Israel terus serang Gaza, 6 lagi terbunuh

GAZA, 20 September- Sekurang-kurangnya enam warga Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah keluarga al-Sheikh di timur Gaza pada Khamis lalu.

Pasukan pertahanan awam Palestin dan penduduk tempatan melancarkan operasi mencari dan menyelamat di bawah runtuhan selepas serangan berkenaan; berusaha mencari mangsa yang terselamat serta mengeluarkan mayat.

Israel meneruskan serangan ganas ke atas Gaza sejak konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, seramai 41, 272 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh manakala lebih 95,551 lagi mengalami kecederaan.

Serangan Israel itu telah menyebabkan majoriti penduduk Gaza terpaksa berpindah di tengah-tengah sekatan berterusan Israel yang mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.

Israel kini berdepan tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap tindakannya terhadap Gaza. – REUTERS

BERITA BERKAITAN:

Hey there! Ask me anything!