Ujian roket Zhuque-3 milik China tidak berjaya

JIUQUAN, 3 Disember – Ujian pertama roket generasi baharu Zhuque-3 milik syarikat China, LandSpace, dilaporkan gagal pada Rabu, sekali gus menjejaskan usaha syarikat itu untuk muncul sebagai syarikat ketiga selepas SpaceX dan Blue Origin yang berjaya menguji kenderaan angkasa boleh guna semula.

Menurut laporan Xinhua, roket berkenaan gagal mengawal pendaratan selepas pelancaran awal.

“Data daripada ujian itu akan digunakan untuk menambah baik sistem pemulihan roket. Sekiranya teknologi itu berjaya direalisasikan, China berpotensi memiliki roket orbit boleh guna semula pertamanya.

“Pencapaian tersebut dijangka mempercepat pertumbuhan industri angkasa negara itu dan menyokong pelancaran misi pada kos lebih rendah, termasuk pembangunan rangkaian satelit besar bagi menyaingi Starlink,” menurut laporan tersebut. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!