- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) giat menggalakkan pelaburan dalam industri unsur nadir bumi (REE) bagi segmen pertengahan dan hiliran bagi memastikan nilai tambah berlaku di Malaysia. MITI menjelaskan kalangan syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran di peringkat pertengahan dan hiliran REE layak dipertimbangkan insentif mengikut Akta Penggalakan Pelaburan 1986, iaitu […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Seramai 860,016 individu bekerja sendiri mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), setakat November lalu. Jumlah ini merangkumi mereka yang terlibat dalam sektor pengangkutan barangan dan makanan, perkhidmatan penumpang serta penjaja. Bagaimanapun menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, penyertaan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember– Rakan dagang atau pengimport berhak untuk memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MITI berkata ia setara dengan layanan yang diberikan dalam urusan perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember– Industri halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan sasaran Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 adalah untuk meningkatkan nilai industri halal Malaysia kepada RM231.1 bilion menjelang […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 8 Disember – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menutup laluan dan memasang papan tanda larangan serta amaran di kawasan terkesan hakisan dan mendapan berpunca daripada fenomena air pasang di Taman Gelora di sini. MBK dalam kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu bagi memastikan keselamatan orang awam dengan kerja pembersihan sisa sampah hanyut turut dilaksanakan. “Sebagai […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 8 Disember – Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang menukar haluan secara tiba-tiba di Jalan Ipoh–Lumut, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Penolong Pesuruhjaya Polis ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan, nahas yang berlaku kira-kira […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 8 Disember – Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan dengan mandat yang lebih luas untuk memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara. Perkara itu dipersetuju dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Negara (JKKTN) 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan cadangan itu merangkumi fungsi salah tadbiran, […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KANGAR, 8 Disember – Sebanyak 1,258.03 tan sisa banjir dikumpulkan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Rimba Mas di sini, melalui pelaksanaan pasukan khas operasi pembersihan pascabanjir yang melibatkan kerja pembersihan di 116 kawasan di Perlis dari 29 November lepas hingga semalam. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) hari ini memaklumkan pelaksanaan kerja pembersihan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Isu nasib Pegawai Farmasi lantikan kontrak mendapat perhatian di Dewan Negara. Senator, Lingeshwaran R. Arunasalam menggesa kerajaan mengaktifkan semula status ‘Calon Simpanan’ bagi kumpulan berkenaan serta-merta. Langkah itu penting bagi memastikan proses pelantikan tetap dapat dipercepatkan sebelum kontrak mereka berakhir tahun hadapan. Menerusi pengambilan Julai tahun lalu, seramai 1,330 Pegawai […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Panel Dialog Damai bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN), capai persetujuan untuk meneruskan Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang tergendala sejak Ogos tahun lalu. Menurut Fasilitator Kerajaan Malaysia, Datuk Mohd Rabin Basir, kedua-dua pihak bersetuju menambah baik kerangka perdamaian sedia ada. Usaha tersebut […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata kekukuhan ringgit berbanding dolar AS turut memberi kesan kepada sentimen pasaran. Pada pukul 6.00 petang, ringgit hampir tidak berubah kepada 4.1100/1145 berbanding […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup rendah hari ini ketika sentimen pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 9-10 Disember ini. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.74 mata atau 0.23 peratus kepada 1,612.78 […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kerajaan Persekutuan menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion pada Disember ini bagi mempercepat pembayaran tertunggak, terutama kepada syarikat kecil dan sederhana (PKS). Menurut penganalisis ekonomi yang juga Pengarah Program MBA Putra Business School, Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, langkah segera kerajaan adalah bertujuan meringankan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, meskipun terdapat isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen bertambah baik susulan jangkaan bahawa Eropah mungkin memperkenalkan dasar bagi menyokong sektor automotifnya, sekali gus mengukuhkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Lebih mudah tunai dalam sistem konvensional jatuh kepada RM41.40 bilion berbanding RM45.02 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam tidak berubah pada RM24.40 […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 8 Disember – Syarikat Batik Air memperluas rangkaian penerbangan domestiknya dengan pembukaan laluan baharu Ipoh–Singapura, hari ini. Pembukaan laluan itu mencerminkan keyakinan syarikat berkenaan terhadap potensi sektor pelancongan yang semakin berkembang di Perak. Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata pelaksanaan laluan berkenaan turut menandakan satu lagi kejayaan dalam […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Malaysia merekodkan lebih RM33 bilion nilai eksport getah dan produk berasaskan getah setiap tahun, didorong oleh kekuatan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibangunkan Lembaga Getah Malaysia (LGM). Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata negara mengimport purata RM7.5 bilion getah asli setahun hasil keupayaan teknologi pemprosesan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kerjasama erat komuniti perniagaan Muslim global kini penting untuk memperkukuh ekonomi Islam dan menjadikan umat Islam sebagai pemain utama pasaran. Presiden Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF), Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther, menegaskan komuniti perniagaan Muslim mempunyai kekuatan besar, dengan hampir dua bilion penduduk serta pengaruh ekonomi terus berkembang di seluruh […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Lebih banyak syarikat multinasional (MNC) dan pelabur domestik disaran memanfaatkan ekosistem industri yang ditawarkan Selangor. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata projek kerjasama antara Sime Darby Property Berhad dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan langkah strategik memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab logistik terkemuka di rantau ASEAN serta […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Dagangan sulung BMS Holdings Bhd di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dibuka lebih rendah pada 19.5 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 22 sen sesaham ketika disenaraikan hari ini. Hampir 26 juta saham syarikat pengedar bahan binaan berpangkalan di Johor itu didagangkan setakat 9.03 pagi, menunjukkan minat pasaran yang […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang calon yang bertanding semasa pemilihan PKR Mei lepas mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan beliau menerima rasuah daripada mana-mana kontraktor atau pihak lain. Sumber SPRM memaklumkan hasil keseluruhan siasatan mendapati semua sumber kewangan bagi pembelian aset yang dilakukan individu berkenaan adalah daripada […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 8 Disember – Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) direman empat hari bermula semalam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan ‘Pasport Terbang’ di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Insiden itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika pegawai terbabit diperiksa Unit Integriti AKPS di Kaunter MyBorderPass semasa menjalankan pemantauan. AKPS dalam kenyataan memaklumkan, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga India dalam satu operasi khas yang digerakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 serta sebuah kediaman di Jalan Kuching, semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan memaklumkan, lelaki tempatan itu dicekup di kaunter […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 8 Disember – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan wang ganti rugi berjumlah lebih RM31 juta yang diterima oleh pastor Raymond Koh didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah. Peguam Datuk Jerald Gomez, yang mewakili isteri Koh iaitu Susanna Liew Sow Yoke, berkata Hakim Su Tiang Joo membuat keputusan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KENINGAU, 8 Disember – Seorang remaja maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau bakakuk ketika sedang bermain bersama rakannya di sini pada pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dan suspek, kedua-duanya berusia 14 tahun sedang bermain di hadapan sebuah rumah tidak bernombor. Ketika […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 8 Disember – Seorang wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada Ogos lepas, akan memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. Peguam Zulzarif Zakuan yang mewakili tertuduh Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41 tahun, mengesahkan perkara itu selepas sebutan kes yang turut dihadiri Timbalan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 8 Disember – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah RM400,000 dalam projek penternakan lembu pedaging Kerajaan Negeri Kedah lima tahun lepas. Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin. Bapa […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGAI PETANI, 8 Disember – Seorang individu berusia 30-an ditahan selepas disyaki mengugut jirannya menggunakan senjata api. Tindakan suspek terhadap warga emas berkenaan, dilakukan di sebuah taman perumahan di Bandar Laguna Merbok, di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan ketika mengesahkan kes berkenaan memaklumkan, suspek telah ditahan. “Polis menerima laporan mengenai kes berkenaan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) pada Sabtu (6 Disember) daripada ahli keluarga salah seorang suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka. CD berkenaan dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian berlaku. Terdahulu, pada 3 Disember lalu, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 7 Disember – Seorang warga emas berusia 60 tahun ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan mencuri arus elektrik bagi perlombongan bitcoin di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab ketika mengesahkan penahanan itu berkata serbuan dijalankan sepasukan anggota polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHANGHAI, 8 Disember – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin secara rasmi memulakan operasi pusat serantaunya di Shanghai, China, dengan ahli ekonomi IMF, Johannes Wiegand, dilantik sebagai pengarah pusat tersebut. Menurut kenyataan IMF, penubuhan IMF Shanghai Center sebagai salah satu daripada rangkaian pusat serantau di seluruh dunia dijangka memperkukuh penglibatan organisasi itu dengan negara-negara di […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ATHENS, 8 Disember – Pasukan pengawal pantai Greece pada Isnin meneruskan operasi mencari 15 individu yang dilaporkan terjatuh ke laut daripada sebuah bot migran yang ditemui hanyut berhampiran pesisir Crete dengan 17 mayat di dalamnya. Kesemua mangsa yang maut adalah lelaki, ditemukan pada Sabtu di dalam bot yang dimasuki air kira-kira 26 batu nautika (48 […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BAITULMUQADIS, 8 Disember -Polis Israel pada Isnin menyerbu ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) yang telah ditutup di kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi (AA). Kompleks itu berfungsi sebagai pejabat UNRWA sejak 1951, namun agensi berkenaan mengosongkannya awal tahun ini susulan keputusan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 8 Disember -Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Isnin mengesahkan penemuan satu strain baharu virus mpox di England. Ia dikesan terhadap seorang individu yang baru pulang dari Asia. “Kemampuan ujian genomik kami membolehkan kami mengesan strain mpox baharu ini,” kata Katy Sinka daripada UKHSA, agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawal penularan penyakit berjangkit. UKHSA memaklumkan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JAKARTA, 8 Disember -Kawasan yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Indonesia terus berdepan kekurangan makanan serta bekalan perubatan. Pasukan penyelamat kini bergelut membantu mangsa dan gajah turut dikerahkan pada Isnin untuk membersihkan runtuhan. “Segalanya tidak mencukupi, terutama tenaga perubatan. Kami kekurangan doktor,” kata Gabenor Aceh, Muzakir Manaf, kepada media lewat Ahad. Di Pidie […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BEIJING, 8 Disember -Malaysia Airlines diarah membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang pesawat MH370. Perintah itu dikeluarkan sebuah mahkamah di Beijing pada Isnin, lebih sedekad selepas pesawat itu hilang. Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 47 lagi saman telah ditarik balik selepas keluarga terlibat mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Menurut mahkamah, pampasan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
GENEVA, 8 Disember -Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu agar gencatan senjata segera dilaksanakan. Dalam serangan ke atas sebuah hospital di Sudan Selatan Kordofan pada Khamis lalu, sekurang-kurangnya 114 orang termasuk 63 kanak-kanak, terbunuh. Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, serangan berulang itu mengakibatkan sebuah tadika diserang dan sekurang-kurangnya tiga kali menghentam Hospital Luar […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PERANCIS, 8 Disember -Perancis pada Isnin menyerahkan rangka dinosaur berusia 70 juta tahun kepada Mongolia selepas fosil itu, yang dipercayai telah diseludup dari Gurun Gobi, dirampas oleh kastam Perancis. Fosil Tarbosaurus baatar yang dianggap sebagai “sangat jarang” telah dirampas oleh pihak berkuasa Perancis pada tahun 2015. Menteri Akaun Awam, Amélie de Montchalin, dijangka menyerahkan rangka […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUMATERA, 8 Disember -Lebih 51.82 trilion rupiah (AS$3.11 bilion) diperlukan untuk membaik pulih kawasan yang musnah akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera minggu lalu. Jumlah itu diumumkan kerajaan Indonesia selepas tinjauan awal mendapati kemusnahan besar-besaran berlaku di tiga wilayah iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat. Angka sebenar juga dijangka meningkat apabila penilaian diteruskan. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 8 Disember -Thailand melancarkan serangan udara ke atas Kemboja pada Isnin, menurut tentera Thailand. Serangan itu dilakukan selepas seorang anggota tentera Thai terbunuh dan lapan cedera selepas diserang tentera Kemboja berhampiran sempadan, menurut Jurucakap tentera Thai, Winthai Suvaree. Tentera kedua-dua negara melaporkan satu pertempuran kecil pada Ahad yang mencederakan dua anggota tentera Thai. “Kuasa […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SANT JOAN DESPI, 8 Disember – Ketua jurulatih Barcelona, Hansi Flick pada Isnin menegaskan bahawa pasukannya perlu mempamerkan antara prestasi terbaik musim ini bagi mengatasi cabaran Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Juara-Juara. Flick turut memaklumkan bahawa penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen berkemungkinan kembali beraksi selepas masih belum membuat penampilan musim ini. Pemain Jerman itu menjalani […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LIVERPOOL, 8 Disember – Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah kembali berlatih bersama skuad The Reds pada Isnin menjelang aksi penting Liga Juara-Juara menentang Inter Milan, namun laporan media Britain menyatakan bahawa beliau tidak dijangka disenaraikan untuk perlawanan tersebut. Salah, 33, menyertai sesi latihan terakhir sebelum pasukan berlepas ke Itali bagi pertemuan di San Siro pada […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
