11 cedera dalam kes langgar lari di Jepun

TOKYO, 24 November – 11 orang cedera, dua daripadanya dalam keadaan kritikal selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Tokyo pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • 11 orang cedera, dua dalam keadaan kritikal selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Tokyo.
  • Pemandu kereta sedan putih dipercayai melarikan diri dan kenderaan ditinggalkan di lokasi.
  • Polis Metropolitan Tokyo menyiasat kejadian itu sebagai kes langgar lari.

Rakaman udara yang disiarkan stesen penyiaran NTV memaparkan beberapa buah kereta terbabit dalam kemalangan itu.

NTV memetik Jabatan Polis Metropolitan Tokyo sebagai menyatakan, pemandu sebuah kereta sedan putih yang ditinggalkan di lokasi telah melarikan diri selepas pelanggaran tersebut.

“Pegawai sedang menyiasat kemalangan itu sebagai kes langgar lari,” lapor NTV.

Hey there! Ask me anything!