikan seksual lindungi kanak-kanak daripada dunia digital
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 25 Disember – Pendidikan seksual merupakan satu bentuk pendidikan keselamatan yang penting dan boleh dilihat sebagai langkah utama dalam melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian. Sekali gus, menepis tanggapan ia bukanlah sesuatu yang wajar ditakuti untuk diterapkan kepada kanak-kanak. Pakar Perlindungan Kanak-kanak UNICEF Malaysia, Selvi Supramaniam berkata, pendidikan tersebut menekankan pemahaman tentang sempadan peribadi, […]

Sembilan rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Seremban
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEREMBAN, 24 Disember– Sebanyak sembilan buah rumah setinggan yang menempatkan 51 penghuni musnah dalam satu kejadian kebakaran di Batu 9, Jalan Labu, di sini, kira-kira pukul 9.18 pagi tadi.‎‎Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.‎‎Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan mangsa selain menyampaikan sumbangan […]

Umat Islam disaran tunai zakat sebelum akhir tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEREMBAN, 24 Disember– Umat Islam di negara ini disaran agar menunaikan zakat sebelum tahun 2025 berakhir minggu hadapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata selain untuk meraih ganjaran Allah SWT, ia bagi memastikan program bantuan untuk golongan yang memerlukan terus dapat dilaksana. “Kita masih mempunyai beberapa hari lagi untuk […]

Lelaki cuba bunuh diri berjaya diselamatkan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUANTAN, 24 Disember – Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas terlibat dalam insiden cubaan membunuh diri di Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang. Menurutnya, mangsa telah terjun ke dalam […]

Kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian – PM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keharmonian di Malaysia bukanlah satu kebetulan, sebaliknya ia dibina melalui dasar yang adil serta budaya saling memahami antara rakyat berbilang kaum dan agama. Jelas Datuk Seri Anwar dalam satu ucapan sempena sambutan Hari Natal di Facebooknya hari ini berkata, di sebalik ketidaktentuan ekonomi […]

ONSA 2025 bendung penyebaran kandungan berbahaya dalam talian
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025) diperkenalkan sebagai salah satu Inisiatif kerajaan bagi memastikan platform media sosial lebih bertanggungjawab dalam mengawal selia kandungan pengguna. Pelaksanaan akta ini memastikan kandungan di media sosial dipantau dengan lebih berkesan, sekali gus mengurangkan penyebaran maklumat palsu, buli siber, dan kandungan berbahaya bagi mewujudkan […]

Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat perkukuh perpaduan, saling menghormati
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Rakyat Malaysia perlu menjadikan sambutan perayaan sebagai wadah untuk terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian, selain saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum serta agama. Menerusi ucapan di Facebook bersempena sambutan Krismas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan rakyat agar sentiasa menghindari sebarang unsur, tutur kata atau tindakan yang […]

Niaga hadapan emas ditutup tinggi, sejajar dengan COMEX AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan di COMEX Amerika Syarikat. Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,491.10 setiap auns troy berbanding US$4,487.40 setiap auns troy yang dicatatkan pada hari Selasa, Januari 2026 naik kepada US$4,508.50 setiap auns troy daripada […]

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan hari ini meneruskan kenaikannya bagi sesi dagangan kelima berturut-turut susulan penyertaan kukuh dalam pasaran dan sentimen domestik yang semakin baik. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata, atau 0.10 peratus, untuk ditutup kepada 1,678.31 […]

Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah 4.04, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun selepas data terkini menunjukkan keyakinan pengguna di negara maju itu kekal lemah. Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.0425/0515 berbanding dolar AS daripada 4.0615/0665 pada akhir […]

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.50 bilion berbanding RM37.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam melonjak kepada RM17.40 bilion daripada RM16.85 bilion. Terdahulu, […]

