- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan kekuatan dan masa depan negara bergantung kepada kualiti graduan muda, yang menjadi penentu kejayaan atau kegagalan negara pada masa hadapan. Seri Paduka Baginda dalam titah selaku Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengingatkan, graduan tidak boleh leka dalam menghadapi arus kemodenan dan perlu mengelakkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri di seluruh Melaka dan Johor hingga pukul 2 petang ini. MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Amaran dikeluarkan apabila terdapat […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Situasi banjir di tujuh negeri di Semenanjung menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah penduduk terjejas yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini. Di SELANGOR, jumlah penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS mencatatkan sedikit penurunan dengan 1,835 membabitkan 523 keluarga pagi ini berbanding 1,918 orang daripada 543 […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Lebih 400 pam air kini beroperasi di seluruh negara bagi mempercepat proses pengaliran air ketika menghadapi banjir. Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir. Ts. Hapida Ghazal berkata, pam yang diaktifkan termasuk rumah pam dan pam mudah alih. Jelas beliau, sebahagian pam mudah alih turut […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Penduduk terjejas banjir dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah. Ini bagi mengelakkan ancaman haiwan berbisa. Menurut Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus, kes melibatkan haiwan berbisa menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh bencana ini. “Apabila mereka pulang dari pusat […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KANGAR, 2 Disember -Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) melaksanakan Program Khidmat Masyarakat bagi membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas banjir di Perlis sejak 23 November lalu. Program awal melibatkan 26 rumah sekitar Kangar dan Padang Besar. Yang Dipertua MPKangar, Affendi Rajini Khan berkata, usaha itu disertai 30 pegawai dan kakitangan MPKangar bersama komuniti setempat. “Tumpuan diberikan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – DAP Sabah memutuskan untuk tidak mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah. Keputusan itu diambil Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Beliau berkata walaupun tidak berada dalam struktur kerajaan negeri, pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat di negeri itu dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat. “Pucuk pimpinan parti akan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KANGAR, 2 Disember – Situasi banjir di Perlis kian pulih dengan jumlah penduduk yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus berkurangan kepada 1,351 orang daripada 384 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini dengan 18 PPS ditutup dan hanya enam masih aktif. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai jumlah terkini hutang negara serta audit dalaman yang dilaksanakan terhadap pegawai-pegawai menteri. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syahredzan Johan (PH-Bangi) meminta Perdana Menteri menyatakan prinsip kerajaan dalam mengurangkan pinjaman baharu dan memperincikan strategi pembayaran hutang bagi menjamin hutang negara […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BATU KAWAN, 1 Disember – Media memainkan peranan penting dalam membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan Kempen Internet Selamat. Pengarah Penerangan Pulau Pinang Hazmiza Hussin berkata, bagi membantu menjayakan kempen tersebut, semua agensi media di negeri itu diberi penerangan, antaranya mengenai cara menangani kesan buruk yang berpunca daripada ledakan informasi tidak sahih. Buat […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.38 mata mewakili 0.45 peratus kepada 1,631.95 daripada paras 1,624.57 ketika ditutup pada Isnin. Indeks itu dibuka 2.50 mata […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap dan lateks diaktifkan bagi November 2025 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan memaklumkan, bagi getah sekerap, kadar IPG di Semenanjung ditetapkan pada lima sen sekilogram untuk 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 10 sen sekilogram untuk […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen menghindari risiko menguasai pasaran, dengan para pelabur beralih kepada logam berharga itu menjelang potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) penghujung bulan ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijadual berlangsung minggu depan. Kontrak bulan semerta Disember […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Bursa Malaysia memulakan bulan terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh apabila indeks utama naik 1.25 peratus ketika ditutup Isnin, didorong oleh aktiviti pemburuan saham murah yang kembali aktif dan pengimbangan semula portfolio hujung tahun oleh pelabur institusi. