Angka pelajar, guru diculik di Nigeria meningkat 315 orang

LAGOS, 22 November – Angka pelajar dan guru yang diculik dalam insiden penculikan di sekolah di Nigeria meningkat kepada 315 orang, berbanding 227 orang sebelum ini.

Menurut Persatuan Kristian Nigeria, angka terbaharu itu diperoleh selepas proses pengesahan dijalankan, dengan keseluruhan mangsa; membabitkan 303 pelajar dan 12 guru.

“Insiden di Sekolah St. Mary di negeri Niger, tengah Nigeria itu berlaku hanya beberapa hari selepas kumpulan bersenjata menyerbu sebuah sekolah menengah di negeri Kebbi pada Isnin dan menculik 25 pelajar perempuan,” menurut kenyataan tersebut. -AFP

Hey there! Ask me anything!