Pengeluaran minyak mentah meningkat pada suku ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Pengeluaran minyak mentah, kondensat, dan gas asli Malaysia merekodkan pertumbuhan positif pada suku ketiga 2025, masing-masing mencapai 45.1 juta tong dan 737 bilion kaki padu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan itu dipacu terutamanya oleh pengeluaran minyak mentah, yang meningkat 7 peratus selepas empat suku berturut-turut mencatat penyusutan.

“Pengeluaran kondensat juga mencatat pertumbuhan positif sebanyak 9.7 peratus selepas tiga suku berturut-turut mengalami penurunan.

“Sementara itu, gas asli mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 11.8 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan pengeluaran gas sebanyak 737 bilion kaki padu.” katanya dalam kenyataan sama.

Mengulas mengenai prestasi perdagangan luar negara, beliau berkata, nilai eksport petroleum mentah dan kondensat meningkat kepada RM5.3 bilion pada suku ketiga 2025.

Manakala, eksport keluaran petroleum bertapis pula meningkat kepada RM23.8 bilion berbanding RM22.7 bilion pada suku sebelumnya.

Singapura terus menjadi destinasi utama sebanyak RM5.5 bilion atau 23 peratus, diikuti Indonesia (22.2 peratus) dan Australia (13.9 peratus).

Sementara itu, nilai eksport LNG meningkat kepada RM12.2 bilion berbanding RM10.3 bilion pada suku kedua 2025, dengan 37.7 peratus dieksport ke Jepun, diikuti China (29.6 peratus) dan Republik Korea (25.6 peratus).

Hey there! Ask me anything!