Presiden Benin sahkan situasi dalam kawalan selepas cubaan rampasan kuasa

COTONOU, 8 Disember – Presiden Benin, Patrice Talon, muncul di televisyen negara pada Ahad bagi menenangkan rakyat susulan cubaan rampasan kuasa tentera awal hari itu.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa situasi sepenuhnya dalam kawalan dan mengajak anda untuk meneruskan aktiviti dengan tenang mulai malam ini.

“Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipelihara di seluruh negara,” kata Talon di Benin TV.-AFP

Hey there! Ask me anything!