Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Pakej Berita
5,000 pengunjung hadiri Malaysiaku Berselawat di Putrajaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 5 Disember – Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri Program Malaysiaku Berselawat bersempena dengan penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berlangsung meriah di Dataran Putrajaya di sini, malam tadi. Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bawah Segmen Ukhuwah Rakyat MADANI itu mendapat sambutan daripada masyarakat yang bersama-sama mengalunkan selawat sebagai tanda cinta kepada Nabi […]

PM lancar SPINE perkukuh integriti, tadbir urus sektor awam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 5 Disember – Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) dilancarkan bertujuan memperkukuh ekosistem integriti, mempertingkat tadbir urus, dan memerangi rasuah dalam sektor awam melalui penilaian kendiri organisasi atau Integrity Health Check. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menawarkan pendekatan komprehensif berasaskan data bagi mengenal pasti jurang kelemahan, melaksanakan intervensi pembetulan, dan memberikan […]

27 PPS masih beroperasi di empat negeri terjejas banjir
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Perkembangan banjir di Perak, Selangor, Perlis dan Pahang semakin pulih setakat malam ini, dengan 27 Pusat Pemindahan Sementara, (PPS) masih beroperasi yang menempatkan 1,848 penduduk terjejas banjir daripada 536 keluarga. Menurut kemaskini Portal Infobencana JKM, setakat 9.30 malam, di Perak 1,459 penduduk terjejas masih berlindung di 11 PPS yang masih […]

Pertimbang wujud kod etika pempengaruh media sosial – Fahmi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 5 Disember – Kementerian Komunikasi sedia meneliti cadangan mewujudkan kod etika bagi pempengaruh media sosial. Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan pakar berkenaan bagi memahami secara menyeluruh rasional, cadangan serta implikasi terhadap ekosistem komunikasi negara. Cadangan kod etika berkenaan dikemukakan oleh pakar perang saraf dan penganalisis keselamatan serta politik, Dr. […]

Persiapan hadapi Monsun Timur Laut, dipertingkat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 5 Disember – Masyarakat diingatkan membuat persediaan awal serta berwaspada menghadapi Monsun Timur Laut, (MTL), susulan amaran hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga 8 Disember ini melibatkan beberapa negeri. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI memberitahu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah memberi taklimat mengenai kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana […]

Penjawat awam Negeri Sembilan bakal terima Bantuan Khas Kewangan maksimum tiga bulan gaji
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEREMBAN, 5 Disember – Lebih 6,000 penjawat awam Negeri Sembilan bakal menerima Bantuan Khas Kewangan, (BKK) maksimum tiga bulan gaji dan minimum dua bulan gaji, tahun depan. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pemberian itu merupakan antara insentif tertinggi pernah diberikan setakat ini. “BKK berdasarkan prestasi terhad kepada maksimum tiga bulan gaji dan minimum […]

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2026 berjumlah RM640 juta
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SEREMBAN, 5 Disember – Kerajaan Negeri Sembilan membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM640 juta dengan anggaran hasil RM610 juta. Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia sekali gus menjadikan belanjawan kali ini defisit sebanyak RM30 juta. “Sukacita saya umumkan, 23 inisiatif baharu akan diperkenalkan, dan 46 […]

Tujuh individu masih berlindung di satu PPS di Pahang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUANTAN, 5 Disember – Hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Pahang membabitkan daerah Kuantan. Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 7.30 malam tadi, PPS Sekolah Menengah (SM) Pendidikan Khas Vokasional Kuantan menempatkan tujuh individu terdiri daripada sebuah keluarga terjejas. Jumlah itu berkurang berbanding 14 individu setakat pukul 4.30 […]

Jemaah Menteri zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Bung Moktar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 5 Disember – Jemaah Menteri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, empat anggota Kabinet mewakili Jemaah Menteri telah menziarahi keluarga dan menghadiri pengebumian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar di Sabah. “Anggota Jemaah Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid […]

