WASHINGTON, 4 Disember – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu mengumumkan beliau memberikan “pengampunan penuh dan tanpa syarat” kepada Ahli Dewan Perwakilan Parti Demokrat dari Texas, Henry Cuellar serta isterinya, Imelda, yang sebelum ini berdepan pertuduhan rasuah.
Tahun lalu, Cuellar dan isterinya didakwa menerima hampir AS$600,000 dalam bentuk rasuah menerusi dua skim yang didakwa bertujuan memberi manfaat kepada sebuah syarikat tenaga milik kerajaan Azerbaijan serta sebuah bank berpangkalan di Mexico.
Cuellar sebelum ini menegaskan beliau dan isterinya tidak bersalah.
Cuellar, yang pertama kali dipilih ke Dewan Perwakilan pada 2004, dikenali sebagai tokoh Demokrat berhaluan sederhana dan berjaya menangkis beberapa cabaran pemilihan awal daripada calon lebih progresif dalam partinya.-REUTERS