Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 8 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebih mudah tunai dalam sistem konvensional jatuh kepada RM41.40 bilion berbanding RM45.02 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam tidak berubah pada RM24.40 bilion.

Terdahulu, BNM telah menerbitkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam (SBBA).

Pada pukul 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM41.40 bilion dan tender pasaran wang mubahahah sebanyak RM24.40 bilion, kedua-duanya untuk dana sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 2.75 peratus setakat 5 Disember 2025. – BERNAMA

Hey there! Ask me anything!