Semakan tarif kemudahan gas RP3 tidak bebankan pengguna
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Kerajaan bersetuju melaksanakan semakan semula kadar purata tarif kemudahan gas bawah Tempoh Kawal Selia Ketiga (Regulatory Period 3 – RP3) bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028 di Semenanjung Malaysia. Kenyataan Suruhanjaya Tenaga menyebut, perubahan purata tarif kemudahan gas ini tidak memberikan impak ketara terhadap bil pengguna akhir […]

PEKEMA sasar jualan kenderaan cecah 100,000 unit tahun 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyasarkan jualan tahunan kenderaan (TIV) mencecah 100,000 unit pada tahun hadapan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan. Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, sasaran itu sejajar trend penggunaan EV yang semakin mendapat sambutan, selari dengan usaha memperkukuh […]

Petronas meterai SPA LNG 1 juta tan setahun dengan CNOOC
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkukuh hubungan strategik dengan CNOOC Gas and Power Singapore Trading & Marketing Pte Ltd melalui perjanjian jual beli (SPA) 1 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG) sejajar usaha kedua-dua syarikat dalam menyokong agenda tenaga bersih dan pertumbuhan ekonomi China. Perjanjian itu, yang dimeterai menerusi anak […]

RM18 bilion bayaran balik cukai selesai diproses – LHDN
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik cukai berjumlah RM18 bilion, setakat 22 Disember 2025. LHDN dalam kenyataannya memaklumkan, pembayaran balik cukai itu melibatkan lebih 3.54 juta kes bermula 1 Januari sehingga kini. “Sebanyak RM3 bilion telah diproses dan dikreditkan dalam tempoh 9 hingga 22 Disember 2025 melibatkan […]

Aktiviti pengambilan untung asak FBM KLCI dibuka rendah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dibuka rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti dagangan lazimnya lebih perlahan pada minggu cuti. Pada 9.10 pagi, FBM KLCI susut 1.31 mata kepada 1,675.33 daripada 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa. Indeks itu […]

Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY). Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.0490/0710 berbanding dolar AS daripada paras 4.0615/0665 ketika ditutup semalam. Ringgit […]

PDRM siasat dakwaan polis cederakan lelaki semasa tangkapan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian mendatangkan kecederaan melibatkan pegawai dan anggotanya semasa proses tangkapan, yang tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) baru-baru ini. Laporan polis mengenai insiden tersebut dibuat pada 18 November lepas oleh seorang wanita warga tempatan yang mendakwa anak lelakinya dipukul […]

“Sejak awal syak mayat dalam beg ialah mak su” – Anak saudara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

REMBAU, 24 Disember – Keluarga kepada mangsa bunuh Suri Narudin telah mengesyaki identiti mayat ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Pedas, di sini pada 18 Dis, merupakan wanita itu berdasarkan beg digunakan. Anak saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mizan, 41, berkata mereka sudah bersedia untuk menerima pengesahan identiti wanita […]

Mayat disyaki warga asing ditemukan di tepi jalan di Tangkak
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TANGKAK, 24 Disember– Mayat seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai warganegara asing ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di tepi jalan di Bukit Serampang, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada talian MERS 999 pada pukul 8.30 pagi dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang […]

Mayat disyaki warga asing ditemukan di tepi jalan di Tangkak
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TANGKAK, 24 Disember– Mayat seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai warganegara asing ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di tepi jalan di Bukit Serampang, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada talian MERS 999 pada pukul 8.30 pagi dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang […]

21 premis disyaki terlibat aktiviti perjudian haram diserbu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa 21 premis disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian yang beroperasi secara haram melalui pusat panggilan, secara serentak di seluruh negara dari 20 hingga 23 Disember lalu. Operasi Op Padu Mega yang dilaksanakan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama […]

Kes gaduh di pusat beli-belah: Empat individu termasuk pelakon didakwa di mahkamah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 24 Disember – Tiga sekeluarga warga Singapura dan seorang pelakon sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu. Tertuduh, Chua Chin Heng, 56, Loe Sou Peng, 55, dan Chua Kai Jun, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di […]

