Konflik Rusia-Ukraine: Von der Leyen bertemu Canselor Jerman

BRUSSELS, 6 Disember – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, bertemu Canselor Jerman, Friedrich Merz, di Brussels pada Jumaat, menjelang rundingan yang dijangka berlangsung dengan Belgium mengenai pelan Kesatuan Eropah (EU) untuk menggunakan aset beku Rusia bagi menyokong Ukraine menentang pencerobohan Rusia.

Merz menyatakan sokongan terhadap pelan itu, namun menegaskan risiko perlu ditanggung oleh semua negara anggota EU, bukan hanya Belgium.

Suruhanjaya Eropah berharap dapat memperoleh komitmen jelas daripada negara anggota pada sidang kemuncak pemimpin EU yang dijadualkan 18 Disember ini.

Perdana Menteri Belgium, Bart De Wever, yang negaranya memegang sebahagian besar aset tersebut, sebelum ini menyuarakan kebimbangan daripada segi undang-undang dan berharap perbincangan bersama Merz akan memberikan keputusan positif.

De Wever bimbang kemungkinan tindakan balas Rusia serta tuntutan kewangan terhadap Belgium dan Euroclear; institusi kewangan yang menyimpan aset berkenaan. –REUTERS

Hey there! Ask me anything!