Kebakaran : Warga emas maut

IPOH, 14 November – Seorang warga emas berusia 80 tahun maut selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Taman Perpaduan Ria, Tambun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Warga emas 80 tahun maut apabila rumahnya hampir 80% musnah dalam kebakaran di Taman Perpaduan Ria, Tambun.
  • Beberapa kenderaan hangus dan rumah bersebelahan turut mengalami kerosakan akibat kebakaran.
  • Operasi bomba kawal kebakaran menggunakan konsep RECEO; siasatan dijalankan untuk kenal pasti punca.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah memberitahu, kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran 20 kaki x 60 kaki, yang musnah hampir 80 peratus.

Beberapa kenderaan turut hangus terbakar dan rumah bersebelahan turut rosak.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya menerusi konsep RECEO dengan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran 100 kaki.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden.

Hey there! Ask me anything!