Banjir Vietnam: Jumlah kematian meningkat 41 orang

HANOI, 20 November – Jumlah kematian akibat banjir di Vietnam meningkat kepada sekurang-kurangnya 41 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kematian terus meningkat akibat banjir dan tanah runtuh di kawasan selatan-tengah Vietnam.
  • Sembilan orang dilaporkan hilang, usaha mencari masih berjalan.
  • Kira-kira 62,000 penduduk telah dipindahkan dari rumah mereka.
  • Lebuh raya utama ditutup, mengganggu pengangkutan dan bantuan.
  • Bekalan elektrik terganggu, memberi impak kepada kira-kira satu juta pengguna.

Menurut Kementerian Alam Sekitar Vietnam pada Khamis, insiden turut menyebabkan sembilan lagi mangsa hilang.

Sebelum ini, hampir 62,000 orang telah dipindahkan dari kediaman mereka di kawasan selatan-tengah Vietnam berikutan hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh meluas.

Kejadian itu juga menutup lebuh raya utama dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada kira-kira satu juta pengguna. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!