Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Pakej Berita
Program latihan keusahawanan komprehensif perkasa masyarakat Orang Asli
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus mempergiat program latihan keusahawanan yang komprehensif bagi memperkasa masyarakat Orang Asli. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang memaklumkan strategi pelaksanaan latihan tertumpu kepada empat teras utama berasaskan potensi ekonomi tempatan merangkumi sektor ekopelancongan, kraftangan, pertanian moden serta teknologi digital. “Ketika ini, […]

Penduduk terjejas banjir di Perak, Selangor berkurangan pagi ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Situasi banjir di Perak dan Selangor pagi ini menyaksikan trend penurunan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding malam tadi namun beberapa kawasan masih berada pada paras bahaya serta berjaga-jaga. Di PERAK, seramai 613 mangsa daripada 174 keluarga masih berada di tujuh PPS di tiga daerah berbanding 680 orang […]

Pastikan tiada jurang antara keputusan kerajaan dan realiti rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kerajaan tidak mahu wujud jurang atau ‘disconnect’ antara keputusan dibuat di peringkat tertinggi kerajaan dengan realiti pelaksanaan yang berlaku di peringkat daerah, tapak projek atau komuniti setempat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau tidak mahu kementerian bergantung sepenuhnya kepada laporan rasmi yang kadangkala tidak menggambarkan keadaan sebenar tanpa […]

KKR perlu rekod semua projek, pantau rapat kontraktor
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kerja Raya (KKR) menyemak semula keseluruhan senarai projek di bawah kementerian itu dan memastikan setiap projek direkodkan dengan jelas, termasuk status kemajuan, pihak pelaksana dan masalah yang dikenal pasti. Perdana Menteri menekankan keperluan untuk mengubah budaya kerja supaya pemantauan tidak dilakukan hanya selepas projek […]

Rancakkan MADANI catat lebih 502,000 pengunjung
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 8 Disember – Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 mencatat sambutan luar biasa dengan kehadiran 502,804 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya dari 5 hingga 7 Disember di Dataran Putrajaya. Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan […]

Geran tahunan: Jumlah KRT layak masih rendah di Perlis
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KANGAR, 8 Disember – Kegagalan mencapai Petunjuk Prestasi Utama ditetapkan serta tidak aktif melaksanakan program bersama komuniti menyebabkan jumlah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri berkenaan yang layak menerima geran tahunan masih rendah. Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perlis, Hanita Ahmad memaklumkan hanya 64 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada 143 KRT di […]

Industri e-sukan negara perlukan sokongan kerajaan dan penajaan korporat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Industri e-sukan negara memerlukan sokongan bukan sahaja daripada kerajaan, malah daripada penajaan syarikat tersenarai bagi memastikan sektor ini terus berkembang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada syarikat penaja adalah langkah penting untuk menyokong pembangunan e-sukan di Malaysia. […]

SPRM nafi dakwaan siasat calon PKR tanpa asas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 7 Disember – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan tidak berasas yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dalam sebuah podcast baru-baru ini, berkaitan kononnya wujud siasatan terhadap calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei lalu. SPRM menerusi satu kenyataan menegaskan setiap siasatan dijalankan hanya berdasarkan aduan atau maklumat […]

Lelaki maut dihempap mesin cerucuk
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LAWAS, 7 Disember – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebuah mesin cerucuk dalam kejadian di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas, petang tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa, Bili Muli, 31, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh […]

Buruh maut, motosikal dirempuh kereta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KEMAMAN, 7 Disember – Seorang buruh maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika keluar dari simpang lampu isyarat di sini, petang tadi. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.10 petang di kilometer 113, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat bandar Kerteh.  Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Tarmizi Muda, 36 tahun, disahkan meninggal dunia ketika sedang […]

TaniStats 2.0 perkukuh agenda transformasi digital pertanian – DOSM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarkan TaniStats 2.0, gerbang digital statistik pertanian yang dinaik taraf daripada versi asal yang diperkenalkan pada Mei 2025. Dalam kenyataannya, DOSM berkata platform yang dibangunkan secara dalaman itu mengintegrasikan pelbagai sumber data pertanian termasuk dapatan Banci Pertanian 2024, data pentadbiran agensi berkaitan, harga agromakanan, indikator keterjaminan […]