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 20.10 mata, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR , 1 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) telah meluluskan 5,297 lesen bagi pengoperasian sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Safinah Salleh. Menurut belliau, daripada jumlah itu, 3,522 merupakan pengecas arus ulang alik (AC), manakala 1,775 adalah pengecas pantas (DC). Jelasnya, pertumbuhan pemasangan pengecas DC kini meningkat lebih […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan, selepas peranannya di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berakhir. Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau bakal ditempatkan dalam satu kapasiti baharu. Keputusan mengenai peranan baharunya itu dijangka dimaklumkan esok. “Seperti yang […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Pengendali rangkaian mudah alih terbesar negara, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menerima peruntukan spektrum daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi jalur frekuensi 1800MHz dan 2600MHz, berkuat kuasa pada 30 November 2025. Syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataannya memaklumkan, tempoh peruntukan bagi jalur 1800MHz akan berkuatkuasa sehingga 30 Jun 2032, manakala jalur […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E yang dilancarkan hari ini dijangka menjadi pemangkin baharu dalam pembangunan industri automotif negara, selain membuka peluang lebih luas untuk mengeksport kenderaan elektrik buatan tempatan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembangunan QV-E dijalankan sepenuhnya oleh Perodua sendiri, membolehkan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih selama dua minggu berturut-turut sebanyak RM356.4 juta di Bursa Malaysia, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB). Bank pelaburan itu menerusi Laporan Aliran Dana bagi minggu itu berkata, trend sama turut dipamerkan peruncit tempatan turut merekodkan pembelian bersih untuk minggu kedua berturut-turut sebanyak RM128.4 juta. […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan sekutunya, OPEC+ memutuskan untuk menghentikan kenaikan pengeluaran minyak pada Januari, Februari dan Mac 2026. OPEC dalam kenyataan di laman sesawangnya menjelaskan, langkah itu didorong oleh faktor bermusim. Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat maya melibatkan lapan negara anggota iaitu Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TANAH MERAH, 2 Disember– Seorang warga emas direman enam hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, Gual Ipoh, semalam. Perintah reman dikeluarkan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini di Mahkamah Majistret Tanah Merah bermula hari ini hingga 7 Disember bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Terdahulu, suspek […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TANAH MERAH, 1 Disember – Kejadian seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, Gual Ipoh, Kelantan, pagi tadi, tidak disedari oleh sesiapa termasuk jiran tetangga. Suspek, 63, dikatakan menikam isterinya Mastura Abdullah,40, di rumah mereka sebelum keluar mengambil anak bongsunya, 10, di sekolah pada pukul 12.00 tengah hari. Adik kepada mangsa, Mohd Jony Abdullah, […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BUTTERWORTH, 1 Disember – Tiada pegawai kerajaan negeri yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan songsang dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Perai Jaya di sini pada Sabtu lepas, seperti dakwaan yang tular di media sosial. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tiada penjawat awam yang ditahan dalam serbuan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperkasakan pelaksanaan operasi penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan setiap tindakan yang diambil memberi kesan positif kepada masyarakat, khususnya dalam menangani penularan gejala songsang di ibu negara. