Salji tebal jejas trafik udara, cetus kemalangan di Jepun

AOMORI, 4 Disember – Salji tebal menutupi kawasan di sepanjang wilayah berbukit di Jepun, melumpuhkan aliran trafik termasuk trafik udara, serta menyebabkan banyak kemalangan jalan raya.

Stesen penyiaran NTV melaporkan, di Wilayah Aomori yang mencatat salji setebal 13 sentimeter, sehingga pukul 11 pagi waktu tempatan, penerbangan antara wilayah itu dengan Hyogo dibatalkan ekoran jarak penglihatan yang terhad.

Perkhidmatan kereta api di Wilayah Aomori turut digantung ekoran cuaca buruk beserta angin kencang.

Antara malam Rabu hingga pagi Khamis, sebanyak 13 kemalangan jalan raya dilaporkan berpunca daripada jalan licin di Wilayah Miyagi, menurut NTV yang memetik Polis Wilayah Miyagi.

Jabatan meteorologi menasihati penduduk supaya sentiasa berwaspada terhadap gangguan lalu lintas dan bahaya lain yang mungkin timbul ekoran salji tebal. – REUTERS

Hey there! Ask me anything!