PNB, GLIC terajui inisiatif 10 Juara Bumiputera bawah agenda Ekonomi MADANI
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) komited menerajui inisiatif 10 Juara Bumiputera di bawah program reformasi GEAR-UP, sebahagian daripada agenda Ekonomi MADANI. Dalam kenyataannya, PNB berkata, program strategik tersebut menyasarkan melahirkan 10 syarikat Bumiputera, masing-masing dengan nilai pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta dalam […]

ST komited perkukuh kecekapan tenaga
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) komited menyokong peralihan negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB) serta meningkatkan kecekapan tenaga menerusi pelbagai langkah strategik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Safinah Salleh memaklumkan, fokus utama ST adalah memperkukuh kecekapan tenaga dalam proses peralihan tenaga. “Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga memastikan semua pengguna tenaga besar mematuhi […]

Pengukuhan ringgit didorong faktor domestik, bukan sekadar penyusutan USD
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Pengukuhan ketara ringgit kebelakangan ini didorong oleh gabungan beberapa faktor domestik yang semakin kukuh, bukan hanya kesan langsung daripada penyusutan dolar Amerika Syarikat (USD) semata-mata. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi menerusi satu hantaran di platform X, beliau berkata persoalan mengenai faktor yang mendorong pengukuhan ringgit […]

PKS tarik nafas lega langkah naikkan nilai ambang e-invois
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun hadapan. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, langkah itu sejajar dengan cadangan awal persatuan itu yang mahu peniaga dengan jualan tahunan […]

Program Bimbingan INSKEN jana RM22.4 juta jualan, cipta 710 peluang pekerjaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CYBERJAYA, 6 Disember – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatatkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN 2025. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, program kapasiti pembangunan itu juga berjaya mewujudkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu, selain menaik taraf kemahiran […]

SIR2035: Sokongan institusi kewangan penting – MITI
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember– Penyertaan dan sokongan daripada institusi kewangan amat penting bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035), terutamanya dalam menyelaraskan transisi hijau industri keluli. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata industri keluli merupakan tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia dengan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan kepada sektor-sektor […]

Mesyuarat FOMC: Faktor data pengaruhi dagangan di Bursa Malaysia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Prestasi Bursa Malaysia dijangka dipengaruhi oleh data pasaran ketika pelabur membuat persiapan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata perhatian pasaran kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai hala tuju […]

Ringgit dijangka stabil minggu depan, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Ringgit dijangka kekal stabil dan diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga dan pelabur […]

Rizab antarabangsa BNM kekal pada AS$124.1 bilion, setakat 28 November
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$124.1 bilion, setakat 28 November 2025. Jumlah itu kekal daripada nilai rizab antarabangsa setakat 14 November lalu. BNM dalam kenyataan berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. ”Komponen utama […]

Individu 30-an ditahan selepas ugut jiran
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SUNGAI PETANI, 8 Disember – Seorang individu berusia 30-an ditahan selepas disyaki mengugut jirannya menggunakan senjata api. Tindakan suspek terhadap warga emas berkenaan, dilakukan di sebuah taman perumahan di Bandar Laguna Merbok, di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan ketika mengesahkan kes berkenaan memaklumkan, suspek telah ditahan. “Polis menerima laporan mengenai kes berkenaan […]

Kes tembakan Durian Tunggal: PDRM terima CD, jalan siasatan menyeluruh
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) pada Sabtu (6 Disember) daripada ahli keluarga salah seorang suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka. CD berkenaan dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian berlaku. Terdahulu, pada 3 Disember lalu, […]

Perlombongan Bitcoin : Warga emas ditahan, disyaki curi arus elektrik
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BALIK PULAU, 7 Disember – Seorang warga emas berusia 60 tahun ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan mencuri arus elektrik bagi perlombongan bitcoin di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab ketika mengesahkan penahanan itu berkata serbuan dijalankan sepasukan anggota polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), […]

Akauntan wanita rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham palsu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 6 Disember – Seorang akauntan wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, dan telah […]

Polis tahan lima lelaki, selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil […]

30 remaja mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]

Inkues Zara Qairina: Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 5 Disember – Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Asni Marjan, 56, berkata, akibat kecaman […]

Sindiket edar dadah RM13.8 juta tumpas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 5 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di Selangor dan Perak. Serbuan berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta menyita enam kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13.9 juta. Pengarah JSJN , Datuk Hussien Omar Khan berkata, turut ditahan enam suspek termasuk […]

Albert Tei, Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah pertuduhan rasuah RM64,924
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 5 Disember – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM64,924. Albert, 37 tahun dan Shamsul Iskandar, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan […]

