Tentera AS tembak mati empat individu disyaki penyeludup dadah

PASIFIK TIMUR, 5 Disember -Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan telah menembak mati empat individu yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan antarabangsa Pasifik Timur pada Khamis.

Suspek dikatakan menggunakan bot untuk menyeludup bahan terlarang itu.

“Risikan mengesahkan bot tersebut membawa dadah dan bergerak di laluan yang dikenali sebagai laluan penyeludupan narkotik di kawasan itu,” menurut tentera AS dalam kenyataan di X.

U.S. Southern Command turut mengeluarkan rakaman video berdurasi 21 saat yang menunjukkan bot kecil berkenaan dibedil sebelum ia meletup dan terbakar di tengah laut.

Bagaimanapun, Reuters memaklumkan, lokasi dan tarikh rakaman tersebut tidak dapat disahkan secara bebas.

Namun hasil semakan mendapati video itu bukan rakaman lama.

Tentera AS tidak mendedahkan identiti empat lelaki yang maut dalam insiden tersebut. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!