Israel dakwa lintasan Rafah dibuka beberapa hari lagi

BAITULMAQDIS, 3 Disember – Israel pada Rabu mendakwa bahawa lintasan Rafah dari Gaza ke Mesir akan dibuka dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membolehkan penduduk keluar dari wilayah Palestin itu.

Dua sumber diplomatik Eropah memaklumkan kepada AFP bahawa mereka pada asalnya bersedia untuk pembukaan lintasan bagi pejalan kaki pada 14 Oktober susulan pengumuman sama sebelum ini, namun ia kemudian ditangguhkan.

Pembukaan semula lintasan Rafah merupakan sebahagian daripada pelan damai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk wilayah Palestin, selain menjadi tuntutan berterusan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi kemanusiaan.

Lintasan berkenaan dibuka sementara pada Januari 2025 ketika gencatan senjata antara Israel- Hamas, pada mulanya bagi membenarkan pergerakan penduduk yang diberi kebenaran keluar Gaza, sebelum turut membenarkan kemasukan trak.

Lintasan Rafah merupakan laluan penting bagi pekerja kemanusiaan serta trak yang membawa bantuan, makanan dan bahan api untuk penduduk di wilayah itu.

Sejak sekian lama, lintasan itu menjadi laluan utama bagi rakyat Palestin di Gaza yang dibenarkan keluar dari wilayah yang dikenakan sekatan oleh Israel sejak 2007. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 

Hey there! Ask me anything!