Rusia dakwa kuasai Pokrovsk

POKROVSK, 3 Disember – Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Selasa memuji kejayaan tenteranya yang mendakwa telah menguasai sepenuhnya bandar Pokrovsk di timur Ukraine.

Namun, tentera Ukraine menegaskan mereka masih mengawal bahagian utara bandar berkenaan.

Putin berkata penguasaan penuh Pokrovsk akan membantu Rusia mencapai matlamat strategik yang lebih besar dalam peperangan itu, khususnya menjelang kunjungan utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, ke Moscow bagi membincangkan usaha menamatkan konflik.

Tentera Ukraine memaklumkan kepada REUTERS bahawa mereka masih bertahan di bahagian utara bandar tersebut.

Selain turut melancarkan serangan berkala terhadap tentera Rusia di selatan, serta memperketat kawalan ke atas laluan logistik mereka. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!