Generasi muda harus juarai perubahan, budayakan antirasuah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 5 Disember – Generasi muda diseru untuk terus menjuarai perubahan arus perdana serta membudayakan sikap antirasuah dalam kehidupan harian. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu mampu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan etika serta menanam nilai-nilai murni berintegriti tinggi. “Bersihkan diri, bersihkan fizikal, bersihkan pemikiran dan jiwa daripada sifat kotor seperti hasad, […]

Geohan sasar peluasan ke Singapura selepas penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Syarikat geoteknik dan kerja-kerja asas, Geohan Corporation Bhd bersedia untuk memperluaskan operasinya ke Singapura susulan penampilan sulungnya di pasaran utama, Bursa Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Kewangannya, Low Kok Din, kumpulan itu telah merangka pelan hala tuju yang jelas bagi mengukuhkan kehadirannya di peringkat serantau demi pertumbuhan masa hadapan. ”Kami mensasarkan […]

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street dan sentimen berhati-hati
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street susulan pendirian pelabur yang berhati-hati menjelang pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah negara maju itu pada minggu depan. Pada jam 9.10 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.70 […]

Niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember -Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi awal hari ini. Pada 9.19 pagi ini, kontrak Disember 2025, Januari 2026, Februari 2026 dan Mac 2026 kekal pada 96.45. Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka pula adalah sifar. – BERNAMA

Ringgit terus mengukuh, dibuka cecah RM4.10 berbanding dolar AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meneruskan momentum pengukuhan sekitar RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan keadaan fiskal lebih baik yang mendorong sentimen pelabur terhadap mata wang berkenaan. Pada jam 8 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.1065/1155 berbanding 4.1115/1165, semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, […]

Tengku Zafrul fokus perkukuh transformasi MIDA, mantapkan tarikan pelaburan Malaysia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pengerusi baharu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan fokus utamanya adalah memastikan agenda transformasi agensi itu berjalan lancar serta terus diperkukuhkan bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti ke Malaysia. Menurutnya, pelantikan sebagai Pengerusi MIDA memberi beliau peluang untuk meneruskan kesinambungan peranannya sebelum ini, […]

Saga MC3 catat lebih 30,000 tempahan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menjangkakan model terbaru, Proton Saga MC3 bakal peneraju segmen A dalam pasaran ASEAN, tahun hadapan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, model terbaru itu mencatatkan lebih 30,000 tempahan sejak pelancarannya minggu lepas. “Proton e.MAS 5 pula menjadi EV mampu milik pertama di Malaysia […]

Gaji bakat digital dijangka naik 10.8% pada 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Gaji bakat digital dijangka meningkat 10.81 peratus pada 2026, disokong pelaburan industri yang lebih tinggi dalam kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, keselamatan siber dan sistem berasaskan data. Pengerusi Penyelidikan Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM), Woon Tai Hai berkata, jangkaan lonjakan gaji itu berikutan usaha majikan yang semakin giat mendapatkan bakat […]

Penyenaraian PSP Energy, perkukuh hab bunkering
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Syarikat pedagang dan pengedar bahan api dan pelincir, PSP Energy Bhd memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE pada 16 sen sesaham, tidak berubah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO). Melalui penyenaraiannya, RM34.2 juta berjaya diraih melibatkan 213.80 juta saham baharu. Pengarah urusan kumpulan, Ong Chee Seng berkata daripada jumlah itu, […]

Bank Dunia, ADB umum dua projek pertama bawah kerangka FMRF
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Kumpulan Bank Dunia dan Asian Development Bank (ADB) mengumumkan pelaksanaan dua projek pertama di bawah Full Mutual Reliance Framework (FMRF), satu kerangka kerjasama pembangunan baharu yang bertujuan mempercepatkan pelaksanaan projek serta meningkatkan keberkesanan impak di rantau Asia Pasifik. Presiden Kumpulan Bank Dunia, Ajay Banga berkata FMRF direka khusus bagi membantu […]

