HONG KONG, 3 Disember – Angka korban kebakaran besar di Hong Kong meningkat kepada 159 orang selepas semua blok perumahan terjejas selesai diperiksa.
Menurut Polis Hong Kong pada Rabu, jumlah itu dijangka terus meningkat susulan penemuan beberapa bahagian tulang, yang kini dalam proses analisis forensik.
Kebakaran yang memusnahkan Wang Fuk Court di Tai Po, utara Hong Kong minggu lalu, turut direkodkan sebagai insiden kebakaran bangunan kediaman paling buruk di dunia sejak 1980.
Sejak awal pagi, orang ramai dilihat terus mengunjungi sebuah taman berhampiran lokasi kejadian untuk meletakkan jambangan bunga dan nota penghormatan kepada mangsa terlibat. -AFP
ARTIKEL BERKAITAN:
- 156 maut, 15 ditahan susulan kebakaran paling buruk di Hong Kong
- Hong Kong tubuh jawatankuasa bebas siasat kebakaran Wang Fuk Court
- Kebakaran di Hongkong, siasatan terperinci sedang dilaksana
- Bahan ubah suai tidak berkualiti, punca kebakaran besar di Hong Kong
- Pelajar dibebaskan selepas tuntut siasatan kebakaran di Hong Kong
- Penduduk Hong Kong berkabung, kenang mangsa kebakaran dan wira bomba