Polis rampas dadah bernilai hampir RM136,000
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 24 Disember  – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM136,000 serta menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini, pada Selasa (semalam). Serbuan itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar hasil maklumat risikan. Ketua […]

Lebih 26,900 kes dadah direkodkan di Kedah sepanjang 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 24 Disember – Nilai rampasan dadah di Kedah mencatat lonjakan luar biasa apabila merekodkan rampasan bernilai RM47.6 juta sejak awal tahun hingga 21 Disember. Angka itu menunjukkan peningkatan lebih 500 peratus berbanding RM8.8 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata peningkatan itu selari dengan pertambahan kes […]

Lebih 1,000 Program Jualan RAHMAH MADANI dilaksana di KL
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Sebanyak 1,486 Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) dilaksana di Kuala Lumpur, sehingga kini. Ia merangkumi 1,114 program secara bergerak, 328 program dalam premis, 20 PJRM Pasar, 12 PJRM Kampus dan 12 PJRM Premium. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Mohd Sabri […]

Cubaan seludup dadah bernilai RM2.4 juta gagal
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 23 Disember – Polis Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup 75 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta dan merampas sepucuk pistol bersama peluru. Ia hasil penahanan sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun di Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar, awal pagi semalam. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah […]

Hujan lebat cetus banjir kilat di Los Angeles
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CALIFORNIA, 25 Disember – Hujan lebat melanda California Selatan pada Rabu, mencetuskan banjir kilat di sebahagian besar daerah Los Angeles. Pihak berkuasa turut mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di Altadena, pinggir Los Angeles yang tinggal di kawasan cerun kaki bukit dan gaung. Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS), hujan lebat berterusan dan ribut dijangka […]

Sistem pelontar elektromagnetik tingkat kapal induk Fujian lebih berkeupayaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEIJING, 25 Disember – Kapal induk China, Fujian, kini mampu menggunakan sistem pelontar elektromagnetik dan alat brek untuk memudahkan operasi pesawat, menandakan pencapaian penting Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA Navy) selepas lebih dua dekad pembangunan. Menurut pegawai kapal induk, Bao Yu, ia dapat memenuhi keperluan pecutan pesawat berasaskan kapal induk dalam jarak yang agak singkat. […]

Zelensky bentang draf pelan damai 20 perkara, tekankan masih boleh dipinda
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KIEV, 24 Disember – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Selasa membentangkan draf pelan damai 20 perkara bagi menamatkan konflik antara Ukraine dan Rusia, menegaskan dokumen tersebut masih bersifat rangka kerja dan peruntukannya boleh dipinda semasa rundingan akan datang. Dalam taklimat akhbar di Kiev, Zelensky berkata, dokumen itu sebahagian besarnya mencerminkan kedudukan bersama Ukraine dan Amerika […]

Mogadishu tingkat keselamatan menjelang pilihan raya tempatan pertama
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MOGADISHU, 25 Disember – Pihak berkuasa di Mogadishu meningkatkan kawalan keselamatan menjelang pilihan raya perbandaran pertama Somalia berasaskan sistem satu orang, satu undi dalam beberapa dekad, yang dijadualkan pada 25 Disember. Pilihan raya bersejarah itu menandakan pemisahan penting daripada sistem berasaskan klan dan susulan beberapa minggu kempen sengit di seluruh ibu kota. Menurut Penguasa pilihan […]

Wanita Iran terus tunggang motosikal walau ditekan undang-undang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TEHRAN, 25 Disember – Penunggang motosikal wanita di Iran terus berani turun ke jalan raya meskipun berdepan kekangan undang-undang dan tekanan sosial. Menurut pelatih, Maryam Ghelich, ketika mula belajar menunggang motosikal 15 tahun lalu, beliau terpaksa menunggang di jalan-jalan kosong pada waktu malam, bagi mengelakkan perhatian terhadap cara berpakaian serta ketiadaan lesen. “Satu perubahan besar […]