Imigresen Johor tahan 37 PATI dalam serbuan di Pontian, Johor Bahru
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 5 Disember -Jabatan Imigresen Johor memberkas 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuah yang dijalankan di Pontian serta Johor Bahru pada Rabu lalu. Serbuan memfokuskan kawasan penempatan asing, premis perniagaan dan tempat awam. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata, tangkapan melibatkan 11 PATI warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak. “Selain […]

Rundingan damai Ukraine hampir dimuktamad, Rusia tuntut pindaan besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CALIFORNIA, 8 Disember -Rundingan untuk menamatkan perang Ukraine dilapor berada pada fasa akhir dengan hanya beberapa isu besar masih berbaki sebelum persetujuan dicapai. Menurut Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine, Keith Kellogg, proses itu kini berada pada “10 meter terakhir”, namun masih bergantung kepada dua perkara utama. Jelas beliau ia melibatkan status wilayah Donbas […]

Pelan damai: Zelenskiy sifatkan perbincangan dengan wakil AS “konstruktif”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

UKRAINE, 8 Disember -Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menyifatkan rundingan terbaharu dengan wakil Amerika Syarikat (AS) mengenai pelan damai Ukraine sebagai “konstruktif tetapi tidak mudah”. Zelenskiy berkata, beliau mengadakan perbualan dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Steven Witkoff, serta Jared Kushner pada Sabtu. “Mereka memahami pendirian asas Ukraine. Perbincangan berjalan secara konstruktif, walaupun tidak mudah,” […]

UK perkenal inisiatif baharu lindungi kabel dasar laut daripada ancaman Rusia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 8 Disember -Britain melancarkan inisiatif baharu untuk menggabungkan kapal tanpa pemandu, dron bawah air dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam rangkaian pertahanan maritimnya. Langkah itu bagi meningkatkan keupayaan mengesan kapal selam, sekali gus melindungi kabel komunikasi dan saluran paip dasar laut daripada ancaman Rusia. Pengumuman itu dibuat empat hari selepas Setiausaha Pertahanan United Kingdom […]

100 Pelajar Nigeria dibebaskan, 165 lagi masih hilang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MINNA, 8 Disember – Pihak berkuasa Nigeria berjaya membebaskan 100 pelajar yang diculik dari sebuah sekolah Katolik bulan lalu, menurut sumber PBB dan laporan media tempatan. Namun, nasib 165 lagi pelajar dan kakitangan yang masih hilang belum diketahui. Kesemua 100 pelajar yang dibebaskan kini berada di Abuja dan dijangka diserahkan kepada kerajaan negeri Niger pada […]

Presiden Benin sahkan situasi dalam kawalan selepas cubaan rampasan kuasa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

COTONOU, 8 Disember – Presiden Benin, Patrice Talon, muncul di televisyen negara pada Ahad bagi menenangkan rakyat susulan cubaan rampasan kuasa tentera awal hari itu. “Saya ingin memberi jaminan bahawa situasi sepenuhnya dalam kawalan dan mengajak anda untuk meneruskan aktiviti dengan tenang mulai malam ini. “Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipelihara di seluruh negara,” kata […]

Kerajaan Benin gagalkan cubaan rampasan kuasa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

COTONOU, 8 Disember – Kerajaan Benin mengesahkan cubaan rampasan kuasa pada Ahad berjaya digagalkan, beberapa jam selepas sekumpulan tentera mengumumkan Presiden Patrice Talon diturunkan melalui televisyen negara. Kira-kira 12 tentera termasuk mereka yang terlibat telah ditahan. Menteri Dalam Negeri, Alassane Seidou, menyifatkan tindakan itu sebagai pemberontakan untuk menggugat kestabilan negara dan institusi kerajaan. Bunyi tembakan […]

Israel kekal kawal kawasan Gaza, ‘Garisan Kuning’ jadi sempadan baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BAITULMAQDIS, 8 Disember – Ketua Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir menyatakan garisan penandaan menjadi lokasi berundurnya pasukan Israel di Gaza sebagai “sempadan baharu”. Dalam kenyataan tentera rejim pada Ahad Zamir berkata, Israel kini mempunyai kawalan operasi ke atas sebahagian besar wilayah Gaza dan akan kekal bertahan di garisan tersebut. “Garisan Kuning merupakan sempadan […]

