- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 30 Disember – Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza, termasuk cadangan menggunakan mana-mana wilayah sebagai destinasi penempatan semula. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pendirian Malaysia adalah selari sepenuhnya dengan sikap yang diambil oleh sebahagian besar negara serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), khususnya dalam menolak sebarang pengiktirafan terhadap […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Empat pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) mengumumkan peletakan jawatan masing-masing, susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN. Perkara itu diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker. Pengumuman sama turut […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 30 Disember- Kerajaan menegaskan pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam menangani isu rasuah, tanpa mengira sama ada ia melibatkan rakan, lawan politik, mahu pun pihak dalam pentadbiran kerajaan sendiri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pendirian itu merupakan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tatakelola, membanteras salah guna kuasa dan memastikan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 30 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan muafakat dalam Kerajaan Perpaduan kekal mantap dan ikhlas tanpa sebarang usaha sabotaj atau khianat. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, keadaan itu berbeza dengan situasi yang sedang melanda beberapa perikatan politik lain yang kini berdepan pergolakan dalaman dan krisis kepimpinan. “Saya bersyukur, […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUCHING, 30 Disember– Malaysia berduka dengan pemergian seorang tokoh ilmuwan tersohor dan pemikir ekonomi hebat, Datuk Dr. Madeline Berma, yang amat disegani ramai. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata sumbangan besar mendiang Datuk Dr. Madeline terutamanya melalui penyelidikan mendalam dalam bidang pembangunan ekonomi, dasar awam, kemiskinan dan ketidaksamaan sosial telah banyak membantu membentuk […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MARANG, 30 Disember– Seramai 100 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Terengganu diberikan peluang melanjutkan pengajian di Kolej Sunway melalui tajaan penuh Yayasan Peneraju. Tajaan itu membolehkan mereka mengikuti program perakaunan bertaraf antarabangsa dan bertauliah di institusi pendidikan swasta terkemuka tersebut. Pengarah Pendidikan Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata Terengganu antara negeri terawal menerima tawaran khas […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Ancaman jenayah siber berasaskan kecerdasan buatan (AI) kini muncul sebagai isu paling kritikal dan kompleks, dengan pemalsuan identiti menggunakan teknologi deepfake dikenal pasti antara risiko utama yang membimbangkan rakyat. Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil, AI kini bukan sahaja dimanfaatkan pengguna, malah turut dieksploitasi penjenayah untuk menyelaras serangan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 30 Disember -Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, hari ini. Dalam pertemuan berkenaan, Seri Paduka Baginda dipersembahkan perkembangan semasa negara. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sementara itu, Perdana Menteri dalam kenyataannya turut memberitahu, sesi […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PENDANG, 30 Disember– Seorang pemandu wanita terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Titi Kampung Banggol Besi, Pendang, awal pagi Isnin (29 Disember). Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Huzaini Halil berkata mangsa berusia 43 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KLANG, 30 Disember – Keputusan kerajaan mengekalkan kadar tol di semua lebuh raya, termasuk Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) pada tahun depan disambut baik oleh masyarakat yang menggunakan laluan berkenaan. Inisiatif itu dilihat sebagai langkah berkesan dalam membantu meringankan beban kewangan rakyat, khususnya ketika berdepan cabaran kos sara hidup yang tinggi. Rata-rata pengguna […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember -Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) giat melaksanakan projek pengembangan strategik bernilai 70 juta euro (RM333.4 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokçen (ISG), Turkiye. Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, pelaburan itu termasuk modernisasi dan pengoptimuman Terminal 1, bagi menyokong pertumbuhan penumpang yang berterusan serta memperkukuh kapasiti dan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah selesai memproses dan mengkreditkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM4 bilion kepada 110,074 pembayar cukai dalam tempoh 9 hingga 24 Disember 2025. Kenyataan LHDN menyebut, pembayaran ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meningkatkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember -Penyedia perkhidmatan e-hailing global, InDrive, menyasarkan peningkatan bilangan pemandu sebanyak 20 peratus berbanding jumlah semasa yang hampir mencecah 40,000 pemandu aktif. Pengurus Operasi Pemandu InDrive Malaysia, Azlan Anwar berkata, sasaran itu selaras dengan pelan pengembangan syarikat ke beberapa bandar utama dan destinasi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. “Bandar utama yang […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember -Para pelabur disaran mengambil pendekatan yang lebih selektif dan berdisiplin dengan mempelbagaikan pelaburan melangkaui syarikat teknologi berskala besar serta memilih komoditi secara berhati-hati. Pengurus Portfolio Kanan Ekuiti Manulife Investment Management (Manulife IM), Kenglin Tan berkata, tumpuan itu perlu diberi kepada kualiti, dan aliran tunai yang kukuh, khususnya dalam bidang penggunaan kecerdasan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember -Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan kekurangan petunjuk ekonomi baharu bagi menggerakkan pasaran. Pada jam 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.61 mata atau 0.16 peratus kepada 1,678.38 daripada 1,680.99, semalam. Indeks penanda […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM40.18 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam RM20.53 bilion. Pada hari ini, BNM akan mengendalikan satu tender repo berbalik semalaman […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember -Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini. Pada jam 8 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.0500/0670 berbanding dolar AS daripada paras 4.0580/0625 pada akhir urus niaga semalam. Mengikut laporan, minit […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 29 Disember– Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pasaran terus berhati-hati susulan peningkatan paras stok. Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd dari Kuala Lumpur, David Ng berkata harga telah ditekan oleh jangkaan inventori tempatan yang agak tinggi, ini menjejaskan sentimen. “MSM ditutup lebih rendah […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GEORGE TOWN, 29 Disember -Kerajaan Pulau Pinang menyediakan pelbagai saluran bantuan bagi menyokong dan memperkasa usahawan Bumiputera di negeri itu. Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, Datuk Rashidi Zinol berkata, usaha berkenaan sedang giat dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai Bumiputera menceburi bidang perniagaan. Menurut beliau, sokongan kepada usahawan Bumiputera tidak hanya disediakan di peringkat […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 29 Disember – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sedikit pada tengah hari ini. Pada rehat tengah hari, kontrak Disember 2025 dan Mac 2026 meningkat 0.5 mata masing-masing kepada 1,676.5 dan 1,665.0, kontrak Jun 2026 naik 1.0 mata kepada 1,665.0 manakala kontrak Januari 2026 kekal tidak berubah pada 1,680.0. […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 30 Disember– Polis Kedah merampas dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 1,047 gram selepas menahan seorang wanita di tepi jalan Kuala Kedah pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali menerusi kenyataan hari ini berkata dadah yang diletakkan di dalam satu pek plastik lut sinar itu dianggarkan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 30 Disember– Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok serta minuman keras tidak berkastam menerusi empat kes berasingan dengan nilai RM3.7 juta. Pengarahnya, Mohd Asri Seman berkata kesemua rampasan melibatkan lebih 4.6 juta batang rokok serta 1,200 liter minuman keras antara 27 November hingga 1 Disember lalu. Tambah beliau, kesemua rampasan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGAI PETANI, 30 Disember– 20 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rames, sejak Januari tahun lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Najwa Che Mat, kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GOMBAK, 29 Disember -Seorang lelaki tempatan disyaki mencederakan bekas isteri dan anak kandungnya dalam kejadian di Taman Scientex Kundang Jaya, Kundang, malam semalam. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.33 pagi tadi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 11.47 malam ketika suspek menghantar anak kepada pengadu. […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 28 Disember -Seorang bekas menteri dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan wang tunai kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah. Menurut sumber, siasatan itu berkait projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara. Beliau memaklumkan, bekas menteri berkenaan dipercayai menerima wang daripada sebuah syarikat pemaju. Manakala […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 29 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rusaboy dengan penahanan 17 anggotanya menerusi Ops Tiga. