Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR, 22 November – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong langkah berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan susulan tindakan BNM menyerap lebihan mudah tunai.
  • BNM melaksanakan operasi harian melalui tender repo berbalik dan tender Murabahah semalaman bagi mengurangkan lebihan dana.
  • Pergerakan lebihan mudah tunai berbeza antara sistem konvensional dan Islam, menjejaskan kecairan pasaran.

Pada minggu ini, bank pusat melaksanakan operasi harian melalui tender repo berbalik dan tender Murabahah semalaman bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM41.70 bilion pada Jumaat berbanding RM32.3 bilion minggu sebelumnya.

Manakala lebihan mudah tunai dalam sistem Islam merosot kepada RM22.30 bilion daripada RM25.2 bilion sebelum ini.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) pula berada pada paras 2.75 peratus setakat 20 Nov, 2025.

Hey there! Ask me anything!