Kerajaan Benin gagalkan cubaan rampasan kuasa

COTONOU, 8 Disember – Kerajaan Benin mengesahkan cubaan rampasan kuasa pada Ahad berjaya digagalkan, beberapa jam selepas sekumpulan tentera mengumumkan Presiden Patrice Talon diturunkan melalui televisyen negara.

Kira-kira 12 tentera termasuk mereka yang terlibat telah ditahan.

Menteri Dalam Negeri, Alassane Seidou, menyifatkan tindakan itu sebagai pemberontakan untuk menggugat kestabilan negara dan institusi kerajaan.

Bunyi tembakan dilaporkan berlaku di jalanan Cotonou pada awal Ahad, namun situasi kini dalam kawalan dan pemberontak gagal menawan kediaman presiden atau pejabat kerajaan.

Lapan tentera pemberontak mengisytiharkan Leftenan Kolonel Pascal Tigri sebagai “presiden jawatankuasa pemulihan”, mendakwa tindakan mereka berpunca daripada kemerosotan keselamatan di utara Benin dan ketidakadilan berkaitan kenaikan pangkat tentera.

Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) dan Kesatuan Afrika mengecam cubaan rampasan kuasa itu sebagai tidak berperlembagaan serta menuntut tentera kembali ke kem masing-masing.

Presiden Talon, yang memerintah sejak 2016, dijadual menamatkan penggal kedua pada 2026.-AFP

Hey there! Ask me anything!