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, operasi bersepadu berkenaan melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kedah serta Cawangan Khas Bukit Aman dijalankan dari […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 29 Disember – Siasatan awal berhubung kes letupan dipercayai menggunakan peranti letupan buatan sendiri atau IED di kawasan parkir berhampiran Desa Palma, Nilai minggu lalu setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur ekstremisme. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berkemungkinan terpencil dan tidak mempunyai kaitan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 29 Disember – Polis telah menyerahkan rakaman audio berkaitan kes tembak mati tiga lelaki di Durian Tunggal kepada Cyber Security Malaysia (CSM) bagi tujuan analisis forensik. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, rakaman berkenaan merupakan antara bahan bukti penting dalam siasatan dan perlu disahkan kesahihannya secara teknikal. Menurut beliau, polis […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA TINGGI, 29 Disember – Seorang pemandu e-Hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pengerang di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, serta satu pertuduhan memiliki rokok seludup tanpa cukai kastam, pada Oktober lalu. Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin. Mengikut pertuduhan, Loo Chun Hao, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TAIPING, 28 Disember – Seorang warga emas mengalami kerugian RM318,521 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon di sini. Sindiket didakwa menyamar sebagai pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, mangsa wanita berusia 74 tahun dan pesara kerajaan membuat laporan polis pada Jumaat lalu. Mangsa menerima panggilan telefon pada 2 Disember daripada […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
NEW DELHI, 30 Disember – India mendakwa ekonominya telah mengatasi Jepun untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia dan menyasarkan untuk memintas Jerman dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bagaimanapun, pengesahan rasmi bergantung kepada data muktamad Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan yang dijadualkan dikeluarkan pada 2026, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan India hanya […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SINGAPURA, 30 Disember – Syarikat induk Facebook, Meta, bersetuju mengambil alih Manus, sebuah ejen kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh syarikat diasaskan di China tetapi kini berpangkalan di Singapura. Perkara itu disahkan menerusi kenyataan bersama kedua-dua pihak. Ketua Pegawai Eksekutif Manus, Xiao Hong, menyifatkan kerjasama dengan Meta sebagai langkah penting untuk membangunkan teknologi AI pada […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
RIYADH, 30 Disember – Yaman mengisytiharkan darurat susulan tindakan kumpulan pemisah yang disokong Abu Dhabi merampas kawasan luas di selatan negara itu. Ketua Majlis Kepimpinan Presiden, Rashad al-Alimi, turut membatalkan perjanjian keselamatan bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara serta-merta. “Perjanjian Pertahanan Bersama dengan UAE dengan ini dibatalkan,” kata al-Alimi dalam satu kenyataan. Sementara itu, satu […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
YANGON, 30 Disember – Junta Myanmar pada Selasa menuduh kumpulan pemberontak melakukan serangan kejam dan berniat jahat semasa proses pengundian berlangsung, dan sehari sebelum pilihan raya yang dikendalikan tentera, menyaksikan sekurang-kurangnya lima orang awam cedera akibat serangan dron, roket dan bom. Tentera Myanmar yang melakukan rampasan kuasa pada 2021, membuka undian secara berperingkat pada Ahad, […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
HAMILTON, 30 Disember – Seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menegaskan semula penghormatan terhadap kedaulatan, integriti wilayah dan perpaduan Somalia yang dijamin di bawah Resolusi Majlis Keselamatan 2809 (UNSC), lapor Anadolu Ajansi (AA). Khaled Khiari, Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Asia Barat, Asia dan Pasifik di Jabatan Hal Ehwal Politik dan Pembinaan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
