Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Enam projek Sekolah Angkat MADANI di SMK Clifford siap sepenuhnya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember– Enam projek pembangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Kangsar di bawah Inisiatif Sekolah Angkat MADANI oleh Kementerian Ekonomi telah siap sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi pada 11 Disember lalu. Projek tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM100,000 dan berjaya dilaksanakan sepenuhnya dari aspek fizikal serta kewangan hasil kerjasama erat bersama Persatuan Ibu […]

Amaran ribut petir landa seluruh negara hingga 7 Malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 7.00 malam ini. Antara kawasan terlibat ialah Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu), Pahang (Jerantut dan Maran), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan […]

SARA terus bantu golongan sasar tangani kos sara hidup
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

IPOH, 23 Disember – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus memberi manfaat kepada golongan sasar di Perak, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup. Tinjauan RTM mendapati penerima bantuan menyifatkan inisiatif kerajaan itu amat membantu, khususnya dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat. “Ia (SARA) sedikit sebanyak membantu saya meringankan beban dan kos sara […]

Keputusan Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib perlu dihormati semua pihak
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tahanan di rumah pada Isnin wajar dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang prejudis atau tekanan. Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM) merangkap Felo Kanan Akademi Kenegaraan, Datuk Profesor Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, penghormatan terhadap keputusan mahkamah […]

BKJ bantu ringankan beban
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 23 Disember – Insentif khas RM500 melalui Bantuan Kasih Johor (BKJ) kepada penjawat awam Persekutuan bukan sahaja meringankan tekanan perbelanjaan, malah mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap bakti dan sumbangan golongan berkenaan. Tinjauan di Jabatan Penyiaran Negeri Johor mendapati rata-rata penjawat awam mengakui, bantuan itu juga bersesuaian dengan keperluan kewangan menjelang musim kemasukan persekolahan. Menurut […]

Musim kering: Kapasiti tiga empangan utama Pulau Pinang melebihi 90 peratus
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GEORGE TOWN, 23 Disember – Tiga empangan utama di Pulau Pinang berada pada tahap optimum menjelang musim kering yang dijangka bermula bulan depan. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K. Pathmanathan berkata, kesemua empangan itu mencatatkan kapasiti efektif melebihi 90 peratus berdasarkan bacaan setakat hari ini. Ia didorong faktor jumlah taburan […]

Jaga nama baik Malaysia ketika di luar negara – KSN
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Rakyat Malaysia yang berada di luar negara, diingatkan agar sentiasa menjaga akhlak dan sahsiah diri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkara itu termasuk menghormati undang-undang serta budaya setempat. “Seperti biasa, apabila berada di luar negara saya tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan […]

Bayi tiga bulan antara peserta Program Berkhatan Perdana di Sungai Petani
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SUNGAI PETANI, 23 Disember – Bayi berusia tiga bulan antara 120 orang kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Perdana anjuran sebuah syarikat stesen minyak di sini hari ini. Antara peserta yang mencuri tumpuan ialah Muhamad Hilya Shafi yang dikhatankan pada usia tiga bulan menggunakan kaedah laser oleh Dr. Zulkifli Kadir. Bayi berkenaan merupakan anak bongsu daripada […]

Operasi daftar masuk penumpang pulih sepenuhnya – MAHB
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Gangguan melibatkan sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia telah pulih sepenuhnya. Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di semua lapangan terbang kendalian MAHB telah kembali beroperasi seperti biasa. Pasukan lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan bagi memastikan […]

Peniaga ingkar SHMMP Krismas 2025 dikenakan tindakan tegas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SUBANG JAYA, 23 Disember – Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 yang berkuatkuasa bermula hari ini sehingga 27 Disember depan. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata pemantauan akan terus dilaksana bagi mewujudkan ekosistem […]

Sektor pertanian kini sumber pendapatan menarik, catat lebih 1 juta pegangan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 23 Disember– Bilangan pegangan pertanian di Malaysia kekal kukuh dengan lebih 1.03 juta pegangan direkodkan berdasarkan dapatan Laporan Banci Pertanian 2024. Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 1.01 juta merupakan pegangan pertanian individu, manakala 21,189 pegangan pertanian diuruskan oleh pertubuhan. Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan aktiviti […]

