Penduduk diganggu rejim Zionis, tidak dibenar kutip hasil zaitun

HUWARA, 21 November – Tanaman zaitun di kawasan berhampiran Nablus dilaporkan musnah dibakar kumpulan rejim Zionis, sekali gus menyebabkan penduduk tidak dapat menuai hasil pada musim ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tanaman zaitun di sekitar Nablus dibakar oleh kumpulan rejim Zionis, mengakibatkan penduduk kehilangan hasil tuaian.
  • Kumpulan itu menghalang penduduk daripada memetik buah zaitun, menyukarkan mereka menyara keluarga musim ini.
  • Bengkel kereta milik Mohammed Oudeh musnah dibakar, meragut sumber pendapatannya untuk menanggung anak-anak.
  • Serangan berlaku berhampiran lebuh raya; kenderaan diserang dan beberapa buah terbakar, dengan rakaman kejadian wujud.
  • Video tular menunjukkan berpuluh anggota rejim Zionis menyerang komuniti Palestin di Tebing Barat, sebahagiannya bersenjata.

Penduduk di kawasan berkenaan turut berdepan pelbagai gangguan, termasuk pemilik bengkel kereta, Mohammed Oudeh.

Kumpulan itu turut menghalang penduduk daripada memetik hasil zaitun sekali gus menyukarkan penduduk sekitar menyara keluarga.

“Tahun ini mereka tidak membenarkan kami memetik buah zaitun. Mereka menyusahkan kami untuk mengutip hasil tanaman dan menyara keluarga. Ini adalah kali kedua mereka merosakkan dan membakar kawasan ini,” katanya.

2111 LNR ISRAEL KACAU1
Mohammed Oudeh

Mohammed Oudeh turut memaklumkan bahawa premisnya musnah dalam insiden yang berlaku berhampiran sebuah lebuh raya pada Selasa.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.25 malam apabila kumpulan itu didakwa turun dari kawasan ladang zaitun sebelum membakar kawasan tersebut dan seterusnya menyerang kenderaan di lebuh raya.

“Bengkel kereta ini adalah milik saya dan menjadi sumber pendapatan untuk menyara anak-anak. Semalam mereka datang dan membakar kawasan ini sebelum menyerang kenderaan. Kami turut mempunyai rakaman kejadian,” katanya.

Penduduk Palestin sebelum itu dilihat memeriksa runtuhan beberapa kenderaan terpakai yang hangus selepas diserang kumpulan berkenaan berhampiran Nablus.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, video tular di media sosial turut menunjukkan puluhan kumpulan rejim Zionis, sebahagiannya bersenjatakan kayu dan senjata api, menyerang komuniti Palestin di Tebing Barat.- REUTERS

Hey there! Ask me anything!