BNM rangka pelan jangka panjang kurangkan pegangan saham dalam PayNet
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bank Negara Malaysia (BNM) sedang merangka pelan jangka panjang bagi mengurangkan pegangan sahamnya dalam Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) secara berperingkat. Kementerian Kewangan (MOF) berkata langkah itu selaras dengan aspirasi BNM untuk meningkatkan daya saing pasaran serta memperkukuh kepimpinan industri dalam ekosistem pembayaran digital negara. “Dalam melaksanakan pelan ini, […]

30 remaja mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]

Inkues Zara Qairina: Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 5 Disember – Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Asni Marjan, 56, berkata, akibat kecaman […]

Sindiket edar dadah RM13.8 juta tumpas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 5 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di Selangor dan Perak. Serbuan berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta menyita enam kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13.9 juta. Pengarah JSJN , Datuk Hussien Omar Khan berkata, turut ditahan enam suspek termasuk […]

Albert Tei, Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah pertuduhan rasuah RM64,924
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 5 Disember – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM64,924. Albert, 37 tahun dan Shamsul Iskandar, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan […]

Imigresen Johor tahan 37 PATI dalam serbuan di Pontian, Johor Bahru
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 5 Disember -Jabatan Imigresen Johor memberkas 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuah yang dijalankan di Pontian serta Johor Bahru pada Rabu lalu. Serbuan memfokuskan kawasan penempatan asing, premis perniagaan dan tempat awam. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata, tangkapan melibatkan 11 PATI warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak. “Selain […]

Albert Tei dikenakan empat pertuduhan beri suapan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR 4 Disember – Ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, 37 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Suapan tersebut didakwa bertujuan mendapatkan bantuan bagi kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Tertuduh bagaimanapun mengaku […]

Guru mengaku tidak bersalah tuduhan cubaan bunuh isteri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BALIK PULAU, 4 Disember – Seorang guru mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh isteri, pada Ogos lepas, di Sungai Ara. Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30 tahun, membuat pengakuan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin. Tertuduh didakwa cuba membunuh Hanis Sofea Hamdan, 28 tahun, menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Taman […]

Rakam wanita dalam tandas, lelaki didenda RM4,000
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Seorang pemuda berusia 24 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah merakam seorang wanita di dalam bilik air sebuah pasar raya. Tertuduh, Muhammad Syahmi Mat Ros, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffa Nabillah Mohd Ishak mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan […]

Shamsul Iskandar didakwa rasuah RM176,829.03 berkaitan lesen mineral Sabah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin, 50, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan satu persatu di […]

Shamsul Iskandar, Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung pertuduhan rasuah. Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Shamsul Iskandar, 50, dan Tei, 37, akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi. […]

Tarif jejas hampir 20% import global – WTO
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SWITZERLAND, 5 Disember – Hampir satu perlima atau 19.7 peratus daripada import dunia kini terjejas oleh pelaksanaan tarif dan sekatan seumpamanya berbanding hanya 12.6 peratus setahun lalu, menurut laporan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang dikeluarkan minggu ini. Laporan itu menunjukkan, nilai import barangan global yang terjejas oleh pelaksanaan tarif baharu dan langkah-langkah import lain meningkat […]

Trump puji Infantino menjelang undian Piala Dunia 2026
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 5 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memuji Presiden FIFA, Gianni Infantino, sebagai “pemimpin hebat” pada Khamis (waktu tempatan), sehari sebelum majlis undian Piala Dunia 2026 yang dijadualkan berlangsung di sini. Infantino, yang kini memasuki penganjuran Piala Dunia ketiganya, menerima kritikan hebat kebelakangan ini kerana dianggap terlalu rapat dengan Trump, yang pentadbirannya […]