Ekspo Vietnam ke-23: Syarikat tempatan catat jualan RM295.7 juta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Penyertaan syarikat tempatan pada Ekspo Vietnam ke-23 berjaya menjana nilai jualan keseluruhan sebanyak RM295.7 juta. Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Pavilion Malaysia menampilkan pilihan produk inovatif dan diperakui halal, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai penyedia barangan berkualiti tinggi dan dipercayai. ”Pavilion Malaysia juga berfungsi sebagai platform strategik […]

Malaysia di landasan tepat capai pertumbuhan positif
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Prestasi ekonomi Malaysia dilihat kekal berdaya tahan dan berada pada landasan yang positif untuk mencapai unjuran tahun ini, meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pertumbuhan ekonomi negara disokong oleh permintaan domestik yang berterusan, kestabilan pasaran buruh serta […]

FBM KLCI dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street. Pada 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.79 mata […]

Ringgit dibuka tinggi berikutan kelemahan dolar AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh kelemahan dolar AS, Indeks Dolar AS merosot 0.33 peratus kepada 98.271 mata dalam persekitaran volum dagangan rendah berikutan minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti umum. Pada pukul 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0650/0765 berbanding dolar AS 4.0770/0800 […]

Niaga hadapan emas ditutup tinggi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS) mendorong niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini. Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,418.20 setiap auns troy daripada US$4,331.30 setiap auns troy pada Jumaat lepas, Januari 2026 melonjak kepada US$4,435.90 setiap auns […]

ASEAN-China perlu perkukuh perjasama strategik hadapi cabaran global
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – ASEAN dan China perlu terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan kestabilan, pertumbuhan inklusif dan kesejahteraan serantau dalam mendepani perubahan geopolitik global yang semakin kompleks. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata perancangan jangka panjang menjadi instrumen strategik dalam menangani ketidaktentuan global, transformasi sosial serta kemajuan teknologi pesat. […]

Bursa Malaysia teruskan kenaikan disokong aktiviti memperelok akaun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, kekal hampir di paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan seiring dengan prestasi kebanyakannya positif di pasaran serantau serta disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.39 mata, atau 0.32 peratus, kepada 1,671.29, yang merupakan […]

Ringgit ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember -Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, berikutan aktiviti pengambilan untung serta ketiadaan pemangkin baharu bagi pasaran. Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.0770/0800 berbanding dolar AS 4.0740/0785 pada penutup dagangan Jumaat lepas, ketika ringgit mencatat paras tertinggi hampir enam tahun. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat […]

PTP laksana elektrifikasi lori pelabuhan mulai tahun depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ISKANDAR PUTERI, 22 Disember -Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) akan melaksanakan inisiatif elektrifikasi keseluruhan kumpulan lori pelabuhan bermula tahun depan. Ia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh agenda kelestarian dan kecekapan operasi. PTP dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif itu dilaksanakan menerusi perjanjian bersama Terberg Tractors Malaysia (TTM), membolehkan pengoperasian penggerak utama elektrik (e-prime mover, e-PM) di dalam terminal […]

Mentua, menantu terlibat kes ragut pelajar asing ditahan polis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 23 Disember – Perbuatan jenayah seorang lelaki bersama menantunya berakhir selepas kedua-dua suspek berusia 46 dan 23 tahun dicekup pihak polis. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan seorang penuntut wanita warga Tanzania diragut oleh seorang lelaki bermotosikal semasa berjalan kaki di hadapan Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, pada […]

Polis bongkar makmal proses dadah, nilai rampasan hampir RM38 juta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TELUK BAHANG, 23 Disember – Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah jenis syabu yang dianggarkan 1.2 tan dengan nilai hampir RM38 juta ringgit di dalam kebun durian, di Pulau Pinang pada 20 dan 21 Disember lepas. Pengarahnya, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan tersebut hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama polis kontinjen Pulau […]