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata setiap siasatan perlu diteruskan menggunakan kaedah yang dibenarkan undang-undang bagi memastikan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Empat lelaki warga Colombia dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk dua rumah serta mencuri barang kemas dan wang tunai mata wang asing, dua bulan lepas. Jorge Ivan Cardona Sanchez, 35, Christian Camilo Cortes Sanchez, 32, Oscar Jesus Gonzales Nieto, 30, dan Jhon Pablo […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PERMATANG PAUH, 1 Disember – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) akan memperhebat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti jenayah syariah, terutamanya yang melibatkan perlakuan luar tabii. Walaupun mengakui kekangan dari segi bukti kukuh untuk tujuan pendakwaan, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Exco Pembangunan Agama Islam, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid menegaskan, walaupun […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ALOR SETAR, 1 Disember – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 719,250 unit peranti dan cecair rokok elektronik atau vape bernilai hampir RM13 juta ringgit dengan anggaran duti dan cukai melebihi RM3 juta selepas menyerbu sebuah gudang penyimpanan di kawasan Industri Padang Besar, Perlis. Pengarahnya Wan Marini Wan Hamzah berkata rampasan dengan nilai keseluruhan lebih RM16 juta […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 1 Disember -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa semua barangan milik ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing yang dirampas pada hari penahanannya direkodkan mengikut prosedur. Menurut kenyataan SPRM, senarai rampasan itu turut ditandatangani sendiri oleh Albert pada hari kejadian. Salinan Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 kemudian diserahkan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEPANG, 1 Disember – Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi palsu di Facebook pada Mei lepas. Wan Muhammad Azri, 41, didakwa telah menggunakan akaun Facebook “Muhammad Azri” dengan menerbitkan penghantaran palsu berkaitan 11 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 1 Disember -Cubaan menyeludup masuk 24 tan ayam sejuk beku ke negara ini gagal susulan penahanan sebuah bot gentian kaca mencurigakan di jeti persendirian Teluk Kabung, Pasir Gudang. Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, operasi pada pukul 2.45 petang Jumaat lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KINSHASA, 2 Disember – Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) berakhir secara rasmi selepas negara itu melepasi 42 hari berturut-turut tanpa merekodkan sebarang kes baharu, menurut Kementerian Kesihatan Congo dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Wabak tersebut diisytiharkan pada 4 September lalu selepas penyakit itu dikenal pasti di Zon Kesihatan Bulape, Wilayah Kasai. Ia merupakan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 2 Disember – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan serius terhadap serangan udara yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah bot dari Venezuela yang didakwa membawa dadah haram pada September lalu, dengan menyatakan tindakan itu mungkin melanggar undang-undang antarabangsa. Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth dilaporkan mengarahkan Laksamana Frank Bradley untuk melancarkan beberapa […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Imej satelit yang dirakam pada Ahad (30 November) mendedahkan skala kemusnahan besar akibat banjir didorong siklon yang melanda Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. Angka kematian akibat banjir serta tanah runtuh di Indonesia melepasi 600 orang pada Isnin (1 Disember), ketika pasukan penyelamat berusaha membersihkan laluan utama, selain keadaan cuaca yang […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
RIO DE JANEIRO, 2 Disember – Seorang remaja lelaki di Brazil maut dibaham seekor singa betina dalam satu kejadian di Taman Zoobotani Arruda Camara. Remaja berkenaan, Gerson de Melo Machado, 19 tahun menceroboh kandang haiwan berkenaan dengan bertindak memanjat tembok dan pagar keselamatan setinggi enam meter. Mangsa kemudian turun ke dalam kandang menerusi sebatang pokok, […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JAKARTA, 2 Disember – Tentera Udara Indonesia telah mula menggerakkan pesawat bagi melaksanakan penghantaran bekalan bantuan secara penghantaran udara (airdrop) ke kawasan Sibolga di Sumatera Utara yang masih terputus hubungan akibat kejadian tanah runtuh baru-baru ini, lapor agensi berita ANTARA. “Operasi airdrop menggunakan pesawat pengangkut