JOHOR BAHRU, 5 Disember -Jabatan Imigresen Johor memberkas 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuah yang dijalankan di Pontian serta Johor Bahru pada Rabu lalu.
Serbuan memfokuskan kawasan penempatan asing, premis perniagaan dan tempat awam.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan berkata, tangkapan melibatkan 11 PATI warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak.
“Selain sembilan warga Bangladesh, lapan Pakistan, enam Myanmar dan tiga warga India. Masing-masing berusia antara 6 hingga 47 tahun.
“Mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tinggal melebihi masa,” katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.