Penggunaan BUDI95 lebih mudah dengan Shell App

KUALA LUMPUR, 26 November – Shell Malaysia mengumumkan pengintegrasian BUDI95 ke dalam aplikasi dalam taliannya, Shell App, sebagai sebahagian daripada usaha transformasi digital syarikat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Integrasi BUDI95 dalam Shell App menyokong pelaksanaan subsidi bersasar RON95 oleh kerajaan.
  • Perubahan ini sebahagian daripada transformasi digital Shell Malaysia untuk mempertingkatkan kapasiti sistem.
  • Tumpuan awal pada penyediaan terminal pembayaran luar dan dalam stesen untuk kemudahan pengguna.
  • Rancangan peluasan rangkaian stesen akan diteruskan selaras pembangunan di seluruh Malaysia.
  • Shell komited menyokong perubahan dasar dan membuat penyesuaian industri tenaga yang diperlukan.

Menurut Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, Seow Lee Ming, usaha tersebut adalah sebahagian daripada langkah syarikat untuk menyokong pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 oleh kerajaan.

Penyesuaian itu merupakan elemen penting dalam proses transformasi digital syarikat tersebut, yang melibatkan peningkatan keupayaan sistem dan aplikasi untuk kelancaran inisiatif BUDI95.

“Pada peringkat awal pelaksanaan, kami memberi tumpuan kepada penyediaan terminal pembayaran luar dan dalam stesen bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat menggunakannya dengan mudah.

”Disamping itu juga, kami juga akan terus meneliti kawasan yang sesuai untuk peluasan rangkaian selaras dengan pembangunan yang berlaku di seluruh Malaysia, bagi memudahkan rakyat,” katanya selepas Pelancaran Integrasi BUDI95 dalam Shell App di sini.

Tambahnya, syarikat akan terus menyokong sebarang perubahan dasar dan pembangunan industri tenaga negara dan bersedia membuat penyesuaian yang diperlukan.

Ketika ini, Shell Malaysia mempunyai lebih 1,000 stesen di seluruh negara.

Hey there! Ask me anything!