Hercules milik Tentera Udara. Sistem penurunan helibox pula menggunakan pesawat […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KINSHASA, 2 Disember – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo kini telah berakhir. Ia susulan negara itu tidak mencatatkan sebarang kes baharu selama 42 hari berturut-turut. Wabak tersebut pertama kali di kesan di Wilayah Kasai pada 2022. Kementerian Kesihatan memaklumkan, daripada 64 kes, 45 orang telah meninggal dunia dan 19 […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ILOILO CITY, 2 Disember – Pejabat Polis Wilayah di Visayas Barat (PRO-6) akan menugaskan 1,500 anggota bagi membantu mengawal keselamatan para delegasi ke Mesyuarat Pemukiman Pegawai Kanan ASEAN (ASEAN SEOM) pada 10-13 Disember di Pulau Boracay, Malay, Aklan. Menurut Agensi Berita Filipina, engarah PRO-6, Brigedier Jeneral Josefino Ligan, mereka akan menyediakan keselamatan kepada kira-kira 200 […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ANKARA, 2 Disember – Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan mengecam keras serangan ke atas kapal komersil di Laut Hitam. Beliau turut memberi amaran kepada pihak yang terlibat agar perkara tersebut tidak berulang kembali. Dalam insiden tersebut, sebuah kapal tanpa pemandu dilaporkan menyerang sebuah kapal tangki di luar pantai utara Turkiye. Serangan berkenaan meningkatkan kebimbangan, perang antara […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
HONGKONG, 2 Disember– Siasatan terhadap insiden kebakaran terburuk yang mengorbankan 151 nyawa di bandar ini sedang diperinci. Laporan awal mendapati bahan binaan yang digunakan dalam projek ubah suai bangunan tidak berkualiti dipercayai menjadi punca tercetusnya kebakaran tersebut. Pihak berkuasa mendedahkan, kebanyakan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sedang melarikan diri daripada kebakaran melibatkan tujuh blok kediaman […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ISTANBUL, 1 Disember – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran seramai 1.3 juta orang dijangkiti HIV pada 2024, menekankan kelembapan ketara dalam usaha pencegahan global kerana pemotongan bantuan asing mengganggu rawatan, ujian dan program yang dipimpin oleh komuniti di seluruh dunia, lapor Anadolu Ajansi (AA). Sempena Hari AIDS Sedunia, WHO berkata tindak balas […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Bintang skuasy negara, S. Sivasangari, meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Hong Kong 2025 selepas menewaskan pemain England, Lucy Turmel, di Pusat Skuasy Hong Kong hari ini. Pada aksi pusingan pertama itu, Sivasangari meraih kemenangan selesa 3-0 menerusi catatan 11-8, 11-8, 11-9. Pemain nombor tujuh dunia […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengumumkan pelantikan Dr Azril Syazwan Mohd Ali sebagai pengarah baharu agensi itu berkuat kuasa hari ini. ADAMAS menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan Dr Azril Syazwan merupakan Pakar Perubatan Sukan dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, merangkumi perubatan sukan, penjagaan atlet serta pembangunan persekitaran sukan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti semula kos susulan pemindahan 10 acara Sukan SEA 2025 dari Songkhla ke Bangkok, berikutan banjir yang menjejaskan wilayah selatan Thailand. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nasir Ali, berkata perubahan lokasi itu pasti memberi impak kepada perbelanjaan keseluruhan kontinjen negara. “Memang dengan […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TAIPING, 1 Disember – Heritage Ride Taiping menerima penyertaan lebih 2,200 peserta dari seluruh negara dalam acara berbasikal yang mempromosikan gaya hidup sihat dan penyertaan belia. Kayuhan yang dilepaskan pada 7 pagi tadi di Dataran Warisan Taiping itu merangkumi tiga kategori iaitu 90km, 60km dan Kayuhan Santai 20km. Kayuhan tiga kategori itu melalui laluan sekitar […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF) optimis membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas menerusi skuad petanque negara pada Sukan SEA Thailand 2025 yang membuka tirai Selasa depan. Pemangku Presiden MBSF, Cheah Ban Cheng, berkata keyakinan itu berdasarkan persiapan rapi atlet serta perkembangan terkini melibatkan pasukan utama rantau ini. Penarikan diri Kemboja […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LIMA, 1 Disember – Ketua jurulatih Flamengo, Filipe Luis, menyifatkan kejayaan menjulang Copa Libertadores sebagai pencapaian “objektif utama” kelab itu pada musim ini selepas menewaskan Palmeiras 