UNSC digesa desak Israel patuhi gencatan senjata
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BEIRUT, 5 Disember – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) digesa untuk mendesak Israel agar melaksanakan perjanjian gencatan senjata dan mematuhi resolusi antarabangsa. Gesaan dibuat oleh Presiden Lubnan, Joseph Aoun dalam pertemuan dengan delegasi duta Majlis Keselamatan PBB yang mengunjungi negara itu, menurut kenyataan pejabat presiden. Dalam pertemuan itu, Aoun turut menegaskan komitmen Lubnan untuk […]

Angka korban di Gaza meningkat kepada 70,125
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GAZA, 5 Disember – Sekurang-kurangnya 70,125 rakyat Palestin terbunuh dan 171,015 lagi cedera sejak pusingan terbaharu konflik Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza dalam satu kenyataan. Walaupun gencatan senjata antara kedua-dua pihak berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu, namun jumlah kematian terus meningkat apabila Israel masih meneruskan […]

Banjir Sumatera: Operasi menyelamat, bantuan bencana dipergiat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SUMATERA, 5 Disember – Operasi menyelamat dan bantuan bencana secara besar-besaran sedang dijalankan di wilayah Agam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia, susulan banjir besar dan tanah runtuh yang berlaku pada minggu lalu. Menurut data rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), bencana dahsyat itu setakat ini telah mengorbankan 836 orang, manakala lebih […]

Jepun pantau rapat aktiviti ketenteraan China
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 5 Disember – Jepun menyuarakan kebimbangan berhubung aktiviti ketenteraan China di rantau ini. Ia susulan laporan agensi berita Reuters bahawa Beijing telah menempatkan sejumlah besar kapal di perairan Asia Timur pada minggu ini dalam demonstrasi kekuatan maritim terbesar negara itu, setakat ini. Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi ketika ditanya mengenai aktiviti China di Laut […]

Dua maut akibat banjir, tanah runtuh di Vietnam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

LAM DONG, 5 Disember – Vietnam dilanda hujan lebat sehingga mencetuskan banjir yang meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan mengakibatkan puluhan kejadian tanah runtuh. Saluran berita Voice of Vietnam melaporkan, kawasan di bahagian selatan-tengah Vietnam dilanda hujan lebat selama berminggu-minggu, menenggelamkan ratusan ribu kediaman di kawasan tumpuan pelancongan pesisiran pantai, selain menyebabkan tanah runtuh di kawasan […]

Tentera Laut Colombia rampas 4.5 tan kokain di Caribbean
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

COVENAS, 5 Disember -Tentera Laut Colombia merampas 4.5 tan kokain dalam satu operasi besar di perairan Caribbean, sekali gus menjejaskan rangkaian pengedaran dadah bernilai lebih AS$216 juta. Rampasan dibuat kira-kira 80 batu nautika dari Teluk Morrosquillo selepas pasukan risikan mengesan sebuah bot laju yang dipercayai dalam perjalanan ke Honduras. Bot tersebut berjaya ditahan, sebelum pihak […]

Jinping iringi Macron ke Empangan Dujiangyan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

CHENGDU, 5 Disember -Presiden China, Xi Jinping, hari ini mengiringi Presiden Perancis, Emmanuel Macron, ke Empangan Dujiangyan di Chengdu. Ia sebahagian daripada lawatan kerja Macron ke China bagi memperkukuh kerjasama dua hala dan hubungan China–EU. Macron hadir bersama isterinya, Brigitte Macron, manakala Xi turut ditemani isterinya, Peng Liyuan. Lawatan luar Beijing seperti ini jarang diberikan […]

Modi terima kunjungan Putin di New Delhi, kerjasama pertahanan dan perdagangan jadi fokus
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NEW DELHI, 5 Disember -India menjadi tuan rumah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang tiba di New Delhi untuk menghadiri sidang kemuncak bersama Perdana Menteri, Narendra Modi. Putin disambut mesra oleh Modi di lapangan terbang sebelum kedua-duanya menuju ke jamuan peribadi, menandakan hubungan rapat antara dua pemimpin itu. Ini adalah lawatan pertama Putin ke India […]

