UAE, India, Bangladesh hulur bantuan kepada Sri Lanka

COLOMBO, 4 Disember – Bantuan antarabangsa mula tiba di Sri Lanka yang dilanda banjir dan tanah runtuh yang dahsyat, kesan Taufan Ditwah.

Pesawat tentera yang membawa bekalan bantuan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), India dan Bangladesh mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike berhampiran ibu kota pada Rabu.

Pihak berkuasa India menghantar kakitangan perubatan termasuk doktor, pakar bius dan pakar lain untuk memberikan sokongan perubatan di lokasi. Kiriman bantuan itu termasuk makanan, kelambu dan pakaian.

Ketua Pusat Operasi Bencana Khas Sri Lanka, Leftenan Jeneral Lasantha Rodrigo memaklumkan sebanyak 28,500 anggota tentera telah dikerah membantu usaha pemulihan.

“Mereka terdiri daripada 25,400 tentera darat, 700 tentera laut dan 220 tentera udara,” katanya.

Sehingga kini bencana itu telah meragut sekurang-kurangnya 474 nyawa. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!