1-0 di Estadio Monumental, Sabtu lalu. Kemenangan tersebut turut mengekalkan dominasi Brazil dalam kejohanan itu selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus mengukuhkan status Flamengo sebagai kuasa besar bola sepak […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LIMA, 1 Disember – Ribuan penyokong Flamengo berpesta di luar Stadium Monumental selepas pasukan itu menewaskan Palmeiras 1-0 dalam aksi final Copa Libertadores, sekali gus menjulang kejuaraan benua mereka yang keempat. Kemeriahan bermula sebaik perlawanan tamat, dengan penyokong memenuhi jalan sekitar stadium sambil mengibarkan bendera merah-hitam, menyalakan suar dan melaungkan “Mengao juara empat kali!”. “Mereka […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 1 Dis – Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain mengikat pendahulu liga, Arsenal, 1-1 dalam pertembungan derby London di Stamford Bridge. Trevoh Chalobah membuka tirai jaringan tiga minit selepas rehat apabila menanduk masuk hantaran sudut kapten Reece James. Gol itu hadir ketika Chelsea mula menguasai rentak perlawanan dan memberi tekanan awal kepada Arsenal. Namun […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LONDON, 1 Disember – Alexander Isak akhirnya membuka jaringan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool, sekali gus menewaskan West Ham 2-0 dan menamatkan prestasi hambar skuad Arne Slot. Isak yang dibeli dari Newcastle dengan nilai sekitar RM750 juta itu menamatkan kemarau 10 perlawanan tanpa gol apabila menyempurnakan hantaran Cody Gakpo pada minit ke-60 di dalam kotak […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya dibenarkan membeli maksimum empat tiket bagi perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/2026 menentang Shanghai Port FC pada 9 Disember ini. Kelab rasmi JDT menerusi Facebook memaklumkan tiket untuk aksi peringkat Liga Zon Timur itu dijual secara dalam talian menerusi laman tickethotline.com.my. Sementara pemegang pas […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Fahmi Fadzil menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham Dharma Harun Al Rashid atas pemergian pelakon veteran itu.
- Beliau mengenang Allahyarham sebagai berkeperibadian lembut, bersahaja dan dihormati ramai.
- Doa diterima agar keluarga diberi kekuatan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju pada malam itu.
- Anak keduanya, Muhammad Al Syafiq, berkongsi berita pemergian dan menguruskan jenazah di Masjid Abu Ubaidah.
- Allahyarham berusia 68 tahun dan pernah menghidap asma, masalah jantung, paru-paru, gastrik dan tiroid.
- Pernah diserang angin ahmar pada 2019; kehilangan pertuturan dan daya ingatan menyebabkan beliau tidak dapat bekerja.
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MUMBAI, 24 November – Dharmendra, pelakon lagenda Bollywood yang digelar ‘He-Man’ kerana watak-watak aksi ikoniknya, meninggal dunia pada usia 89 tahun, pada Isnin. Beliau meninggalkan legasi lebih enam dekad dan lebih 250 filem. Dilahirkan sebagai Dharam Singh Deol pada 8 Disember 1935 di Punjab, India, Dharmendra pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen dan dianugerahkan salah satu […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Hampir 10,000 peminat memenuhi Stadium Hoki Bukit Jalil, menandakan sambutan hangat terhadap GenKRU The Finale.
- Konsert ini ialah penganjuran kelima KRU tahun ini, melengkapkan rangkaian persembahan selepas Axiata Arena.
- Lebih 20 lagu hits dipersembahkan termasuk Intifada yang menjadi kemuncak persembahan.
- Penampilan istimewa Rabbani, Datin Juliana Banos, Kasih Iris Leona dan Datuk Seri Vida menambah keterujaan penonton.
- Konsert menutup lebih 30 tahun karier KRU sebagai finale penuh gaya dan kenangan manis untuk peminat.
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Produksi Malaysia mencipta impak luar biasa pada Anugerah Golden Horse ke-62 yang berlangsung di Taiwan semalam, apabila berjaya merangkul beberapa kemenangan yang disifatkan sebagai pencapaian paling signifikan buat negara dalam festival filem berprestij itu setakat ini. Antara pencapaiannya ialah menerusi filem Mother Bhumi, arahan Chong Keat Aun yang memenangi tiga […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- RTM sebagai rakan utama menyediakan lokasi, pakar muzik, jurulatih dan kru teknikal untuk bimbingan pelajar MCKK.
- Penglibatan RTM merangkumi latihan intensif, pengurusan pentas dan sokongan teknikal sejak peringkat latihan hingga persembahan.
- Kerjasama RTM dan UPSI mengatasi kekurangan asas muzik pelajar melalui bengkel hujung minggu dan pemantauan rapi.