SPRM siasat dakwaan rasuah libat pegawai kanan tentera
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum dakwaan seorang aktivis berhubung aliran masuk wang mencurigakan ke akaun bank seorang pegawai kanan tentera. Menurut kenyataan, susulan dakwaan tersebut, SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada pukul 11.30 pagi hari ini bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat […]

Rayuan tangguh hukuman ibu Zayn Rayyan ditolak
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 23 Disember – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan rayuan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk menangguhkan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan mengabaikan anaknya. Keputusan ke atas tertuduh, Ismanira Abdul Manaf, 30 tahun dibuat oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin, selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah […]

Pesara rugi hampir RM400,000 terperdaya penipuan telefon
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MUAR, 22 Disember – Seorang lelaki tempatan, merupakan pesara berusia 67 tahun kerugian sebanyak RM399,832 susulan kes penipuan telefon atau phone scam pada 18 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Muar Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai ejen insurans, pegawai polis, dan […]

Anggota APMM mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA TERENGGANU, 22 Disember -Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,000. Tertuduh, Kamarul Hairie Elias, berpangkat Bintara Muda Maritim, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada […]

Anggota APMM mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA TERENGGANU, 22 Disember -Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,000. Tertuduh, Kamarul Hairie Elias, berpangkat Bintara Muda Maritim, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada […]

Awasi anak guna AI ketika cuti sekolah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), menasihatkan ibu bapa agar meningkatkan pemantauan terhadap penggunaan aplikasi dan platform kecerdasan buatan (AI) oleh anak-anak bersempena cuti sekolah yang bermula baru-baru ini. Menurut JSJK, kebelakangan ini terdapat peningkatan penggunaan aplikasi dan platform AI berbentuk perbualan atau role-play yang menampilkan dialog […]

PGA tumpaskan sindiket seludup rokok putih bernilai lebih RM2.8 juta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MACHANG, 21 Disember – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai bernilai lebih RM2.8 juta menerusi Op Taring Wawasan Kelantan (OTWK) dalam satu serbuan awal pagi tadi. Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain, berkata kejayaan itu dicapai hasil serbuan Batalion 9 PGA sekitar pukul 6.30 pagi di […]

Dua lelaki warga asing ditahan bersama pistol di Perai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BUKIT MERTAJAM, 21 Disember – Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas sepucuk pistol, peluru hidup serta pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah bengkel kontena di Perai di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis telah menyerbu bengkel itu […]

Pertemuan Thailand – Kemboja diragui, susulan pertikaian lokasi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 23 Disember -Thailand menolak permintaan Kemboja supaya rundingan dua hala diadakan di negara berkecuali, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap pertemuan yang dirancang bagi merundingkan penamatan pertempuran berdarah di sempadan kedua-dua negara. Kedua-dua negara pada Isnin bersetuju untuk merundingkan terma gencatan senjata minggu ini. Kemboja sebelum ini mencadangkan Kuala Lumpur sebagai lokasi rundingan atas faktor […]

Kuwait-China sepakat bina pelabuhan utama bernilai AS$4.1 bilion
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

  KUWAIT, 23 Disember – Kuwait telah menandatangani perjanjian bernilai AS$4.1 bilion dengan China untuk pembinaan pelabuhan utama, ketika negara kaya minyak itu berusaha memperkasakan ekonominya menerusi perdagangan global. Biro Audit Negeri memaklumkan, kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan untuk projek Pelabuhan Mubarak Al-Kabeer itu akan menelan belanja 1.28 bilion dinar Kuwait (AS$4.164 bilion). Majlis menandatangani […]

Dua terbunuh serangan besar-besaran Rusia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KYIV, 23 Disember – Dua individu terbunuh manakala puluhan yang lain cedera termasuk kanak-kanak, selepas Rusia melancarkan serangan besar-besaran terbaharu menggunakan dron dan peluru berpandu. Serangan berkenaan turut mengakibatkan beberapa wilayah di Ukraine mengalami gangguan bekalan elektrik. Menurut Kementerian Tenaga, Rusia sekali lagi telah menyasarkan infrastruktur sehingga menjejaskan bekalan elektrik melibatkan beberapa wilayah. “Kebakaran turut […]