Fasa kedua gencatan Gaza dijangka bermula dalam masa terdekat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BAITULMAQDIS, 8 Disember – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad menyatakan bahawa beliau menjangka fasa kedua pelan gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat di Gaza akan bermula dalam masa terdekat. Gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober itu telah menghentikan perang yang tercetus pada 7 Oktober 2023, namun keadaan kekal rapuh dengan Israel terus […]

Letupan gegarkan ibu kota Syria, tiada kerosakan dilaporkan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

DAMSYIK, 7 Disember -Satu letupan menggegarkan ibu kota Syria, Damsyik, pada Ahad, menurut saksi tempatan, lapor Xinhua. Media tempatan berkata letupan itu berpunca daripada bom bunyi berhampiran Jambatan Kebebasan – sebelum ini dikenali sebagai Jambatan Presiden – di pusat bandar. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. Letupan itu berlaku ketika Syria bersiap untuk acara memperingati ulang […]

Dua lelaki Palestin terbunuh di Tebing Barat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BAITULMAQDIS, 7 Disember -Tentera Israel menembak mati dua lelaki di Tebing Barat yang yang didakwa kerana cubaan serangan pelanggaran kenderaan. Pihak Berkuasa Palestin mengenal pasti mangsa sebagai seorang remaja, Ahmad Khalil Al-Rajabi berusia 17 tahun dan Ziad Jabara Abu Dawoud, 55 tahun. Kementerian Kesihatan memaklumkan Ziad Jabara merupakan seorang pekerja kebersihan. Tentera Israel mendakwa insiden […]

Isu pemalsuan dokumen goncang FAM, prestasi Harimau Malaya jadi penyelamat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Musim 2025 akan diingati sebagai detik paling mencabar dalam sejarah bola sepak tanah air apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara didenda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kesalahan pemalsuan dokumen. Kemuncaknya pada malam 26 September apabila FIFA dalam kenyataan rasmi, mengesahkan FAM dan tujuh pemain – […]

Penang FC bakal lakukan rombakan besar-besaran pemain
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GEORGE TOWN, 8 Disember– Penang FC dijangka membuat rombakan pemain susulan kekalahan besar kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini malam tadi. Ketua jurulatih Wan Rohaimi Wan Ismail berkata beliau kecewa dengan persembahan longlai pasukannya yang banyak melakukan kesilapan mudah sehingga dibolosi lima kali. Beliau berkata ini termasuk pada babak […]

Lando Norris, juara dunia baharu dan pemandu McLaren yang meraih tempat ketiga, meraikan detik emosinya di podium selepas Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina/ Foto AFP
Norris raih gelaran dunia pertama dengan gaya ‘Gentleman’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ABU DHABI, 8 Disember – Juara dunia baharu Formula 1, Lando Norris bangga meraih gelaran pertamanya dengan menyatakan tetap menjadi dirinya sendiri dan tanpa mengubah gaya pemanduannya. Pemandu McLaren berusia 26 tahun itu menegaskan bahawa kejayaan musim ini datang hasil pendekatan yang jujur dan bersih, bukan dengan meniru gaya agresif sesetengah juara terdahulu. “Itu antara […]

Real Madrid tewas lagi, Alonso gesa bangkit jumpa City
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MADRID, 8 Disember – Ketua jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso, menggesa pasukannya bangkit segera selepas mengalami kekalahan mengecewakan 2-0 kepada Celta Vigo dalam aksi La Liga pada Ahad. Kekalahan di Santiago Bernabéu itu menambah tekanan ke atas Los Blancos yang kini hanya mencatat dua kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan. Keputusan itu turut […]

Espanyol tewaskan Rayo, lonjak ke tangga kelima La Liga
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BARCELONA, 8 Disember – Espanyol meneruskan prestasi cemerlang musim ini selepas menewaskan Rayo Vallecano 1-0 di RCDE Stadium, Cornella, pada Ahad. Gol penalti Roberto Fernandez pada separuh masa pertama memastikan kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga untuk pasukan kendalian Manolo Gonzalez. Espanyol kini menduduki tangga kelima, ketinggalan empat mata di belakang Atletico Madrid yang berada di […]

Crystal Palace melonjak ke tangga ke-4, West Ham terus bergelut di zon penyingkiran
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LONDON, 8 Disember – Crystal Palace melonjak ke kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Fulham 2-1, manakala Brighton mengekang West Ham daripada melepasi zon penyingkiran melalui keputusan seri 1-1 pada Ahad. Gol kemenangan lewat daripada pertahanan England, Marc Guehi di Craven Cottage membawa Palace mengatasi Chelsea dan Everton, sekali gus membuka peluang kelayakan Liga […]

