KUALA LUMPUR, 29 November -Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak didagangkan minggu depan.
Kontrak tersebut tidak didagangkan minggu ini manakala jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar.
Disember 2025, Januari 2026, Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing tidak berubah pada 96.45.
Sementara itu, kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.26 peratus setakat 28 Nov, 2025. – BERNAMA