Itali diminta hantar tentera ke Gaza
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ROM, 23 Disember – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali Antonio Tajani, mengesahkan bahawa anggota tentera Itali telah diminta untuk menyokong usaha pembinaan semula atau fasa peralihan di Gaza dan Palestin, menurut laporan media tempatan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA). Tajani membuat kenyataan itu ketika melawat pasukan tentera Itali yang ditempatkan di sebuah […]

Musim sejuk : Empat juta kanak-kanak afghan alami kekurangan makanan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PHNOM PENH, 23 Disember – Seorang daripada tiga penduduk Afghanistan kini memerlukan bantuan makanan segera. Kira-kira empat juta kanak-kanak serta 1.2 juta wanita hamil mengalami kekurangan makanan yang serius ketika musim sejuk mencengkam melanda negara itu. Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa krisis makanan semasa boleh bertukar menjadi bencana kebuluran sekiranya bantuan […]

Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas, tiga maut
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TEXAS, 23 Disember – Sekurang-kurangnya tiga terkorban selepas sebuah pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di perairan berhampiran negeri Texas, Amerika Syarikat. Pesawat berkenaan dilapor menjalankan misi perubatan terhempas ketika menghampiri Galveston, pada petang Isnin. Laporan mengenai nahas berkenaan dilaporkan orang awam kira-kira pukul 3.20 petang waktu tempatan. Rakaman video di lokasi menunjukkan pasukan mencari dan […]

Konflik Kemboja-Thailand : Rundingan diadakan di lokasi berkecuali
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PHNOM PENH, 23 Disember – Kemboja meminta Thailand mengadakan rundingan dua hala di lokasi berkecuali, iaitu di Kuala Lumpur atas faktor keselamatan. Menteri Pertahanan, Tea Seiha memaklumkan susulan ketegangan yang masih berterusan di sempadan, mesyuarat perlu diadakan di lokasi yang selamat dan berkecuali. “Malaysia, selaku Pengerusi blok serantau ASEAN, telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah […]

Bekas tahanan junta antara calon tumpuan Pilihan Raya Myanmar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KAWHMU, 23 Disember – Bekas tahanan junta, Kyaw Kyaw Htwe, antara calon yang bakal menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Myanmar, yang dijadual berlangsung bermula Ahad ini. Berusia 60 tahun, calon Parti Rakyat itu menyasarkan untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini diwakili tokoh demokrasi negara, Aung San Suu Kyi. Calon Parti Rakyat itu yang akan […]

9 cedera akibat dirempuh kereta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

THE HAGUE, 23 Disember – Sembilan individu cedera termasuk tiga parah selepas sebuah kenderaan merempuh sekumpulan orang awam. Insiden berlaku di bandar Nunspeet, kira-kira 70 kilometer di timur Amsterdam. Pihak polis memaklumkan, siasatan awal tidak menunjukkan insiden berlaku secara sengaja, namun siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden. “Seorang wanita berusia 56 tahun yang […]

Presiden Donald Trump tarik balik duta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 23 Disember – Pentadbiran Presiden Donald Trump menarik balik puluhan duta yang dilantik ketika pentadbiran terdahulu. Keputusan itu berikutan rombakan dalam kor diplomatik Amerika Syarikat. American Foreign Service Association memberitahu kebanyakan duta berkenaan merupakan diplomat dan telah dimaklumkan agar melepaskan jawatan masing-masing, selewat-lewatnya pertengahan Januari ini. Laporan media turut menyatakan, langkah itu melibatkan duta […]

Sukan para wajar disokong peruntukan lebih mampan – MPM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berharap kerajaan mempertimbangkan peruntukan sekurang-kurangnya RM20 juta bagi memperkasa pembangunan sukan para negara secara lebih menyeluruh. Beliau berkata pencapaian atlet para negara pada Temasya Sukan Remaja Para Asia (AYPG) 2025 di Dubai, menyaksikan Malaysia meraih 14 pingat emas, membuktikan […]