Korea Selatan lapor tiga kes baharu selesema burung di ladang ternakan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEOUL, 24 Disember – Korea Selatan melaporkan kes baharu selesema burung berpatogen tinggi di tiga ladang ternakan pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi musim ini kepada 21, lapor Agensi Berita Yonhap. Semua kes itu dikesan di sebuah ladang ayam di Anseong, kira-kira 65 kilometer ke selatan Seoul; sebuah ladang itik di daerah Gochang di […]

12 maut bot migran terbalik di perairan Senegal
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DAKAR, 24 Disember – Dua belas mayat ditemukan awal Rabu di perairan luar pesisir Joal-Fadiouth di kawasan Mbour, barat Senegal, selepas sebuah bot kayu yang membawa migran terbalik, menurut Agensi Berita Senegal (APS), lapor Xinhua. Anggaran awal jumlah kematian kekal, dengan 35 mangsa terselamat diserahkan kepada briged gendarmerie tempatan sementara siasatan terhadap kejadian itu diteruskan, […]

China akan laksana operasi MLF bernilai 400 bilion yuan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEIJING, 24 Disember – Bank pusat China mengumumkan pada Rabu yang ia akan melaksanakan operasi kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF) bernilai 400 bilion yuan (kira-kira US$56.76 bilion) untuk tempoh satu tahun pada Khamis bagi mengekalkan kecairan yang mencukupi dalam sistem perbankan negara itu, lapor Xinhua. People’s Bank of China berkata operasi MLF itu akan dilaksanakan […]

Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas, bincang pelan damai Gaza
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ANKARA, 24 Disember – Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan pada Rabu bertemu dengan delegasi Hamas yang diketuai Khalil al-Hayya, anggota Biro Politik Hamas, di Ankara, menurut Kementerian Luar Turkiye. Dalam pertemuan itu, Fidan dan delegasi Hamas meneliti perkembangan terkini di Gaza, lapor Anadolu Ajansi, memetik sumber kementerian. Perbincangan turut melibatkan pertukaran pandangan mengenai fasa kedua […]

Israel terus biadap, robohkan kediaman keluarga Palestin
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BAZZARYAH, 24 Disember – Rejim Israel meneruskan tindakan zalimnya terhadap rakyat Palestin apabila tentera Zionis dengan rakusnya merobohkan sebuah rumah di Tebing Barat yang diduduki, milik keluarga seorang lelaki Palestin yang dituduh ‘kononnya’ terlibat dalam serangan awal tahun ini sehingga mengorbankan seorang warga negara haram Israel. Insiden serangan itu didakwa berlaku pada 10 Julai lalu […]

Liga Super: Luqman Hakim muncul wira NSFC
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 25 Disember – Penyerang Negeri Sembilan FC Luqman Hakim Shamsudin muncul wira buat pasukannya, apabila meledak dua gol ketika menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi agresif dengan saling melancarkan serangan, serta mencipta […]

Liga Super: NSFC tundukkan Kelantan TRW 2-0
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NEGERI SEMBILAN, 24 Disember – Negeri Sembilan FC (NSFC) menamatkan aksi terakhir pusingan pertama Liga Super dengan nota ceria selepas menewaskan Kelantan TRW FC 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin muncul wira skuad Hobin Jang Hobin apabila meledak dua gol untuk menghadiahkan kemenangan keempat pasukan musim ini. […]

KBS tamatkan kontrak pembinaan Kompleks Sukan Mini di Jasin
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengeluarkan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor terhadap kontraktor projek pembinaan Kompleks Sukan Mini di Jasin, Melaka. Menurut KBS, projek yang bertujuan menyediakan kemudahan sukan kepada masyarakat setempat itu merangkumi pembinaan pejabat, auditorium, dewan serbaguna, gelanggang sukan, asrama serta kafetaria. “Projek berkenaan bermula pada 12 […]

