WHO desak gencatan senjata selepas 114 terbunuh dalam serangan di hospital Sudan

GENEVA, 8 Disember -Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu agar gencatan senjata segera dilaksanakan.

Dalam serangan ke atas sebuah hospital di Sudan Selatan Kordofan pada Khamis lalu, sekurang-kurangnya 114 orang termasuk 63 kanak-kanak, terbunuh.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, serangan berulang itu mengakibatkan sebuah tadika diserang dan sekurang-kurangnya tiga kali menghentam Hospital Luar Bandar Kalogi yang terletak berhampiran.

“Serangan berulang di negeri South Kordofan, Sudan, telah mengenai sebuah tadika dan sekurang-kurangnya tiga kali Hospital Luar Bandar Kalogi, mengakibatkan 114 kematian, termasuk 63 kanak-kanak, serta mencederakan 35 orang,”katanya di platform X, merujuk kepada sistem pemantauan Serangan ke atas Kemudahan Kesihatan WHO. – AFP

Hey there! Ask me anything!