KIRYANDONGO, 22 Oktober – Kemalangan tragis membabitkan pertembungan dua bas di Uganda meragut 46 nyawa.
RINGKASAN BERITA AI
- Nahas berlaku di lebuh raya Kampala-Gulu dekat daerah Kiryandongo pada tengah malam Rabu.
- Angka kematian awal 63 disemak semula; polis sahkan 46 orang maut selepas pengesahan.
- Siasatan awal: kedua-dua bas dari arah bertentangan gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung.
- Beberapa mangsa yang awalnya dianggap mati sebenarnya hanya tidak sedarkan diri.
- Presiden Yoweri Museveni menyampaikan takziah semasa berkempen berhampiran lokasi kemalangan.
Nahas terbabit berlaku di lebuh raya Kampala-Gulu dekat daerah Kiryandongo, tengah malam Rabu.
Angka kematian awal dilaporkan sebanyak 63, namun semakan semula dilakukan Pasukan Polis Uganda mendapati 46 orang maut selepas beberapa mangsa yang pada mulanya dianggap mati, sebenarnya tidak sedarkan diri.
Siasatan awal menunjukkan nahas berpunca daripada dua bas yang datang dari arah bertentangan gagal memotong kenderaan lain, sebelum bertembung.
Presiden Yoweri Museveni menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa semasa berkempen untuk pilihan raya umum Januari depan, tidak jauh dari lokasi kemalangan itu berlaku. – REUTERS