Dua individu ditahan berhubung video tular sensitif agama
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BUKIT AMAN, 24 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki dan seorang perempuan warga tempatan berusia masing-masing 22 dan 24 tahun bagi membantu siasatan berhubung penularan sebuah rakaman video di media sosial yang menyentuh sensitiviti agama Islam. PDRM mengesahkan menerima rakaman video berkenaan yang memaparkan seorang individu memakai tudung sambil meminum minuman keras. […]

Palmer sedia beraksi 90 minit bersama Chelsea – Maresca
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

UNITED KINGDOM, 24 Disember – Pemain tengah Chelsea, Cole Palmer kini bersedia untuk beraksi penuh selama 90 minit buat pertama kali selepas sekian lama dibelenggu kecederaan, menurut pengurus pasukan, Enzo Maresca menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa, Sabtu ini. Maresca berkata Palmer telah melalui proses pemulihan secara berperingkat selepas mengalami kecederaan pangkal paha […]

Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea City
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SWANSEA, 24 Disember – Usahawan dan personaliti televisyen terkenal Amerika Syarikat (AS), Martha Stewart secara rasmi menyertai kelab bola sepak Wales, Swansea City sebagai pemilik minoriti, menurut kenyataan kelab itu hari ini. Stewart, yang dikenali sebagai pakar gaya hidup dan merupakan wanita pertama di AS yang mencapai status jutawan hasil usaha sendiri, hadir sebagai tetamu […]

Liga Super: Pertembungan KL City, Kuching City dijangka sengit
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Aksi tumpuan Liga Super malam ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Kuching City FC, dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan. Menjelang perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Kuching City berada di tangga kedua liga, berkongsi 24 mata bersama KL City di kedudukan ketiga, […]

Cheong Min tidak akan bersara, mahu terus berjuang untuk negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Ratu wusyu negara, Tan Cheong Min tidak berhasrat untuk bersara dalam masa terdekat, meskipun kini berusia 27 tahun. Sebaliknya beliau mahu terus meningkatkan prestasi bagi menghadapi dua kejohanan utama akan datang. Cheong Min berkata pencapaian cemerlang yang diraih pada Sukan SEA Thailand baru-baru ini menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk […]

Obor Olimpik tiba di Naples, persinggahan terakhir sebelum Krismas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NAPLES, 24 Disember – Obor Olimpik tiba di Naples dalam cuaca hujan semalam, menandakan persinggahan terakhir larian obor itu sebelum sambutan Krismas. Obor berkenaan dinyalakan bulan lalu di Olympia, Greece, lokasi asal Sukan Olimpik purba, sebelum diserahkan kepada penganjur Itali pada awal Disember. Ia kemudian memulakan perjalanan rasmi dari Stadio dei Marmi, Rome pada 6 […]

Legenda golf Jepun meninggal dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 24 Disember– Legenda golf Jepun, Masashi “Jumbo” Ozaki, yang pernah diangkat ke dalam World Golf Hall of Fame, telah meninggal dunia akibat kanser kolon pada usia 78 tahun. Ozaki mencatat 94 kemenangan di Japan Tour, dengan gelaran pertamanya pada tahun 1973, dan memenangi Order of Merit sebanyak rekod 12 kali. Dikenali sebagai “Jumbo” kerana […]

‘Gadis Kopi’ suntik inspirasi keusahawanan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Drama terbaharu RTM ‘Gadis Kopi’ mengangkat kisah perjuangan, pengkhianatan dan kasih-sayang dalam dunia perniagaan kopi tempatan, sambil menyemai inspirasi keusahawanan kepada masyarakat. Ia turut mengetengahkan peranan FAMA membantu mewujudkan pasaran, membangunkan infrastruktur, dan meningkatkan pendapatan pengeluar pertanian. Drama 13 episod mula bersiaran pada 22 Disember lalu ini menampilkan pelakon utama […]

