KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar sederhana menjelang 2026.
- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar sederhana menjelang 2026.
- Indeks Pelopor (IP) menurun 0.5% kepada 113.7 mata pada Ogos 2025.
- Penurunan import logam asas dan logam bukan ferus mencerminkan kelembapan permintaan global.
- Trend jangka panjang IP di bawah 100 menunjukkan penyederhanaan namun kestabilan disokong kepelbagaian industri.
- Indeks Serentak (IS) meningkat 2.1% kepada 128.9 mata, didorong oleh kenaikan caruman KWSP.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia susulan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan penurunan 0.5 peratus kepada 113.7 mata pada Ogos 2025 berbanding 114.3 mata tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi dipengaruhi penurunan ketara dalam Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (-26.9 peratus), sejajar kelembapan permintaan global.
“Trend jangka panjang IP kekal di bawah paras 100 mata, mencerminkan ekonomi yang menyederhana namun stabil, disokong kepelbagaian industri domestik,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, Indeks Serentak (IS) yang menilai prestasi ekonomi semasa meningkat 2.1 peratus kepada 128.9 mata.
Ia didorong peningkatan Nilai Caruman Benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 9.6 peratus, selaras dengan trend peningkatan pasaran buruh susulan aktiviti ekonomi domestik yang kukuh
Namun, IS bulanan menunjukkan sedikit penurunan 0.6 peratus berikutan kelembapan dalam beberapa komponen, khususnya penggunaan kapasiti sektor pembuatan.