Sepak takraw negara di landasan tepat menuju sukan SEA 2027
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Kejayaan skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA 2025 dilihat sebagai petunjuk awal bahawa Malaysia berada di landasan tepat dalam persiapan menuju penganjuran Sukan SEA 2027. Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun berkata, kejayaan meraih dua pingat emas, termasuk menewaskan Thailand di gelanggang sendiri, membuktikan keberkesanan perancangan jangka […]

Pickleball diperkenal dalam Kidslympic 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Kidslympic Malaysia menjalin kerjasama strategik bersama Sports Empire Sdn Bhd menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan ekosistem sukan belia, termasuk memperkenalkan pickleball sebagai kategori sukan baharu dalam temasya Kidslympic 2026. Pengasas Bersama Kidslympic, Goh Liu Ying berkata, kerjasama itu bukan sekadar tertumpu kepada penganjuran acara, sebaliknya bertujuan menyediakan platform […]

Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 23 Disember – Kejayaan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Dunia 2025 di Paris, Ogos lepas menjadi pencapaian paling bermakna dalam arena sukan tanah air meskipun diwarnai pelbagai drama dan turun naik. Kemenangan ke atas wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada aksi final menyaksikan Tang Jie-Ee Wei […]

Nasib KRW FC ke Piala Malaysia ditentukan dalam perlawanan akhir
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA BHARU, 23 Disember – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) bergantung sepenuhnya kepada perlawanan terakhir pusingan pertama Liga A1 Semi Pro bagi merebut slot ke saingan Piala Malaysia musim ini. Ketua Jurulatih Irfan Bakti Abu Salim berkata pasukannya tiada pilihan selain mencatat kemenangan ke atas Bunga Raya dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada 30 […]

Napoli juara Piala Super Itali
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JEDDAH, 23 Disember– Napoli muncul juara Piala Super Itali selepas menewaskan Bologna 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Jeddah, awal pagi Isnin, dengan David Neres muncul wira menerusi dua jaringan. Pemain sayap Brazil itu membuka tirai jaringan sebelum rehat separuh masa pertama apabila melepaskan rembatan lencong menarik dari luar kotak penalti untuk menewaskan pertahanan […]

AFCON: Salah, Foster wira kemenangan Mesir, Afrika Selatan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

RABAT, 23 Disember– Bintang Liga Perdana Inggeris, Mohamed Salah dan Lyle Foster, muncul wira apabila membantu Mesir dan Afrika Selatan memulakan kempen Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan kemenangan di Maghribi, awal pagi Isnin. Kapten Mesir, Salah, menjaringkan gol kemenangan pada minit pertama masa tambahan untuk memastikan juara tujuh kali itu menewaskan Zimbabwe 2-1 […]

Kecederaan Isak cetus krisis serangan Liverpool
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 23 Disember– Penyerang Liverpool, Alexander Isak, terpaksa berehat panjang selepas kelab itu mengesahkan pemain berusia 26 tahun tersebut menjalani pembedahan akibat kecederaan buku lali yang turut melibatkan patah tulang fibula. Isak, yang menyertai Liverpool dari Newcastle pada September lalu dengan nilai perpindahan rekod Britain sebanyak £125 juta, mengalami kecederaan tersebut ketika menjaringkan gol dalam […]

Pelaburan sukan berbaloi, 29 atlet Negeri Sembilan raih pingat di SUKMA, Sukan SEA
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NILAI, 22 Disember -Pelaburan berterusan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pembangunan sukan membuahkan hasil apabila 29 atlet negeri berjaya meraih pingat pada kejohanan utama termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan SEA Thailand 2025. Kejayaan itu mencerminkan keberkesanan pendekatan menyeluruh kerajaan negeri dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi, sekali gus mengukuhkan pembangunan belia berteraskan disiplin, jati diri dan […]

Kecederaan ACL jejas peluang Minamino di Piala Dunia 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PARIS, 22 Disember – Pemain tengah Jepun, Takumi Minamino, mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kiri, sekali gus menimbulkan keraguan besar terhadap peluangnya untuk beraksi pada Piala Dunia 2026. Kelab Ligue 1 Perancis, AS Monaco, mengesahkan pada Isnin bahawa pemain berusia 30 tahun itu mengalami koyakan ACL selepas mengalami kecederaan ketika aksi Piala […]