RIYADH, 30 Disember – Gabungan ketenteraan Yaman yang diketuai Arab Saudi memaklumkan ia telah menyasarkan sejumlah besar senjata dan kenderaan tempur yang dibongkar di Yaman daripada kapal-kapal yang datang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). “Tindakan ketenteraan itu dilaksanakan selepas dua kapal didapati mematikan sistem penjejakan dan memunggah senjata bagi menyokong pasukan Majlis Peralihan Selatan (STC) […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 30 Disember – Gergasi kecerdasan buatan (AI), SoftBank dari Jepun mengumumkan pengambilalihan syarikat pelaburan pusat data Amerika Syarikat, DigitalBridge, dalam perjanjian bernilai kira-kira AS$4 bilion. Sekali gus mengukuhkan langkah strategik pengasasnya, Masayoshi Son, untuk muncul sebagai pemain utama dalam sektor AI. SoftBank dan DigitalBridge dalam kenyataan bersama memaklumkan pengambilalihan itu sejajar dengan misi syarikat […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
DHAKA, 30 Disember – Bekas perdana menteri Bangladesh, Khaleda Zia, meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun selepas menghidap penyakit berpanjangan. “Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang juga perdana menteri wanita pertama negara, Begum Khaleda Zia, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6:00 pagi (0000 GMT), sejurus selepas menunaikan solat Subuh,” menurut kenyataan parti […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BEIJING, 30 Disember – China meneruskan hari kedua latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup di sekitar Taiwan hari ini, bertujuan mensimulasikan sekatan terhadap pelabuhan-pelabuhan utama pulau itu. Latihan ketenteraan selama dua hari yang diberi nama ‘Justice Mission 2025’ itu bermula pada Isnin dan mendapat kecaman Taiwan, yang menyifatkannya sebagai satu bentuk intimidasi ketenteraan oleh Beijing. Semalam, […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MOSCOW, 30 Disember – Sekurang-kurangnya 25 orang cedera akibat gempa bumi yang melanda Peru, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti. “Pusat Operasi Kecemasan melaporkan 25 orang cedera, dengan 12 daripadanya dimasukkan ke hospital manakala 13 lagi dibenarkan pulang selepas menerima rawatan perubatan,” menurut kementerian itu menerusi hantaran di platform X. Gempa […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JEPUN, 30 Disember – Legenda bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura yang terkenal sebagai ‘King Kazu’ menegaskan semangatnya terhadap permainan tetap kuat selepas menandatangani kontrak pada usia 58 tahun bersama Fukushima United, pasukan divisyen ketiga Jepun, pada Selasa. Miura, yang akan menyambut ulang tahun ke-59 pada Februari, menyertai Fukushima secara pinjaman sehingga Jun ini, menandakan musim […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Ketua jurulatih renang kebangsaan, Eric Anderson mengesahkan penamatan kontraknya bersama Persekutuan Renang Malaysia (MAS) dibuat atas persetujuan bersama dan tidak melibatkan sebarang konflik. Menurut Anderson, keputusan itu dicapai secara matang tanpa sebarang isu atau rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak. “Tiada sebarang masalah atau konflik. Keputusan ini dibuat secara […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 30 Disember – Pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong mengakui tahap prestasinya masih belum berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2026, namun yakin peningkatan akan dapat dilihat hasil persiapan rapi yang sedang dilaksanakan. Wei Chong berkata kekangan waktu menyukarkan proses pemulihan sepenuhnya namun latihan berterusan tetap dilakukan bagi mengekalkan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
RABAT, 30 Disember – Tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Maghribi menutup saingan Kumpulan A dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Zambia, pada Isnin. Penyerang Maghribi, Ayoub El Kaabi menjaringkan dua gol, manakala pemain tengah Brahim Diaz menambah satu lagi gol membolehkan Maghribi mengumpul tujuh mata untuk menduduki kedudukan pertama kumpulan, jauh meninggalkan Mali di […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 30 Disember – Beberapa pemain tenis terbaik dunia mula tiba di Australia menjelang pembukaan Grand Slam pertama musim 2026, Terbuka Australia yang dijadualkan berlangsung lewat Januari ini. Naib juara edisi lalu, Alexander Zverev dilihat tiba di Sydney bagi menyertai United Cup, kejohanan berpasukan campuran yang menjadi acara pemanas badan sebelum Terbuka Australia. United Cup […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AGADIR, 30 Disember – Mesir menamatkan saingan Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan rekod tanpa kalah selepas mencatat keputusan seri 0-0 menentang Angola pada Isnin, walaupun menurunkan barisan pemain simpanan. Juara tujuh kali AFCON itu sudah mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan sebelum perlawanan, sekali gus membolehkan pengendali pasukan merehatkan pemain utama termasuk Mohamed Salah dan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
