Perancis serah rangka dinosaur 70 juta tahun yang diseludup kepada Mongolia

PERANCIS, 8 Disember -Perancis pada Isnin menyerahkan rangka dinosaur berusia 70 juta tahun kepada Mongolia selepas fosil itu, yang dipercayai telah diseludup dari Gurun Gobi, dirampas oleh kastam Perancis.

Fosil Tarbosaurus baatar yang dianggap sebagai “sangat jarang” telah dirampas oleh pihak berkuasa Perancis pada tahun 2015.

Menteri Akaun Awam, Amélie de Montchalin, dijangka menyerahkan rangka dinosaur itu bersama kira-kira 30 barangan lain termasuk telur dinosaur pada Isnin.

Semua artifak tersebut dipercayai dikeluarkan secara haram dari Gurun Gobi sebelum melalui Korea Selatan, dan seterusnya dirampas oleh kastam di bandar Gannat pada Februari 2015.

Menurut Pengurus Komunikasi Kastam Perancis, Sophie Hocquerelle, nilai rangka tersebut dianggarkan sekitar 700,000 euro ketika dirampas.

Namun, katanya kepada televisyen France 2 pada Ahad, pasaran fosil kini meningkat dengan pesat sehingga nilainya kini boleh mencecah dua hingga tiga kali ganda. Beliau menyifatkan penemuan itu sebagai “luar biasa”.

Tarbosaurus baatar hidup pada zaman Kapur dan dipercayai pupus sekitar 65 juta tahun lalu. Tiada spesimen spesies ini pernah dilaporkan wujud di luar Asia. – AFP

Hey there! Ask me anything!