Shazia lancar “Itoshi-Hito”, lagu cinta Jepun penuh emosi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]

ALPHA raih sambutan luar biasa di Singapura
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]

Konsert UNIC cipta sejarah, kukuhkan nasyid di arus perdana
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kumpulan nasyid kontemporari UNIC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo penuh pertama mereka, “This Is UNIC: Live In Concert”, di Idea Live Arena, malam tadi, selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik berteraskan dakwah dan nilai kemanusiaan. Dianjurkan Triple Am Global, konsert tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu […]

Jaga kesihatan vokal, utamakan identiti suara – Syafinaz
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kecenderungan penyanyi untuk mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius tentang penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat. Beliau berkata vokal adalah instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan. “Apabila vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan yang tidak […]

Zed Zaidi terus terajui seniman, fokus kebajikan dan pendigitalan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 19 Disember -Pelakon Zed Zaidi kekal menerajui Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2028 selepas menang dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 persatuan itu, hari ini. Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, 45, berkata pemilihan semula itu mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang berteraskan keupayaan melaksanakan tanggungjawab, […]

Malik Choo kembali dengan single baharu ‘Move On’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 18 Disember – Penyanyi rap tri-bahasa tanah air, Malik Choo, kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharunya berjudul ‘Move On’. Lagu terbabit menampilkan gabungan rap moden dan elemen R&B yang sarat dengan emosi serta mesej positif. Menurut Malik, ‘Move On’ menyentuh tema kejujuran perasaan, penerimaan diri dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan. “Dicipta dan […]

Anugerah Akademi tamat kerjasama dengan ABC, beralih ke YouTube
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LOS ANGELES, 18 Disember – Majlis Anugerah Akademi (Oscar) akan disiarkan secara eksklusif di YouTube bermula 2029, menurut kenyataan Akademi pada Rabu. Tindakan itu merupakan satu langkah berani bagi industri perfileman yang masih berhati-hati terhadap platform penstriman meskipun minat tontonan semakin beralih ke dalam talian. Perjanjian baharu selama lima tahun itu bermakna majlis anugerah paling […]

Musim kelima Emily in Paris janjikan kelainan, berlatar Rom
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]

Pentas Barbarik live @ Odeon KL gegarkan peminat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 14 Disember -Kumpulan rock Barbarik kembali menggegarkan pentas menerusi Pentas Barbarik Live @ Odeon KL semalam, apabila ribuan peminat setia, Rejim Barbarik, membanjiri dewan seawal pukul 5.00 petang semalam. Walaupun pembukaan konsert tertangguh akibat kehadiran luar jangkaan, suasana dalam Odeon KL bertukar gamat sebaik Barbarik yang dibarisi Muss, Jo Branko, Rozaimi dan Ainol […]

DOLLA raikan iDOLLAs dalam ‘fan meet’ eksklusif penuh emosi di Sunway Pyramid
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]

Memerang petanda ekosistem air yang sihat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Memerang ialah mamalia karnivor daripada famili Mustelidae dan subfamili Lutrinae. Haiwan ini mempunyai badan yang panjang dan langsing, kaki berselaput untuk berenang, serta bulu yang tebal. Bulu ini membantu memerang kekal hangat dan terapung di dalam air. Memerang juga dikenali sebagai haiwan yang suka bermain seperti meluncur ke dalam air dan bermain dengan […]

Kurangkan gajet, tambah aktiviti bermakna, semasa cuti sekolah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Cuti akhir persekolahan yang bermula 19 Disember 2025 ini datang dengan satu misi penting buat ibu bapa iaitu menyahut seruan kerajaan untuk membendung pengaruh negatif gajet, permainan video dan media sosial terhadap kanak-kanak. Dalam suasana digital serba mencabar, cuti sekolah bukan lagi sekadar masa berehat, tetapi peluang penting untuk memulihkan interaksi keluarga dan […]

