Lai Ching-te seru China bertindak seperti kuasa besar, bukan pengacau

TAIPEI, 17 November – China telah “memberi impak yang buruk terhadap keamanan serantau susulan pertikaian dengan Jepun berpunca daripada kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengenai Taiwan, kata Presiden Taiwan Lai Ching-te pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ching-te mengecam tindakan China yang merosakkan keamanan serantau dan menggesa Beijing berhenti menjadi pengacau.
  • Beliau menyeru China bertindak seperti kuasa besar dengan mematuhi norma antarabangsa dan mengekalkan kestabilan Asia-Pasifik.
  • Pertikaian melibatkan China, Jepun dan Taiwan memburukkan hubungan serantau susulan kenyataan Tokyo tentang campur tangan ketenteraan.

Ching-te menyeru Beijing supaya bertindak seperti kuasa besar, dan tidak menjadi pengacau” di rantau Asia-Pasifik, di mana keamanan dan kestabilan telah “terjejas teruk”.

Pertikaian diplomatik antara China dan Jepun tercetus apabila Takaichi mencadangkan bahawa Tokyo boleh campur tangan secara ketenteraan sekiranya Taiwan diserang.

China mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan mengancam menggunakan kekerasan untuk membawa pulau demokratik itu di bawah kawalannya.

Taiwan, yang tidak pernah diperintah oleh China merupakan tanah jajahan Jepun selama 50 tahun sehingga berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Meskipun Jepun, tidak mengiktiraf tuntutan kedaulatan Taiwan, Tokyo dan Taipei mengekalkan hubungan tidak rasmi yang rapat.

Berucap kepada wartawan, Lai berkata China harus kembali ke landasan antarabangsa berasaskan peraturan, yang akan membantu mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau tersebut.

Pertikaian antara China dan Taiwan bermula pada 1949 apabila pihak nasionalis melarikan diri ke pulau itu selepas kalah dalam perang saudara China kepada pihak komunis. – AFP

Hey there! Ask me anything!