Sukan SEA 2025: Malayan Tigress tewas kepada Vietnam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

THAILAND, 5 Disember – Skuad bola sepak wanita negara memulakan kempen Kumpulan B Sukan SEA 2025 dengan langkah kiri selepas tewas 0-7 kepada juara bertahan, Vietnam, di Stadium Chonburi sebentar tadi. Vietnam yang juga juara lapan kali itu, tidak menunggu lama untuk menguasai perlawanan apabila Pham Hai Yen membuka jaringan seawal minit keempat, sebelum Nguyen […]

Malaysia pilih September bagi penganjuran Sukan SEA 2027
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 5 Disember – Malaysia akan menganjurkan Sukan SEA 2027 dari 18 hingga 29 September, melibatkan empat negeri iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur, dengan 38 jenis sukan dipertandingkan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan pemilihan tarikh temasya itu telah mengambil kira musim cuti universiti serta keadaan cuaca yang masih stabil, sebelum […]

Nafuzi mahu tiga mata lawan Laos
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain, menyeru pemainnya memanfaatkan segala peluang bagi mengutip tiga mata penuh apabila menentang Laos pada aksi Kumpulan B Sukan SEA 2025 di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu (6 November 2025). Nafuzi menegaskan Harimau Muda perlu mempamerkan prestasi yang terbaik kerana perlawanan […]

Skuad boling wanita raih perak di kejohanan dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Skuad boling negara menambah satu lagi pingat perak dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Boling Dunia di Hong Kong, hari ini. Pasukan wanita dibarisi Sin Li Jane, Gillian Lim, Natasha Roslan, Nora Lyana Nastasia Norakmal, Adelia Nur Irwan Syazalee dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman. Pada aksi akhir, skuad negara terpaksa […]

Messi kukuhkan kedudukan bola sepak dalam pasaran sukan AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 5 Disember – Ketibaan pemain elit seperti Lionel Messi telah membantu mengukuhkan kedudukan bola sepak dalam pasaran sukan Amerika Syarikat (AS) yang sangat kompetitif, kata Pesuruhjaya Major League Soccer (MLS), Don Garber. Menurut Garber, bola sepak sudah lama bergelut untuk menarik perhatian dalam landskap sukan AS, yang dikuasai besbol dan bola keranjang. Garber berkata […]

Obor Olimpik Musim Sejuk 2026 dinyalakan di Istana Presiden Itali
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ROM, 5 Disember – Obor Olimpik bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina 2026 dinyalakan di dataran Istana Presiden Itali, Quirinale, pada pagi Jumaat (waktu tempatan), sebelum memulakan jelajahnya merentasi seluruh negara. Obor berkenaan, yang dinyalakan bulan lalu di Olympia,Greece, telah diserahkan kepada penganjur Itali dalam satu majlis di Athens awal minggu ini. Sebuah pelita khas […]

Regatta Bintulu 2025 tarik penyertaan 17 pasukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BINTULU, 5 Disember – 17 pasukan perahu kayuh dari seluruh Sarawak mengambil bahagian dalam Regatta Bintulu 2025 yang berlangsung di Tebingan Bintulu, bermula hari ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, regatta anjuran Pejabat Daerah Bintulu dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), mampu jadi tarikan pelancong sekali gus merancakkan ekonomi […]

Pearly-Thinaah janji pamer aksi terbaik di Sukan SEA Thailand 2025
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Pemain badminton beregu wanita negara, M. Thinaah dan gandingannya Pearly Tan, teruja serta bersemangat untuk membuat penampilan sulung pada Sukan SEA 2025 di Thailand, yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini. Thinaah berkata mereka berdua komited untuk mempamerkan aksi terbaik demi membawa pulang kejayaan kepada Malaysia dalam temasya […]