Penyanyi popular british, Chris Rea, meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 24 Disember – Penyanyi dan penulis lagu British, Chris Rea, terkenal era 1980-an meninggal dunia pada usia 74 tahun. Perkara itu dimaklumkan jurucakap kepada isterinya Joan Lesley menerusi kenyataan yang disiarkan kepada media UK. “Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengumumkan pemergian Chris. Beliau meninggal dunia di hospital awal hari ini dan dikelilingi […]

Shazia lancar “Itoshi-Hito”, lagu cinta Jepun penuh emosi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]

ALPHA raih sambutan luar biasa di Singapura
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]

Konsert UNIC cipta sejarah, kukuhkan nasyid di arus perdana
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kumpulan nasyid kontemporari UNIC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo penuh pertama mereka, “This Is UNIC: Live In Concert”, di Idea Live Arena, malam tadi, selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik berteraskan dakwah dan nilai kemanusiaan. Dianjurkan Triple Am Global, konsert tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu […]

Jaga kesihatan vokal, utamakan identiti suara – Syafinaz
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kecenderungan penyanyi untuk mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius tentang penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat. Beliau berkata vokal adalah instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan. “Apabila vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan yang tidak […]

Zed Zaidi terus terajui seniman, fokus kebajikan dan pendigitalan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 19 Disember -Pelakon Zed Zaidi kekal menerajui Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2028 selepas menang dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 persatuan itu, hari ini. Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, 45, berkata pemilihan semula itu mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang berteraskan keupayaan melaksanakan tanggungjawab, […]

Malik Choo kembali dengan single baharu ‘Move On’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 18 Disember – Penyanyi rap tri-bahasa tanah air, Malik Choo, kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharunya berjudul ‘Move On’. Lagu terbabit menampilkan gabungan rap moden dan elemen R&B yang sarat dengan emosi serta mesej positif. Menurut Malik, ‘Move On’ menyentuh tema kejujuran perasaan, penerimaan diri dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan. “Dicipta dan […]

Anugerah Akademi tamat kerjasama dengan ABC, beralih ke YouTube
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LOS ANGELES, 18 Disember – Majlis Anugerah Akademi (Oscar) akan disiarkan secara eksklusif di YouTube bermula 2029, menurut kenyataan Akademi pada Rabu. Tindakan itu merupakan satu langkah berani bagi industri perfileman yang masih berhati-hati terhadap platform penstriman meskipun minat tontonan semakin beralih ke dalam talian. Perjanjian baharu selama lima tahun itu bermakna majlis anugerah paling […]

Musim kelima Emily in Paris janjikan kelainan, berlatar Rom
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]

Fenomena kerja lewa: Apabila pekerja ada tetapi tiada
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dalam dunia kerja hari ini, semakin ramai pekerja hadir ke pejabat, menyelesaikan tugasan yang ditetapkan, namun jiwanya seakan tertinggal di luar pintu organisasi. Mereka duduk di meja kerja, menghadiri mesyuarat dan mematuhi arahan, tetapi semangat yang suatu ketika dahulu menyala kini semakin malap. Mereka “ada”, namun dalam masa yang sama, terasa seperti “tiada”. […]

Renungan di akhir tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Meniti detik akhir tahun, ramai antara kita menghitung pencapaian dan kegagalan dalam urusan dunia seperti pekerjaan, ekonomi, hubungan serta impian yang dikejar. Namun, sebagai seorang Muslim, renungan akhir tahun sewajarnya lebih mendalam daripada sekadar menilai apa yang berlaku di luar diri. Ia adalah masa terbaik untuk bertanya secara jujur, “Bagaimana amalan setahun ini […]

