30 remaja mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya

NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang.

Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan lesen memandu digantung selama 5 tahun.

Sekiranya gagal membayar denda, boleh dipenjara selama 5 bulan.

Manakala, 20 lagi dibenar diikat jamin sebanyak RM3,000
sementara menunggu laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baki 2 lagi tertuduh dibawah umur dibenar diikat jamin sebanyak RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak daripada JKM.

Bagi 3 lagi tertuduh, mahkamah menetapkan 7 Januari depan bagi serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin.

Mahkamah menetapkan tarikh sama bagi serahan laporan sosial serta 28 Januari depan bagi laporan akhlak.

Terdahulu, polis menahan 33 penunggang motosikal termasuk seorang warga asing menunggang secara berbahaya di lorong kereta dalam Operasi Motosikal di KM 3.8 Jambatan Kedua Pulau Pinang menghala ke Batu Kawan.

Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Jay January Siowou berkata kesemua individu berusia 16 hingga 27 tahun itu dikesan pasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibupejabat SPS ketika operasi membanteras kegiatan mat rempit.

Hey there! Ask me anything!