Sukan SEA 2025, PSM sasar dua emas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menetapkan sasaran tinggi apabila mahu skuad lelaki negara memecahkan dominasi Thailand dalam misi memburu dua pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand dari 9 hingga 20 Disember. Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata rekod terdahulu membuktikan Malaysia berupaya menumbangkan musuh tradisi itu dalam kejohanan besar […]

Sukan SEA 2025: Skuad petanque yakin sumbang pingat emas di Thailand
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Skuad Petanque negara menyatakan keyakinan tinggi untuk membawa pulang empat pingat pada Sukan SEA 2025 di Thailand, selaras dengan sasaran yang diumumkan oleh Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF), baru-baru ini. Ketua jurulatihnya, Nasir Mohd Noor, berkata pasukan negara berada pada prestasi terbaik dan mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat emas […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]

Andmesh kembali dengan konsert ‘love story’ Februari depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]

Magika Studios tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu di Selangor
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 30 November  – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]

Stacy lancar single baharu ‘Mega Ching’
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]

‘Rock Legends Live At Saloma KL’ himpun legenda rock tanah air
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]

Tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI: Malaysia nikmati kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Pelbagai indikator kini menunjukkan Malaysia memasuki fasa lebih stabil, bukan sahaja dari segi politik, malah juga ekonomi digital, pelaburan dan perdagangan. Malaysia menikmati kestabilan politik yang menjadi tunjang utama pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan transformasi digital. Ikuti laporan disediakan Arif Abdul Rani sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI.

Program Rancakkan MADANI: Cerminan komitmen kerajaan kepada rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agenda Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkukuh melalui penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku. Program yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember, menjadi cerminan komitmen kerajaan yang sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi rakyat. Laporan Fatin Aqila Nor Azli.

Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia cemerlang di persada antarabangsa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Tiga tahun Kerajaan MADANI, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya memperkukuh hubungan diplomatik dengan cemerlang dan luar biasa. Ini dibuktikan menerusi kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan dunia. Laporan oleh Tunisa Dharsini Suresh.  

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah: Perkukuh agenda tangani kos sara hidup rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.

PRN Sabah ke-17: 389 calon hilang deposit
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

389 daripada 596 calon PRN Sabah ke-17 hilang deposit. Mereka gagal memperoleh undi minimum 1 per 8 atau 12.5% daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Analisis PRN Sabah: Mandat rakyat untuk pembangunan, politik lebih matang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.

Tahun Melawat Malaysia 2026: Tarikan siang & malam, KL destinasi “Studio Fotografi Terbuka”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Dari mural berwarna-warni hingga jambatan LED yang memancar cahaya, Kuala Lumpur kini muncul sebagai destinasi fotografi paling menyerlah. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bandar raya ini menawarkan gabungan sempurna antara warisan, budaya dan lampu malam yang memukau. Ikuti dalam Laporan Khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2026 Kuala Lumpur’ yang disedia wartawan Farzana Mohd Norsam.

Pembentangan RUU Antibuli: Langkah penting banteras buli secara holistic, berkesan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Sementara itu, Rang Undang-undang (RUU) Antibuli dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, esok. Ia langkah penting membanteras budaya buli yang makin meruncing, secara menyeluruh dan berkesan, khususnya di institusi pendidikan. Laporan, Sofea Nasron.  

Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) beroperasi 24 jam, tangani impak risiko bencana
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) atau BiGBen beroperasi 24 jam membuktikan keseriusan negara mengurangkan impak risiko bencana lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Laporan oleh Suriyana Radzlan.  

Jalan Sindumin-Melalia ubah wajah Jalan Sempadan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

Pernah digelar Jalan Bulan oleh penduduk kini bertukar menjadi laluan selamat dah moden. Transformasi Jalan Sindumin-Melalia membuka lebaran baharu kepada ribuan pengguna di sempadan Sabah-Sarawak. Ikuti laporan Raid Waffin Roszlan.   

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Hey there! Ask me anything!