TEHRAN, 6 Disember – Tentera Laut Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan peluru berpandu balistik ke arah sasaran simulasi di Teluk pada Jumaat, dalam latihan ketenteraan dua hari yang bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi ancaman luar.
Menurut Press TV, latihan itu bertujuan menghantar mesej “keamanan dan persahabatan” kepada negara jiran, sambil memberi amaran bahawa “sebarang kesilapan akan menerima tindak balas tegas”.
Terdahulu, Iran menganjurkan latihan antikeganasan di wilayah barat laut, Azerbaijan Timur, bersama anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai.
Latihan berkenaan diadakan bermula Khamis di Selat Hormuz dan Teluk Oman.
Latihan darat dan laut berkenaan diadakan susulan perang udara selama 12 hari antara Israel dan Iran pada Jun lalu, yang menyaksikan AS bergabung dengan Israel menyerang kemudahan nuklear Iran. -REUTERS