CARACAS, 6 Disember– Presiden Venezuela, Nicolás Maduro menegaskan bahawa negaranya merupakan “jaminan keselamatan” di rantau Caribbean ketika Caracas berdepan ancaman ketenteraan dari Amerika Syarikat (AS) di perairannya.
Maduro membuat kenyataan itu sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sepanjang tahun ini giat mengemukakan pencalonan dirinya bagi Hadiah Nobel Keamanan.
Terdahulu, Trump anugerah keamanan pertama daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), atas usahanya mempromosi dialog serta meredakan ketegangan di beberapa isu tumpuan dunia.
Bekas hos rancangan realiti TV itu turut menjadi tumpuan pada majlis undian Piala Dunia di Kennedy Center, Washington, pada Jumaat.
Sementara itu, tentera AS memaklumkan mereka membunuh empat lelaki dalam satu serangan terhadap sebuah bot yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan antarabangsa di timur Pasifik pada Khamis.
Dengan insiden terbaharu itu, sekitar 21 serangan terhadap penghantaran dadah yang disyaki telah dilancarkan sejak 2 September, mengorbankan lebih 84 individu.
Serangan-serangan tersebut berlaku ketika pentadbiran Trump meningkatkan tekanan terhadap Maduro, yang dianggap Washington sebagai pemimpin tidak sah. -REUTERS