Ratusan rakyat Somalia bantah kenyataan Trump

MOGADISHU, 6 Disember – Ratusan rakyat Somalia berarak melalui Mogadishu pada Jumaat bagi membantah kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang didakwa bersifat “perkauman” terhadap rakyat Somalia.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan memegang gambar Ahli Kongres AS, Ilhan Omar yang turut menentang perkara itu, sambil melaungkan slogan membela maruah negara.

Ahli parti pembangkang Ramaas turut menyertai perarakan tersebut, dengan Mukhtar Ali menyeru perpaduan.

“Kenyataan sebegini tidak boleh diterima, dan kita mesti bangkit menentang perkauman ini. Somalia mempunyai sejarah yang kaya dan panjang yang tidak patut diperkecilkan,” katanya di sini.

Perhimpunan itu diadakan susulan kenyataan Trump baru-baru ini yang mengkritik pendatang Somalia dan menyifatkan mereka sebagai “sampah”, sebahagian daripada dasar ketat imigresen yang menurut laporan REUTERS telah menimbulkan ketakutan dalam komuniti Afrika di AS.

Pentadbiran Trump turut memperluas penguatkuasaan terhadap migran tanpa dokumen dan melaksanakan dasar imigresen yang lebih ketat; tindakan yang menerima kecaman daripada kumpulan hak asasi. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!