Lubnan desak PBB campur tangan, Israel terus bina tembok konkrit di sempadan selatan

BEIRUT, 17 November – Lubnan merancang untuk membuat aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Israel, susulan pembinaan tembok konkrit oleh tentera Israel di sempadan selatan yang dikatakan melepasi Garis Biru, sempadan tidak rasmi yang diiktiraf PBB.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lubnan akan buat aduan rasmi ke Majlis Keselamatan PBB terhadap Israel atas pembinaan tembok konkrit di sempadan selatan.
  • UNIFIL melaporkan lebih 4,000 meter persegi tanah Lubnan kini sukar diakses akibat dicerobohi struktur tembok.
  • UNIFIL mendesak pemindahan tembok, menyatakan ia melanggar Resolusi 1701 dan kedaulatan Lubnan; Presiden Aoun sokong laporan itu.

Menurut pasukan pemelihara keamanan PBB (UNIFIL), siasatan geospatial pada Oktober mendedahkan lebih 4,000 meter persegi tanah Lubnan kini sukar diakses penduduk tempatan kerana dicerobohi oleh struktur tembok tersebut.

UNIFIL telah memaklumkan penemuan itu kepada tentera Israel dan mendesak agar tembok itu dialihkan dengan menyatakan bahawa pembinaannya melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 serta kedaulatan Lubnan.

Sebagai tindak balas, Presiden Lubnan, Joseph Aoun mengarahkan agar aduan itu disertakan dengan laporan PBB yang menolak dakwaan Israel bahawa tembok tersebut tidak melintasi Garis Biru. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!