Bukit Aman ambil alih siasatan kes tiga suspek ditembak mati di Melaka

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih sepenuhnya siasatan berhubung insiden tiga suspek ditembak mati selepas mencederakan seorang anggota polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu.

Siasatan awal sebelum ini dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Menurut Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar, pihaknya turut menerima laporan polis yang dibuat ahli keluarga ketiga-tiga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis dalam kejadian tersebut.

Sehubungan itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara telus, adil dan profesional bagi memastikan keadilan ditegakkan mengikut undang-undang sedia ada.

Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan integriti siasatan.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi JSJ Bukit Aman di talian 019-376 4763.

Hey there! Ask me anything!