Didik akhlak sejak kecil: Peranan animasi Islamik dalam era digital
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Umum mengetahui kanak-kanak adalah merupakan aset paling berharga dalam pembinaan masa depan masyarakat dan negara membangun. Pada peringkat usia awal, mereka sangat mudah dipengaruhi oleh persekitaran, termasuk media yang ditonton saban hari. Dalam era digital masa kini, animasi menjadi salah satu medium utama yang diminati oleh kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan animasi Islamik dilihat […]

Memerang petanda ekosistem air yang sihat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Memerang ialah mamalia karnivor daripada famili Mustelidae dan subfamili Lutrinae. Haiwan ini mempunyai badan yang panjang dan langsing, kaki berselaput untuk berenang, serta bulu yang tebal. Bulu ini membantu memerang kekal hangat dan terapung di dalam air. Memerang juga dikenali sebagai haiwan yang suka bermain seperti meluncur ke dalam air dan bermain dengan […]

Kurangkan gajet, tambah aktiviti bermakna, semasa cuti sekolah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Cuti akhir persekolahan yang bermula 19 Disember 2025 ini datang dengan satu misi penting buat ibu bapa iaitu menyahut seruan kerajaan untuk membendung pengaruh negatif gajet, permainan video dan media sosial terhadap kanak-kanak. Dalam suasana digital serba mencabar, cuti sekolah bukan lagi sekadar masa berehat, tetapi peluang penting untuk memulihkan interaksi keluarga dan […]

Adab yang kian hilang dalam Pendidikan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Adab adalah sikap, perilaku, komunikasi dan tatacara yang mencerminkan akhlak dalam hubungan dengan Allah juga sesama manusia. Manakala Pendidikan pula adalah suatu proses yang terancang untuk membimbing, mengajar, dan mengembangkan potensi insan, baik jasmani mahupun rohani, agar menjadi peribadi yang berilmu, berakhlak, dan bertanggung jawab. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980) menegaskan bahawa pendidikan […]

Jadilah pengguna media sosial yang cakna dan patuh undang-undang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dalam era teknologi hari ini, media sosial muncul sebagai medium popular untuk komunikasi, penyebaran maklumat dan mempengaruhi pandangan umum menerusi perkongsian kandungan-kandungan. Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X, TikTok dan lain-lainnya bukan sahaja memudahkan interaksi sosial tetapi mencorakkan landskap pendigitalan negara. Namun, di sebalik kebebasan media ini, telah berlaku peningkatan kes-kes berkaitan […]

Jadilah pengguna media sosial yang cakna dan patuh undang-undang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dalam era teknologi hari ini, media sosial muncul sebagai medium popular untuk komunikasi, penyebaran maklumat dan mempengaruhi pandangan umum menerusi perkongsian kandungan-kandungan. Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X, TikTok dan lain-lainnya bukan sahaja memudahkan interaksi sosial tetapi mencorakkan landskap pendigitalan negara. Namun, di sebalik kebebasan media ini, telah berlaku peningkatan kes-kes berkaitan […]

Erti keseimbangan dunia digital 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Tahun 2025 akan berlalu pergi. Bagi kehidupan digital, boleh dirumuskan bahawa negara Malaysia dan juga rakyatnya telah bermastautin dalam dunia ini. Pada awal tahun ini, jumlah pengguna internet di negara kita mencecah 34.9 juta dan jumlah penembusan dalam talian ialah 97.7%. Jelaslah di sini, hampir setiap sudut kehidupan kita sama ada pekerjaan, pembelajaran, […]

Rombakan kabinet, pertingkat keberkesanan pentadbiran Kerajaan MADANI
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Selasa lepas (16 Disember 2025), kerajaan sekali lagi merombak barisan kabinetnya. Ia bukan sekadar rombakan biasa, sebaliknya pertukaran menteri dan beberapa individu melibatkan ahli parlimen dan senator. Boleh dikatakan ia merupakan rombakan besar-besaran. Tujuannya, memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan bagi mempercepatkan agenda reformasi negara. Perubahan barisan Kabinet kali ini juga menyaksikan […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.