HANOI, 23 November – Angka korban akibat banjir besar di Vietnam meningkat kepada 90, dengan 12 lagi masih hilang.
“Lebih 60 kematian direkodkan di wilayah pergunungan tengah Dak Lak sejak 16 November lepas yang menyaksikan puluhan ribu rumah ditenggelami air,” menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar.
Hujan berterusan melanda bahagian tengah Vietnam sejak akhir Oktober dengan destinasi percutian popular turut mengalami beberapa kali banjir.
Seluruh bandar pesisir Nha Trang,ditenggelami air minggu lalu, manakala tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di laluan pergunungan sekitar pusat pelancongan Da Lat.
“Beberapa lokasi di lebuh raya utama masih terhalang pada Ahad akibat banjir atau tanah runtuh, ” tambah Kementerian Alam Sekitar dengan beberapa rangkaian kereta api masih digantung.
Lebih 129,000 isi rumah masih bergelap, selepas lebih sejuta orang terputus bekalan elektrik, minggu lalu.
Kementerian berkenaan turut menganggarkan kerugian ekonomi berjumlah $343 juta Dolar di lima wilayah.
“Bencana alam telah menyebabkan 279 orang mati atau hilang di Vietnam dan mengakibatkan lebih daripada $2 bilion Dolar kerosakan antara Januari hingga Oktober, menurut pejabat statistik negara itu. – AFP