OGUN, 30 Disember – Bekas juara dunia tinju heavyweight Britain, Anthony Joshua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Negeri Ogun, Nigeria yang mengorbankan dua nyawa, menurut pihak polis tempatan pada Isnin. Komando Polis Negeri Ogun memaklumkan Joshua, 36, hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain di Lebuh Raya […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BARCELONA, 29 Disember – Barcelona menutup kalendar bola sepak tahun ini dengan sesi latihan terbuka yang diserikan dengan kehadiran ratusan penyokong setia, pada Isnin. Sesi di Pusat Latihan Johan Cruyff itu menyaksikan pemain bintang seperti Lamine Yamal, Robert Lewandowski dan Raphinha beramah mesra dengan peminat yang hadir bagi meraikan kejayaan pasukan sepanjang tahun. Di bawah […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 30 Disember – Manchester United tidak akan tunduk kepada tekanan media dalam menentukan strategi dan pendekatan taktikal pasukan, tegas pengurusnya, Ruben Amorim. Sebaliknya, beliau berkata sebarang perubahan dibuat berdasarkan keperluan semasa skuad dan kefahaman pemain. Khususnya ketika pasukan berdepan kekangan pemain, demi memastikan kestabilan serta prestasi jangka panjang pasukan. Namun pendekatan itu penting bagi […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
CAEN, Perancis, 30 Disember – Bekas bintang Arsenal, Gael Clichy, 40, dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Caen yang beraksi dalam divisyen ketiga bola sepak Perancis. Kelab dari Normandy itu dimiliki oleh Kylian Mbappe, yang mengambil alih pemilikan sebelum Caen tersingkir ke divisyen ketiga musim lalu. Clichy yang juga bekas bintang Manchester City bakal membawa pengalaman […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 24 Disember – Drama terbaharu RTM ‘Gadis Kopi’ mengangkat kisah perjuangan, pengkhianatan dan kasih-sayang dalam dunia perniagaan kopi tempatan, sambil menyemai inspirasi keusahawanan kepada masyarakat. Ia turut mengetengahkan peranan FAMA membantu mewujudkan pasaran, membangunkan infrastruktur, dan meningkatkan pendapatan pengeluar pertanian. Drama 13 episod mula bersiaran pada 22 Disember lalu ini menampilkan pelakon utama […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 24 Disember – Penyanyi dan penulis lagu British, Chris Rea, terkenal era 1980-an meninggal dunia pada usia 74 tahun. Perkara itu dimaklumkan jurucakap kepada isterinya Joan Lesley menerusi kenyataan yang disiarkan kepada media UK. “Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengumumkan pemergian Chris. Beliau meninggal dunia di hospital awal hari ini dan dikelilingi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 22 Disember – Penyanyi dan pelakon Shazia Rozaini tampil dengan lagu terbaharu berbahasa Jepun berjudul Itoshi-Hito, membawa maksud ‘rinduku’, hasil ciptaan komposer dan pelawak terkenal Pakya Senario. Lagu itu mengisahkan perasaan terpendam seorang gadis Melayu terhadap jejaka di Jepun, yang tidak pernah diluahkan dan terus bermain dalam fikirannya. Menurut Shazia, Itoshi-Hito sarat dengan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SINGAPURA, 21 Disember – Kumpulan lelaki M-pop, di bawah Rocketfuel Entertainment, ALPHA, mengadakan sesi bertemu peminat di Singapura menerusi acara ‘Celebfest Amplified: ALPHA Fan Meet In Singapore 2025’ yang berlangsung meriah, semalam. ALPHA menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai detik paling bermakna dalam perjalanan seni mereka, manakala Rocketfuel Entertainment melihat kejayaan itu sebagai langkah […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kumpulan nasyid kontemporari UNIC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan konsert solo penuh pertama mereka, “This Is UNIC: Live In Concert”, di Idea Live Arena, malam tadi, selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik berteraskan dakwah dan nilai kemanusiaan. Dianjurkan Triple Am Global, konsert tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kecenderungan penyanyi untuk mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius tentang penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat. Beliau berkata vokal adalah instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan. “Apabila vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan yang tidak […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 19 Disember -Pelakon Zed Zaidi kekal menerajui Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2028 selepas menang dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 persatuan itu, hari ini. Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, 45, berkata pemilihan semula itu mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang berteraskan keupayaan melaksanakan tanggungjawab, […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PETALING JAYA, 18 Disember – Penyanyi rap tri-bahasa tanah air, Malik Choo, kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharunya berjudul ‘Move On’. Lagu terbabit menampilkan gabungan rap moden dan elemen R&B yang sarat dengan emosi serta mesej positif. Menurut Malik, ‘Move On’ menyentuh tema kejujuran perasaan, penerimaan diri dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan. “Dicipta dan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LOS ANGELES, 18 Disember – Majlis Anugerah Akademi (Oscar) akan disiarkan secara eksklusif di YouTube bermula 2029, menurut kenyataan Akademi pada Rabu. Tindakan itu merupakan satu langkah berani bagi industri perfileman yang masih berhati-hati terhadap platform penstriman meskipun minat tontonan semakin beralih ke dalam talian. Perjanjian baharu selama lima tahun itu bermakna majlis anugerah paling […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Platform media sosial TikTok telah berkembang melangkau fungsi asalnya sebagai hab untuk video pendek dan hiburan. Di Malaysia, ia muncul sebagai kuasa utama dalam landskap e-dagang, merangkaikan laluan pembelian dan strategi pemasaran untuk perniagaan berskala besar dan kecil. Penulisan ini menghuraikan peranan TikTok sebagai pemangkin perniagaan dalam talian di negara ini dengan merujuk […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi dilihat sebagai teknologi masa hadapan, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelajar universiti. Dengan hanya beberapa arahan ringkas, AI generatif seperti ChatGPT, Gemini dan Copilot mampu menghasilkan esei, laporan mahu pun jawapan akademik dalam masa beberapa saat sahaja. Bagi sebahagian pelajar, teknologi ini dilihat […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Kedatangan 1 Rejab 1447 Hijrah pada tahun 2025/2026 menjadi isyarat awal bahawa bulan Ramadan kian menghampiri. Namun, realitinya wujud perbezaan yang ketara antara mereka yang sekadar menyedari kehadiran bulan Rejab dan mereka yang benar-benar memanfaatkan peluang ini untuk melakukan audit diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. Hakikatnya, Rejab bukan sekadar bulan persediaan menuju […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Peranan wanita dalam wacana pembangunan ekonomi Malaysia hari ini, tidak lagi boleh dilihat sebagai pelengkap semata-mata. Wanita sebagai ibu, pencari nafkah, usahawan mikro malah kini berada di barisan hadapan bertindak sebagai pemacu kelangsungan keluarga. Dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat dan pasaran kerja yang mencabar, semakin ramai wanita memilih jalan menceburi […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Komunikasi merupakan nadi utama dalam hubungan perkahwinan. Ia bukan sekadar pertukaran kata-kata, tetapi mencerminkan cara pasangan memahami, menilai dan bertindak balas terhadap emosi serta keperluan masing-masing. Dalam bidang komunikasi kekeluargaan, terdapat tiga pola komunikasi utama yang lazimnya wujud dalam kalangan pasangan suami isteri, khususnya dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia dan juga di […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Kos sara hidup semakin menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia hari ini. Bukan sahaja dalam kalangan keluarga atau golongan bekerja, malah mahasiswa turut merasai tekanan yang sama. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan, ditambah dengan komitmen kewangan sedia ada, menjadikan kehidupan harian semakin mencabar, khususnya bagi mereka yang masih menuntut ilmu. Kaitan Inflasi dan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Isu hidupan liar dilanggar kenderaan atau lebih dikenali sebagai roadkill merujuk kepada kejadian kematian haiwan liar akibat pelanggaran dengan kenderaan di jalan raya dan lebuh raya. Fenomena ini semakin mendapat perhatian kerana tidak lagi berlaku secara terpencil, malah telah berkembang menjadi satu isu global yang serius. Di Malaysia, kes roadkill bukan sahaja berlaku […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Di sebuah halaqah ilmu di Madinah, kelihatan seorang remaja duduk di barisan belakang. Tatkala rakan sepengajian lain sibuk menyediakan kitab, dakwat dan pena, anak muda ini hanya menggenggam sebatang jerami yang dipatah dua. Setiap kali Imam Malik menyampaikan hadis, dia menunduk dan mencalit tanda ringkas di tapak tangannya menggunakan jerami yang dicelup dengan […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Setiap hari Jumaat, umat Islam di seluruh dunia dianjurkan membaca Surah al-Kahfi sebagai benteng kekuatan rohani dan perlindungan akidah. Namun di sebalik fungsinya yang bersifat spiritual, surah ini sebenarnya mengandungi kerangka nilai yang sangat signifikan untuk pembinaan dasar ekonomi dan tadbir urus awam. Al-Quran menegaskan bahawa para rasul diutus bersama kitab dan neraca […]
- Kolum
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SAUDARA PENGARANG Di kebanyakan bandar moden, merpati sering hadir sebagai latar belakang kehidupan harian yang jarang diberi perhatian. Burung ini berlegar di dataran awam, stesen pengangkutan, kawasan perniagaan dan bangunan tinggi, berkongsi ruang yang sama dengan manusia. Namun, kehadirannya lebih kerap dianggap sebagai gangguan yang dikaitkan dengan kekotoran, penyakit dan kesesakan. Persepsi ini mendedahkan satu […]
Iklan/Banner