- Pentas profesional Auditorium Seri Angkasa memberi pengalaman sebenar industri, dari pencahayaan hingga akustik persembahan.
- Program mengekalkan tradisi Diraja sambil membentuk disiplin, keyakinan dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ISKETAMBOLA, 19 November – Seramai 9,000 peminat membanjiri Bukit Jalil Sabtu lalu bagi menyaksikan konsert ‘Sheila Majid 40 Years in Music’; sebuah persembahan epik yang bukan sekadar tribute, tetapi sejarah hidup dan seni penyanyi legenda nusantara itu. Menurut penyanyi, Datuk Sheila Majid, konsert berkenaan sebagai penghargaan kepada semua insan hebat yang menjadi tulang belakang perjalanan […]
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Siapa sangka dengan hanya jadi pemegang MyKad rakyat dapat terima manfaat. Menerusi bantuan Sumbangan Asas Rahmah semua warga negara dibantu. Inisiatif itu antara usaha Putrajaya memperkukuh agenda menangani kos sara hidup rakyat. Ikuti laporan khas disediakan Noredayu Dahlan, sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PRN Sabah ke-17 mencatat landskap politik yang ketara berubah berbanding 5 tahun lalu. Kali ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai blok terbesar diikuti Warisan manakala parti kecil dan calon bebas memberi impak signifikan di beberapa kerusi.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Dari mural berwarna-warni hingga jambatan LED yang memancar cahaya, Kuala Lumpur kini muncul sebagai destinasi fotografi paling menyerlah. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, bandar raya ini menawarkan gabungan sempurna antara warisan, budaya dan lampu malam yang memukau. Ikuti dalam Laporan Khas ‘Tahun Melawat Malaysia 2026 Kuala Lumpur’ yang disedia wartawan Farzana Mohd Norsam.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Sementara itu, Rang Undang-undang (RUU) Antibuli dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, esok. Ia langkah penting membanteras budaya buli yang makin meruncing, secara menyeluruh dan berkesan, khususnya di institusi pendidikan. Laporan, Sofea Nasron.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) atau BiGBen beroperasi 24 jam membuktikan keseriusan negara mengurangkan impak risiko bencana lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Laporan oleh Suriyana Radzlan.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Pernah digelar Jalan Bulan oleh penduduk kini bertukar menjadi laluan selamat dah moden. Transformasi Jalan Sindumin-Melalia membuka lebaran baharu kepada ribuan pengguna di sempadan Sabah-Sarawak. Ikuti laporan Raid Waffin Roszlan.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Mengukuhkan kerjasama Selatan-Selatan antara Malaysia dan Kenya untuk manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
- Membuka peluang baharu pelaburan dan perdagangan yang memberi keutamaan kepada kepentingan bersama.
- Menegaskan komitmen Malaysia meneruskan sokongan kepada aspirasi pembangunan Kenya.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Pemerkasaan dasar sosial dan ekonomi untuk meningkatkan kebajikan rakyat secara menyeluruh.
- Peningkatan keberkesanan tadbir urus dan ketelusan pentadbiran kerajaan.
- Pelaksanaan inisiatif strategik membangunkan negara menuju kestabilan dan kemakmuran.
- Komitmen kuat terhadap penyelesaian masalah melalui kajian teliti dan pendekatan bersepadu.
- Pencapaian signifikan yang memperlihatkan kemampuan kerajaan mengemudi negara ke arah lebih baik.
- Pakej Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
- Menyuarakan harapan Malaysia ke peringkat global melalui diplomasi aktif dan kunjungan rasmi.
- Mengukuhkan kerjasama serantau dengan Afrika Selatan dalam pelbagai bidang strategik.
- Meneroka peluang baharu perdagangan dan pelaburan untuk manfaat ekonomi Malaysia.
- Mengintensifkan hubungan dua hala melalui perbincangan tertumpu dan lawatan antara pemimpin.
- Memperkukuh peranan Malaysia di arena antarabangsa menerusi hubungan luar negara yang proaktif.
Iklan/Banner