Adab yang kian hilang dalam Pendidikan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Adab adalah sikap, perilaku, komunikasi dan tatacara yang mencerminkan akhlak dalam hubungan dengan Allah juga sesama manusia. Manakala Pendidikan pula adalah suatu proses yang terancang untuk membimbing, mengajar, dan mengembangkan potensi insan, baik jasmani mahupun rohani, agar menjadi peribadi yang berilmu, berakhlak, dan bertanggung jawab. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980) menegaskan bahawa pendidikan […]

Jadilah pengguna media sosial yang cakna dan patuh undang-undang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dalam era teknologi hari ini, media sosial muncul sebagai medium popular untuk komunikasi, penyebaran maklumat dan mempengaruhi pandangan umum menerusi perkongsian kandungan-kandungan. Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X, TikTok dan lain-lainnya bukan sahaja memudahkan interaksi sosial tetapi mencorakkan landskap pendigitalan negara. Namun, di sebalik kebebasan media ini, telah berlaku peningkatan kes-kes berkaitan […]

Jadilah pengguna media sosial yang cakna dan patuh undang-undang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Dalam era teknologi hari ini, media sosial muncul sebagai medium popular untuk komunikasi, penyebaran maklumat dan mempengaruhi pandangan umum menerusi perkongsian kandungan-kandungan. Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X, TikTok dan lain-lainnya bukan sahaja memudahkan interaksi sosial tetapi mencorakkan landskap pendigitalan negara. Namun, di sebalik kebebasan media ini, telah berlaku peningkatan kes-kes berkaitan […]

Erti keseimbangan dunia digital 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Tahun 2025 akan berlalu pergi. Bagi kehidupan digital, boleh dirumuskan bahawa negara Malaysia dan juga rakyatnya telah bermastautin dalam dunia ini. Pada awal tahun ini, jumlah pengguna internet di negara kita mencecah 34.9 juta dan jumlah penembusan dalam talian ialah 97.7%. Jelaslah di sini, hampir setiap sudut kehidupan kita sama ada pekerjaan, pembelajaran, […]

Rombakan kabinet, pertingkat keberkesanan pentadbiran Kerajaan MADANI
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Selasa lepas (16 Disember 2025), kerajaan sekali lagi merombak barisan kabinetnya. Ia bukan sekadar rombakan biasa, sebaliknya pertukaran menteri dan beberapa individu melibatkan ahli parlimen dan senator. Boleh dikatakan ia merupakan rombakan besar-besaran. Tujuannya, memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan bagi mempercepatkan agenda reformasi negara. Perubahan barisan Kabinet kali ini juga menyaksikan […]

Kecerdasan emosi digital, tembok perlindungan dunia maya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Menatal TikTok, bermain permainan video melalui telefon pintar, perbahasan pada layar X dan WhatsApp bagi rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda; semua aktiviti ini adalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Menerusi dunia maya, kita saling berhubungan dan juga sentiasa meningkatkan kemahiran digital. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita sebenarnya memupuk sesuatu yang lebih senyap tetapi […]

Banjir kilat beri kesan kepada ekosistem dan biodiversiti bandar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG Banjir kilat merupakan salah satu isu alam sekitar yang semakin membimbangkan di bandar-bandar Malaysia. Fenomena ini bukan sahaja mengganggu kehidupan harian, malah memberi kesan besar terhadap ekosistem dan biodiversiti bandar. Walaupun ramai menganggap banjir kilat sebagai masalah saliran atau kejuruteraan semata-mata, sebenarnya ia berkait rapat dengan perubahan ekologi, pencemaran dan penyebaran spesies invasif. […]

Papa Zola dedah realiti penggiat gig
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SAUDARA PENGARANG “Papa Zola The Movie”, yang mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 11 Disember 2025, hadir dengan lebih daripada sekadar hiburan visual. Di sebalik kisah animasi fiksyen sains dan komedi yang menghiburkan, filem ini menyorot realiti kehidupan penggiat ekonomi gig serta membuka ruang perbincangan tentang sisi kemanusiaan dalam ekonomi digital. Filem ini […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.