Patung 1,800 tahun ditemui di kota purba Turkiye

USAK, 28 November – Sekeping patung berusia kira-kira 1,800 tahun ditemui di kota purba Blaundos di wilayah Usak, Turkiye, menurut arkeologi yang menjalankan penggalian di lokasi itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penemuan di stadium berusia 2,000 tahun, dipercayai dibina oleh tentera Macedonia yang menetap di kawasan berkenaan ketika kempen Anatolia oleh Alexander the Great.

Patung tanpa kepala, lengan dan kaki itu ditemui tertanam di dalam dinding stadium yang menghadap lembah dalam yang terbentuk oleh Ulubey Canyon, sebelum dipindahkan ke Muzium Usak untuk pemuliharaan.

Pengarah Muzium Usak, Şerif Söyler, berkata patung berkenaan merupakan figura lelaki setinggi 87 sentimeter dan selebar 47 sentimeter.

“Ia torso yang dihasilkan dengan sangat halus dan kami menganggarkannya berasal dari abad ke-2 Masihi,” katanya kepada Anadolu.

Struktur patung itu dipercayai digunakan semula sebagai batu pengisi pada era Byzantium dan terpelihara secara semula jadi dalam dinding berkenaan.

Kerja pemuliharaan dan restorasi sedang dijalankan, dan patung tersebut dijangka dipamerkan kepada umum selepas analisis saintifik selesai. – ANADOLU

Hey there! Ask me anything!