THAILAND, 8 Disember – Skuad badminton lelaki negara menempah tempat ke pentas akhir acara berpasukan selepas menundukkan tuan rumah, Thailand 3-1 dalam aksi separuh akhir di Gimnasium Thammasat Rangsit, hari ini. Kemenangan itu membuka peluang Malaysia menamatkan penantian 20 tahun untuk menghadiahkan pingat emas berpasukan lelaki, selepas kali terakhir muncul juara pada edisi 2005 di […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
THAILAND, 8 Disember – Peluang skuad bola sepak wanita negara untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2025 hampir tertutup selepas tewas 0-3 kepada Myanmar dalam aksi kedua Kumpulan B di Stadium TNSU, hari ini. Kekalahan itu meletakkan Malaysia dalam situasi sukar, dan peluang mereka akan terpadam sepenuhnya sekiranya juara bertahan Vietnam menewaskan Filipina dalam […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TAMANIQUE, 8 Disember – Juara rasmi Kejohanan Dunia Downhill Skateboarding 2025 telah dinobatkan selepas aksi akhir yang mendebarkan di Tamanique, El Salvador, pada Ahad. Hari terakhir pertandingan menyaksikan aksi yang cukup spektakular, menarik perhatian peminat sukan ekstrem dari seluruh dunia. Dalam kategori Women’s Inline, atlet Colombia menguasai podium sepenuhnya dengan Alef Torres menamatkan perlumbaan di […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR, 8 Disember – Kelebihan beraksi di laman sendiri wajar dimanfaatkan sebaiknya oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE) menentang Shanghai Port FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok. Seandainya JDT berjaya meraih tiga mata penuh dalam aksi tersebut maka kedudukan skuad Harimau Selatan dalam Kumpulan A ACLE boleh dianggap selesa […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BUENOS AIRES, 8 Disember – Racing Club melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Clausura Argentina selepas menewaskan Boca Juniors 1-0 dalam pertembungan sengit di La Bombonera, hasil jaringan tunggal Adrián Martínez pada babak kedua. Beraksi di hadapan kira-kira 57,000 penyokong, Boca Juniors tampak bergelut menentang gaya permainan fizikal serta tekanan tinggi yang dipamerkan Racing, sekali gus […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MADRID, 8 Disember – Real Madrid dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada Celta Vigo dalam aksi LaLiga di Estadio Santiago Bernabéu, sekali gus menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain dan tercicir empat mata di belakang pendahulu, Barcelona. Pemain gantian Williot Swedberg mencuri tumpuan dengan jaringan tumit pada minit ke-53 sebelum menambah gol kedua pada masa kecederaan bagi […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGAI BULOH, 8 Disember – Ragbi Malaysia (MR) bertekad merampas semula pingat emas acara tujuh sebelah (7s) lelaki yang pernah dimenangi sewaktu edisi 2017, apabila turun beraksi pada Sukan SEA Thailand 2025. Presidennya, Amir Amri berkata, pasukan mampu meraih kecemerlangan selepas menilai persiapan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan skuad kebangsaan sebelum ini. “Selepas kami mengadakan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 8 Disember – Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Tottenham Hotspur akan bertemu buat kali pertama di luar England apabila dijadual beraksi dalam jelajah pramusim di Sydney tahun depan. Spurs dan The Blues akan beraksi pada 1 Ogos tahun depan di Olympic Stadium. Dua kelab tersebut juga telah mengesahkan aksi untuk saingan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pelaksanaan kerangka Malaysia MADANI, perpaduan kekal menjadi teras pembinaan negara bangsa. Dalam mendepani cabaran sosial, ekonomi dan politik, nilai-nilai Rukun Negara terus dijadikan kompas dalam mengukuhkan identiti negara. Laporan oleh Faras Haireen Abdul Jalil.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dasar ‘Healing Meets Hospitality’ Pulau Pinang terus memacu sektor Pelancongan Perubatan ke tahap global. Pulau Pinang kini menawarkan lebih daripada rawatan klinikal bertaraf dunia untuk bersaing sebagai Hab Kesihatan Asean. Ikuti laporan Hamizah Mansor.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI telah memperlihatkan hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara yang semakin jelas. Iltizam ini diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif yang dirangka secara menyeluruh, sekali gus memastikan TVET kekal relevan dengan tuntutan industri dan keperluan ekonomi negara. Laporan disediakan oleh Izzah Zulkifle.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Program yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, menjadi cerminan komitmen kerajaan yang sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi rakyat. Laporan Fatin Aqila Nor Azli.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya memperkukuh hubungan diplomatik dengan cemerlang dan luar biasa. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan dunia. Laporan oleh Tunisa Dharsini Suresh.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.
Iklan/Banner