
- Tatiana Schlossberg mendedahkan beliau menghidap kanser tahap akhir melalui esei di The New Yorker.
- Didagnosis leukemia mieloid akut tidak lama selepas kelahiran anak keduanya pada Mei 2024.
- Doktor memberitahu beliau mungkin hanya mempunyai kira-kira setahun untuk hidup.
RUNNYMEDE, 23 November – Tatiana Schlossberg, cucu perempuan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy mendedahkan bahawa beliau kini menghidap kanser tahap akhir.
Menerusi satu esei bertajuk “A Battle With My Blood” yang diterbitkan dalam The New Yorker pada Sabtu, Schlossberg mendedahkan bahawa beliau didiagnosis dengan leukemia mieloid akut tidak lama selepas melahirkan anak keduanya pada Mei 2024.
Para doktor telah memberitahunya bahawa beliau mungkin hanya mempunyai kira-kira setahun untuk hidup.
Esei itu diterbitkan bersempena dengan ulang tahun ke-62 pembunuhan datuknya.
Abang Schlossberg, Jack, baru-baru ini mengumumkan hasrat untuk bertanding bagi kerusi Kongres, sekali gus meneruskan legasi politik salah satu keluarga paling berpengaruh di AS. – REUTERS