Pasukan MLBB Malaysia pertahan gelaran juara dunia, tewaskan Kemboja
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF 2025 apabila menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Quill City Mall di sini malam tadi. Pasukan Malaysia dibarisi Idreen Jamal (Momo), Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), […]

Cagliari benam Roma, Napoli–Juve penentu puncak Serie A
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MILAN, 8 Disember – Roma terlepas peluang untuk menyamai Inter Milan di tangga teratas Serie A selepas tewas 1-0 kepada Cagliari, pada Ahad. Beraksi dengan 10 pemain hampir separuh masa kedua susulan layangan kad merah kepada Zeki Celik kerana menjatuhkan Michael Folorunsho, Roma akhirnya dihukum menerusi jaringan Gianluca Gaetano pada minit ke-82 hasil sepakan penjuru. […]

Piala Dunia 2026: Argentina mulakan misi pertahan gelaran di Kansas City
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 7 Disember – Jadual penuh Piala Dunia 2026 diumumkan pada satu majlis pada Sabtu. Ia memperincikan venue dan waktu sepak mula bagi semua 48 negara yang bertanding di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Selepas undian peringkat kumpulan berlangsung sehari sebelumnya dan Argentina disahkan akan membuka kempen mempertahankan gelaran menentang Algeria pada pukul 9 malam […]

Asian Le Mans Series: JMR sahkan penyertaan lebih besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEPANG, 7 Disember – Johor Motorsports Racing (JMR) mengesahkan penyertaan lebih besar bagi saingan Asian Le Mans Series (ALMS) 2025–2026 dengan menurunkan dua jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R serta barisan enam pemandu untuk enam pusingan perlumbaan musim ini. Dua pasukan bertaraf antarabangsa akan mengemudi jentera JMR sepanjang musim, dengan kereta #99 dibarisi Tunku Panglima Johor, […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]

Andmesh kembali dengan konsert ‘love story’ Februari depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]

Magika Studios tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu di Selangor
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 30 November  – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]

Stacy lancar single baharu ‘Mega Ching’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]

‘Rock Legends Live At Saloma KL’ himpun legenda rock tanah air
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]

Perubatan pelancongan: Pulau Pinang tawar rawatan klinikal bertaraf dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Dasar ‘Healing Meets Hospitality’ Pulau Pinang terus memacu sektor Pelancongan Perubatan ke tahap global. Pulau Pinang kini menawarkan lebih daripada rawatan klinikal bertaraf dunia untuk bersaing sebagai Hab Kesihatan Asean. Ikuti laporan Hamizah Mansor.

Pembangunan TVET diutamakan: TVET inklusif diperkukuh untuk modal insan berkemahiran
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI telah memperlihatkan hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara yang semakin jelas. Iltizam ini diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif yang dirangka secara menyeluruh, sekali gus memastikan TVET kekal relevan dengan tuntutan industri dan keperluan ekonomi negara. Laporan disediakan oleh Izzah Zulkifle.

Tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani: Malaysia nikmati kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.  

Tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI: Malaysia nikmati kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI.

Program Rancakkan MADANI: Cerminan komitmen kerajaan kepada rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Program yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, menjadi cerminan komitmen kerajaan yang sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi rakyat. Laporan Fatin Aqila Nor Azli.

Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia cemerlang di persada antarabangsa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya memperkukuh hubungan diplomatik dengan cemerlang dan luar biasa. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan dunia. Laporan oleh Tunisa Dharsini Suresh.  

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah: Perkukuh agenda tangani kos sara hidup rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.

PRN Sabah ke-17: 389 calon hilang deposit
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

389 daripada 596 calon PRN Sabah ke-17 hilang deposit. Mereka gagal memperoleh undi minimum 1 per 8 atau 12.5% daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Analisis PRN Sabah: Mandat rakyat untuk pembangunan, politik lebih matang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.

Tahun Melawat Malaysia 2026: Tarikan siang & malam, KL destinasi “Studio Fotografi Terbuka”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Dari mural berwarna-warni hingga jambatan LED yang memancar cahaya, Kuala Lumpur kini muncul sebagai destinasi fotografi paling menyerlah. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bandar raya ini menawarkan gabungan sempurna antara warisan, budaya dan lampu malam yang memukau. Ikuti dalam Laporan Khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2026 Kuala Lumpur’ yang disedia wartawan Farzana Mohd Norsam.

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Hey there! Ask me anything!